Thursday, August 25, 2011

~:: Selamat Hari Raya Kawan2 ku. ::~



Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MOHON AMPUN DAN MAAF ZAHIR je kot pasal batin cm xde kne mngena je. Hehehee Selamat beraya kekawan.. nnti raya jemputla datang umah aku beraya ea.. Tp jgn lupa gtau dulu.. Klo x, nnti ade yg makan kuih raya sajork...

~:: Village View Yg Mengecewakan ::~

Assalammualaikum ols.

Arini nak cerita pasal berbuka puasa yang agak mngecewakan smalam. Kenapa? Meh kite start cerita ikut kronologi. Cewah ayat xleh bla.. Ni blom kuar ayat konspirasi wat kate Aliff Adzraff.. Hahaha...

Perancangan berbuka sama2 ni, da lama dirancang. Cuma smalam baru la terlaksana. So smalam kami decide nak try berbuka di Village View Restaurant Bangi. Sebab aku penah datang sini dan tempat die memang best. Aku booking tengahari tu untuk 4 orang beserta menu untuk dimakan skali. Menu kami pada malam tu adalah Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Campur, Paprik Campur, Sotong Cekodok Goreng Tepung, Ayam Goreng Pandan & Kailan Ikan Masin. Semua menu ni dah diorder sewaktu membuat BOOKING!... 

Yang mengecewakan aku adalah:

1. 
Sewaktu kami sampai kami dapat meja yang meme x strategic langsung. Tersepit di hujung khemah. Diulangi KHEMAH hokkay. Tapi xpela still accepted sebab mungkin da ramai orang yang book sebelum kami. 

2. 
Di meja hanya ada air & Ayam Goreng Pandan sahaja. Pun accepted gak. Mungkin belum siap masak lagi walaupun kami sampai da pukul 7 lebih.


3. 
Waktu da azan, yang dihantar cuma 2 pinggan nasi & Tomyam Campur beserta 2 mangkuk. Sedangkan kami booking untuk 4 orang. X lama lepas tu Paprik Campur & Kailan Ikan Masin smpai. Nasi lagi 2 masih xde.


4. 
Waktu dak laki 2 orang ni da abes makan, Nasi aku & Ain masih x smpai. Aku panggil budak tu mintak nasi.  Die hantar nasi je. Da separuh makan die hantar sotong goreng tepung. Da abes makan Ikan siakap 3 Rasa X SAMPAI!!.. Tggu lagi. Bagi chan kot la die da wat kan. Malangnye memang diorang x wat pun order kami tu. Aku panggil staff dia suruh cancel ikan tu. Staff die ngan muka serba salah, tanya da abis makan ke kak? Sedangkan da nampak nasi dalam pinggan memang da abis.


Soooooo overall memang dissapointed sangat2. For me kalau da book awal2 siap dengan menu, macam mana boleh ade order yang tertinggal?? Kenapa diorang langsung x aware tentang order yang dibuat? Makanan plak sangat so-so.. Before diz aku makan agak sedap tapi kali ni macam x feel. Can u imagine, ko makan kenyang tapi rasa x puas? Wat kata Aliff lg skali, maybe die masak banyak2 kot sebab tu cmtu. Tp Aliff pon cakap food x best.

So saya sangat KECEWA!!

Cerita x habis kat sini je. Sebab ni berkenaan Village View gak. Walaupon bende ni da lepas, tapi aku tetap nak cite. Sabtu yang aku g berbuka kat Po'Sen tu, aku ada gak col Village View Jalan Reko. Tapi sangat menghampakan bila, waktu col diangkat die cakap boleh booking tapi kene confirm menu skali. Then aku ckp la give me 5 minute for menu confirmation. Pastu die cakap erm cepat la nak penuh da ni. Pastu aku x habis cakap lagi col da DIPUTUSKAN.. C'mon don't U learn about phone ethics?? Sangat kurang ajar bagi aku, bila aku tengah cakap, line diputuskan. Hey u oll in service industry. I'm also come from service industry. So pesanan aku ialah, for Village View Owner, sila ajar staff2 anda untuk lebih bersopan dalam menjawab telefon pelanggan. Aku xnak tekan kan quote "Customer Always Right" tp juz ingat, rumors dari mulut customer yang x berpuas hati boleh merosakkan imej sesebuah perkhidmatan atau kedai atau ape2 jela. Ermm overall aku x puas hati.. Sangat berbeza dengan my first experience come to diz restaurant.

Okla da malas nak panjang2 kan cerita EMO Bookstore Sdn. Bhd. wat kata Razman time kami sume EMO meh kita layan gambar kami yang perasaan Vogeh ni...


Ni adalah Ayam Goreng Pandan yg daun je besor. Ayam ciput je..

Kailan ikan masin. Rasa normal la. wat do u expect kan?

Paprik Campur boleyla..

Tomyam Campur kureng sket r.. x kaw...

2 inchek jejans yg bersama kami...
Pomeng Azri & Aliff Adzraff.

Kami Cik Vogeh yg mengajak inchek jejans..

Ape la keje couple 2 orang ni...

Ni tntu2 gambo candid je...


Yg ni nape plak ni?? Sedey ea ikan siakap xde?
Ok Da habissssssss~~~~~~




Monday, August 22, 2011

~:: Iftar With Chakk!! Members 21 Ogos 2011 ::~

Assalammualaikum w.b.t.

Harini nak update pasal Iftar Ahli2 Chakk!! pada Sabtu yang lepas. Ape ahli Chakk!! tu? Ekceli ni adalah group yang kami create dalam satu forum yang aku join. Bermula dari forum, kami berjumpa dan akhirnya berkawan. Maka tertubuhlah geng Chakk!!.

Tak banyak yang aku nak cerita. Segalanya mula dirancang 2 minggu yang lepas. Kami memang berusaha untuk free kn diri memasing pada tarikh 21 Ogos 2011 semata2 untuk berjumpa setelah sekian lama x jumpe. Erm tapi stil x cukup corumn. Masih ada yang x dapat hadir seperti dijanjikan. Xpela mungkin xde rezeki nak jumpa diorang. So segalanya berjalan lancar walaupun sebenarnye x brapa nak lancar.  Aku sebagai orang yang sepatutnye wat booking Restoran secara x sengaja careless, lupa nk wat booking. So pada hari yang ditetapkan, Restoran Po'sen spt yang dijanjikan telah penuh. Nasib kami baik, last minit org tu call balek ckp ade kosong untuk kami. So plan x berubah tetap ke Po'sen.

Kami gerak dalam kol 6.30ptg so sampai sane lebih kurang pukul 7 mlm. Smpai je, CtSue, Ruffleen, Hazlyn & NaikAntena kami suruh mencari meja yang telah ditempah. Aku ngan Sakura_204 pergi jemput alansu yang tersesat. Lepas da amik alansu kami pon teros ke restoran tersebut. Orang da ramai. So bergilir2 amik makanan. Gambar x banyak yang aku amik sebab perut yang lapo x mengizinkan aku mngambil gmbar. Tapi ade gak la pose2 mantap di kamera NaikAntena.


Ha ni memasing gegeh makan smbil bercerita. Cmni la keadaannya kalo Chakk!! da bertemu.

Ni aku ngan CtSue. Gegeh gak nak tayang air teh tarik beliau...

Lagi me & CtSue. Kali ni die tayang popia plaks..  Asik2 die je tayang.. hahahaha

Ok Gambar2 diatas diambil semasa berbuka posa die Po'sen. Setelah kenyang, kami pon berangkat ke mesjid yang terdekat untuk solat maghrib. Plan asalnye nak terus melepak di Po'sen. Memikirkan segan untuk datang semula, kami pun cari la port lain. So check in plak kat MZ Restoran. Kenapa cmni? Kami kalo da berjumpa memang x cukup mase berbual. Dari berbuka posa menyambung smpai 11.30 mlm berborak. Korang mampoo buka posa smpai da dekat sahur?


So kat bawah ni gambar2 di MZ Restoran plaks...

Ni Sakura_204 Motip gmbr control ayu? iols pon x paham...

Ni pulak adalah pemilik nama Ruffleen..

Harus korang da kenal CtSue kn? Dari tadi aku mention nama die je...

Ni plak Hazlyn. Orangnye kecik molek je.. Comey sgguh..

Dan ini adalah Me.. Name ape? xyah tau la.. Apo2 sumo rahsio... Lalalalala....

Dan ni plak alansu yang semakin santek sekarang ni..
For additional info, blakang alansu yang ngah elak kamera tu, NaikAntena a.k.a Hakak Nana.
Die memang penyegan ngan kamera..  Eh klo orang utara penyegan tu bukan pemalas ke? So Hanya gambar2 curik saje yang dapat di tunjukkan muka beliau.



Friday, August 19, 2011

:: Get rid of him?? ::


Nothing special. I got this quotes from someone tumblr. Then by chance I also got a picture of shoes. So I'm editing the same quotes on my own picca. Dats y i said there's nothing special...

Wednesday, August 17, 2011

:: KejE gILer Yg x sUdaH ::

Assalammualaikum..

Xde benda yang menarik pon berlaku pada aku. Entah la aku x tahu sama ada aku berlaku kejam, atau ia sekadar sesuatu yang biasa bg orang lain. Sebelum ni aku penah je cakap yang inchek ex ade mencari2 aku. Tapi aku kalo boleh xnk la contact ngan die. Tp semalam kebetulan aku g tempat abg die berniaga. Dan seperti yang ku jangka die ade kat situ. Ntah apa yang memberi kekuatan kat aku, aku g tegur die. Tp sekadar tegur pastu aku pg je. Aku memang xnak cite panjang ngan die.
Cukup sekadar die tau yang aku x berdendam cuma aku x bersedia untuk jadi kawan die. Adakah tindakan aku ni sedikit sebanyak telah mengganggu kehidupan seharian die? Aku x rasa kot. Tp klo tgk cara die cari aku dari kekawan aku, mungkin aku da ganggu sket r. Tp x kejam kan? Ermm rasa bersalah sket sbb g tgor die smlm. Xpela ape2 pun aku doakan kebahagiaan die dan tunangnye. Tp nape aku tgk die makin kurus dan muke langsung da x ceria? Ermm abaikan. Die ade tunang yang jaga die. Kepada inchek ex walaupon aku tau ko memang x reti nk cari blog aku ni, aku harap ko bahagia ngan pilihan ko ye. Anggap ape yg kite penah lalui sama2 tu adalah "thing of the past"....

:: Thing of the past ::



When I left you I thought I'd be fine
Thought I gotten you out of my mind
The time has come and then run past me
But this feeling never leave me alone

How sweet this life can be
between you and me
To give you all the love that I can
Think I'd just go, and ease the pain
And let the memories be...

Thing of the past

I speak from my soul my body and mind
Saying I had the love for us can be
How my heart was torn and my soul was crying
I wish I'd have known right from the start

How sweet this life can be
between you and me
To give you all the love that I can
So I will fight to be the best that I can
And let our love will be..

Thing of the past

I speak from my soul my body and mind
Saying I had the love for us can be
How my heart was torn and my soul was crying
I wish I'd have known right from the start

How sweet this life can be
between you and me
To give you all the love that I can
So I will fight to be the best that I can
And let our love will be..

Thing of the past

Monday, August 15, 2011

:: Berbuka Puasa Bersama Kekawan ::

Assalammualaikum ols. Sekali lagi aku membuat posting arini. Ni plak nak cerita pasal berbuka posa bersama2 yang telah dirancangkan sebelum ni, dah pon terlaksana. Rasa seronok, puas & suka la sebab dapat gak masak & makan bersama2. Ok meh kita bukak diari majlis.

Jam 8.00 am : Aku & Zura pergi pasar untuk memulakan persiapan. Gmbar persiapan banyak x amik pasal censored.. Hahahaha..

Jam 10.00 am : Sampai kat umah akak aku, kami mula potong daging, siang sotong, potong sayur dan bersihkan ayam.

Jam 12.00 pm : Ati pon sampai untuk menyertai persiapan. Tumbuk cili, bawang segala..

Jam 4.00 pm : Baru la mulakan sesi masak memasak. Sambil tunggu Za datang bawak beras & telur serta cili padi. Nasi kita di sponsor oleh Za ye kawan2.

Pastu tung tang tung tang kat dapo, kol 6 tepon Harith. Suruh beli air batu. Suara Harith baru bangun tido kot. Gile dasat.. Pastu pesan kat diorang suruh datang kol 7 malam je. Sebab seperti yang aku cakap td, proses penyiapan ade banyak yang censored so x sesuai untuk tontonan umum..

So lepas diorang da sampai tu kami pon bersiap2 untuk berbuka. Lepas da kenyang & soalt maghrib, sempat layan cite cina jap sebelum Harith & Aliff balik umah.


Memasing da lapo dan sedia untuk membaham makanan...


Ni jela lauk yang dapat disediakan. Buat kata Harith, lauk pauk ni terlebih garam terlebih gula so cukup la rasenye. He3...

:: Warna Warni Aidilfitri?? ::

Assalammualaikum sumer..

Posting kedua untuk arini. Ape yang warna warni? Hahaha tipu je sebenarnye. Xde kene mngena ngan raya pon. Tp cm boley gak la kalo korang nak wat time raya nanti.. Wat ape? Ala malu la nk cite.. Ape ke tongong nye aku ni? Ermm xde, aku nak tunjuk kaler eyeshadow yang aku baru je try pakai semalam. Hahaha gegeh kn? Malas la nak cite panjang, aku attach gambo je ler ye..

Ha ni ler warna warni aidilfitri nye.. Aku pakai eyeshadow gadung 3 kaler. Haha sukati aku je kn. Aku pakai kaler biru, pink & purpule.. Erm biasela. Aku kan meme suke pakai je ape yang aku teragak. Kaler ni plak inspired dari pashmina aku. Tp semalam x jadi pakai pasal da lambat nak kuar.

Chak! Chak! Chak!.. Bile bukak mata die nampak camni la. Ha3.. Haish dah la. Abes da merepek.. Daaaa~~~

:: Style Baru Memakai Hijab ::

Assalammualaikum gojes girl and beautiful guy sekalian.. Hahaha y beautiful guy? Klo x beautiful xkan la nak bukak posting hijab ni kan. Haruslah posting ni di khas kan untuk gojes girl sekalian..

Ok ape yang style baru sangat ni? Ekceli style meme baru tp menggunakan tudung yang lama. Tudung apakah?? Haaaa ianya adalah tudung bawal atau tudung 4 segi.

Klo dlu biasanya tudung 4 segi ni digayakan bermacam2 cara. Termasukla cara kak senduk pakai tudung. Korang dapat x apa yang aku maksudkan ni? Erm jap la.. Aku attach gambar yang dicilok dari pokcik google..

Yang cik kak ni pakai agak jarang la orang pakai kn?

Yang ni plak normal la. Klo x salah dolu2 orang cakap ni style tudung Wardina ke hape tah..

Haaa yang ni pon kita biase pakai bile guna tudung bawal. Comel giler si Heliza ni..

Ok style yang atas ni sume style biase yang orang akan gayakan kalo pakai tudung bawal atau tudung 4 segi. Haaa sekarang aku nak tunjuk satu style baru.. Baru la rasenye pasal aku baru jumpa. Ok style ni diajar oleh Cik Su kita ni.. Haa nak tengok cara yang lebih lanjut korang g la ke blog die ye. So lepas ni xdela rasa macam bila pakai tudung bawal tu sgt old skool.. Dgn cara yang baru ni confident sket nak gayakan tudung bawal... Selamat mencuba..

Hahaha arini aku pon try gak style ni..

Thursday, August 11, 2011

:: Berbuka Puasa Di Restoran Po'Sen ::

Assalamualaikum..

Entri kali ni ekceli serba sedikit nk promote Restoran Po'Sen ni ler. Kenapa aku nk pomote? Ekceli aku sangat suka suasana restoran ni dan slalu gak aku g mkn kt sini. Tp bila aku search kt tenet sgt susah untuk dapat info pasal restoran ni. Sampaikan untuk wat booking pon aku dapat no yang salah. So disebabkan semalam aku g berbuka disini bersama kekawanku Zura & Za, aku update la serba sedikit pasal Restoran Po'Sen ni.

Ok lets start the story. Semalam rancangan awalnya nak berbuka dengan Kak Salina A&R and the geng. Tp as usual la, kami ni mane la reti nak beramas mersa ngan orang2 dept. lain ni.. Nanti x pasal2 jd cowboy vs alien (tetibe).. Kami la yg bakal jadi alien psl slalunye mmg x msok geng.. Tu yg x psl2 aku berbual ngan dak2 laki bukn pompuan.. Psl xleh msok pale.. So bile difikir2kan semula, x jadi la kami join Kak Salina.

Lepas da x jadi, aku, Zura & Za decide nk pergi sesama kiteorg je. Ajak Harith & Aliff diorang ade hal. So kami bertiga jela. Sebelum aku g, aku da siap2 col no ni 0122006490 untuk wat reservation. Yela tkot gak la bulan2 posa ni pnuh lak nnti klo walk in. So masa kami datang everything is ready.. Now meh ler kite nengok gambo ye...

Za jadi model Po'Sen

Aku pon nak jugak tu..

Ni Zura plak.. Gaya sume nk same je..

Ya inilah namanya, Po'Sen..

Haaaaaa tgk meja da siap reserve u...

Ape ke hey nye la mek berdua ni...

Za sporting je bergambo..

Zura mula2 xnk. Last2 pose gak.. hahaha

Ni environment restoran..

Ni lagi 1..

Sluurrrrppp Bandung Cincau..

Ni Air Za, Carrot Susu..

Ni plak air Zura, Spt biase Lychee...

Ni adalah menu berbuka semalam...


Tuesday, August 9, 2011

:: PerLu Ke? ::

Assalammualaikum w.b.t.

Erm xde ape yang nak ditulis sebenarnye. Tapi sejak kebelakangan ni, ntah kenapa aku asik mendengar cerita putus disana sini. Ade yang bercerai berai ade yang putus tunang. Kadang2 aku terfikir adekah mereka2 ini x berfikir sebelum membuat keputusan? Tapi bila berfikir semula, kadang2 sewaktu menyintai, kita tanpa sedar akan membuat keputusan yang drastik. Ini sendiri terjadi pada aku. Pernah satu masa aku dan dia mengambil keputusan untuk berkahwin. Sedikit pun x memikirkan mana nak cari duit, boleh or x keluarga setuju. Ni sume penangan cinta. Tapi aku dan dia x smpai kemana. Jodoh kami setakat bercinta.

Perlu ke setelah berpisah, kembali mencari? Apa gunanya? Rasanye kawan2 aku sedia tahu apa yang aku maksudkan. Ya die yang pernah aku tinggalkan, kemudian ku pujuk kembali namun die menolak kini kembali mencari. Aku sendiri bingung. Apa perlunya die mencari aku? Meminta2 no telifon aku pd kawan2. Tidak malukah die? Sedangkan aku amat mengenalinya sebagai seorang yang mempunyai ego setinggi langit. Kini mana pergi egonya? Meminta2 seolah2 sudah tiada ego dalam dirinye.

Sedarlah. Kau sudah membuat satu ikatan dengan seseorang yang kau pilih. Aku sudah redha, menerima dan menjalani hidup ini tanpa ada lagi rasa cinta yang hampa disimpan untuk kau. Aku meneruskan hidupku tanpa perlu mngambil tahu tentang kau. Kenapa? Adakah kau sakit melihat aku bahagia tanpamu? Atau kau sendiri derita atas kesalahan pilihan kau? Apa gunanya kau mahu hubungi aku semula? Aku bukan sesiapa. Hanya bekas. Hanya seseorang yang layak diletakkan dalam diari masa silam. Dan aku tak mahu ade ape2 lagi hubungan dgn kau. Kau ade hidup kau dan tunangan kau. Aku ade hidup aku dan kawan2 aku. Jadi bawa haluan kita sendiri. Berhenti meminta disana sini. Berhenti meminta untuk mngetahui tentang aku lagi. Pergilah seperti mana kau pergi pada saat aku masih perlukan kau. Sekarang aku x perlu lagi jadi kau patut pergi.

Monday, August 8, 2011

~:: IkAn BakAr, ButTeR pRawN, sAyuR cAmpuR (Bajet ChiNesE fOod r) ::~

Assalammualaikum everibodi.. Erm arini nak cite pasal makan je. Haha tengok badan la kan..
Ok semalam ekceli ntah angin ape, lepas sihat sikit dari demam dan batuk, tetibe aku datang mood nak masak. Tapi masak simple2 jela. Menu untuk berbuka semalam aku masak ikan bakar, butter prawn dan sayur campur. As i said, bajet chinese lor.. Hahaha.. 

Ikan bakar yang aku mask semalam adalah ikan bakar yang paling mudah dan simple. Camne nak wat? Ikan yg da siap diasuh dan disiang tu, aku juz masukkan halia, bwg putih, lengkuas ngan daun limau purut dalam perut die tp smalam xde daun limau purut pasal pokok kat blakang umah da mati adik aku bakor.. Yup itu je.. Kemudian badan luar ikan tu, aku lumur garam sebanyak yang mungkin. Pastu aku balut je ngan aliminium foil. Kenapa balut lak? Sebab aku nak bagi ikan tu juicy. Klo aku bakar directly, nnti juice yg ade pada ikan tu akan kering so isinya pon jadi kering. Ekceli cara ni sesuai untuk ikan talapia merah. Siyes memang sedap klo pkai talapia. Tp disebabkan smalam kat umah aku ade siakap je, so siakap pon boley la.. Jadi gak r. Rase ade dah cuma isi ikan tu agak kental berbanding talapia merah.

Ni keadaan ikan yang sedang dibakar.

Ni plak rupa ikan tu yang da masak.
Jgn pandang pada rupa.
Wat kate adik aku, tgk cm x sedap tp bile da makan sedap plak.

Ok selain ikan aku juga mencuba wat butter prawn. Yela dari haritu teringin tp x cube2.. Aku wat kelainan sket dari resepi biasa. Biasanya mengikut resepi diorang akan gunakan kuning telur untuk kerak2 yg ada pada udang tersebut, tapi aku pakai putih telur.  Sebab aku macam teringat chef kt hotel aku praktikal dulu guna putih telur bukan kuning telur. Menjadi gak la bagi aku, cuma telur tu x cukup garing. Haaa yang ni aku x kaji lagi cmne nak bagi die garing. So adik aku sebagai orang yang nak sangat butter prawn a.k.a pengkritik tetap mkanan kate, okla sedap je.. Hu3.. So misi berjaya la kan?


Inilah butter prawn yg disebutkan..

Oke menu ke3 pula adalah, sayur campur. Yang ni aku memang biasa buat. Kelainan semalam hanyalah aku tmbah kan button mushroom dan egg tofu. Yang ni memang aku x penah masukkan dalam sayur campur sebelum ni. So smalam kira trial la. Rase ok. Cuma egg tofu tu kalo aku masak smpai jadi berkulit sket msti sedap. Tak mampoo nak tunggu pasai die da meletup2 dalam kuali.. Hahahaha kantoi takut minyak meletup..


Ni la sayur campur aku.

So sebagai tambahan gedik2 si Ain nak g bazar ramadhan aku pon ikut. Melekat la plak popia basah RM2 Ngan air mata kucing pastu Am plak wat air laici kat umah.. Itu Saje menu berbuka untuk semalam. Arini x rajin la nak masak kot. Hahaha...

Wednesday, August 3, 2011

:: Tasik Perdana - Bajet2 Photoshoot La neh ::

Assalammualaikum and very good morning to oll gojes ladies & bajet encem man.. Heheheeh pagi2 da crik pasal kheenn..

Hehehehe... Ok arini nak cite pasal aku ngan Zura again sebab Zura je yg setia menemani aku.. Ari Ahad yg lepas aku ngan Zura pg ke Tasik Perdana KL. Joging? Bukan la.. Ko ingat aku rajin nak berjoging? Aku ngan Zura saje je meroyan ke sana sebab kununnye nak amik gambar. So adela sikit gambar yg kami amik.
So nak tengok hasil tertonggeng2 kami mase amik gambar? Bukan gambar kami menonggeng hokkay..  Ok lets proceed to da pic'ca..























Bajet Photoshoot x kekawan?? Hahahahahaha x mampoo nk hire photographer kaedahnye...