Friday, May 31, 2013

~:: Semua Telah Selesai ::~

Assalammualaikum kawan2..



Dah agak lama tak update sejak posting Genting tu. Bukan takde benda nak update cuma tak tahu nak cerita macam mana.

Semua dah selesai. Tapi ia sangat tak memuaskan hati. Sekarang hanya berharap keajaiban dari Allah. Jika ada rezeki untukku, maka adalah. Jika ia bukan untukku maka akan ada yang lebih baik allah janjikan untukku.

Ni adalah kata2 semangat dari Kak Ngah sebelum aku menempuhi benda itu. Jadi aku pegang kata2 ni. Tunggu sahaja keputusannya.

Memang putus asa itu telah hadir sejak mengakhiri semua itu. Tapi aku tak tahu apa yang Allah janjikan untukku. Semoga akan ada khabar gembira untuk diriku.

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia? Wallahualam..

p/s: Membe aku yna cakap tuah manusia nampak di perut. Hihihihih...

~:: Hepi Besday Along & Am ::~


Dedicated to Along, Mohd Fazli Bin Ibrahim & Am, Mohammad Izham Bin Ibrahim.
Sudah agak lambat untuk post wish ini. Hahaha takpe yang penting dah wish dulu dekat fon. Semoga mereka dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

So selamat hari lahir kepada abang dan adik ku. Along 9 Mei & Am 29 Mei.. Coming birthday in my family is my sis Angah, Imilia Ibrahim on 2nd of June..

Birthday diorang ni sume dekat2. Kenapa aku ngan Alang tercampak jauh pulak ea? Konpius..

p/s: Jadi nak wat kek ke taknak ye? Hurrmmmm thinking..

Friday, May 17, 2013

~:: Keje Giler Naik Genting ::~

Assalammualaikum frensss..
Ha ni lah ceritanya kalau dah semua planning yang dibuat tak menjadi. Bila da plan baik2 macam2 plak yang terjadi wat plan tu cancel. So benda yang tak plan juga la akhirnya menjadi. 
Ceritanya bermula bila kami planning untuk lepakings bersama2 pada Sabtu tu. Dan atas sebab2 yang tak dapat elak la agaknya kan, ramai yang tak dapat nak menghadirka diri. 

So kami2 yang dah excited ni rase bengang then paln la untuk pergi makan je dekat Ampang. Kami yang nak pergi Ampang tu pada asalnya adalah Aku Kak Sal & Farhana. Tapi dah separuh jalan, Ahmad Farhan pulak muncul. So dia pon join da club la on that night. 

Tengah2 makan, Fik yang mulanya cancel tadi tetiba whatsapp pula. Da bagi direction, Fik pulak sampai. so dah ada berlima la kami tanpa dirancang. Lepas dan makan sambil pot pet pot pet, kami merancang untuk ke satu tempat lain. Takkan nak duduk kedai makan tu sampai tutup kan?

Then Ahmad Farhan cakap Uptown & Downtown sooooo boring. Sebab dah selalu sangat pergi. asal nak lepak sampai tengah malam je mesti kesitu. Dia suggest laut tapi PD dah tak boleh lepak malam2 sebab dekat Dataran Teluk Kemang tu masa aku pergi baru2 ni dia tak benarkan masuk waktu malam. 

So pening sudah fikir mana nak pergi. Tetibe mentol idea Kak Sal menyala. Ajak pergi Genting. Masing2 takut2 berani je mulanya. Last2 wat teging nak pergi gak. 

Suruh Fik hantar motor, kami pon bergerak 2 kereta ke Genting. Memang keje giler yang kami semua tak expect kami akan buat. Tapi kami enjoy sangat malam tu. Walaupon kat atas tu takde pape pon. Tapi tetap best jalan malam2. 

Dah lepak2, jalan2 dalam pukul 5 pagi camtu kami turun. Masa turun tu, ada pulak tragedi kecik terjadi. Yang si Fik dah selamat tido kat belakang. Tiba2 kereta Ahmad Farhan break kosong. Macam break tak makan. Aku dah cemas. Ahmad Farhan terus on double signal. Turun juga la sambil dia control kereta. Lepas dah turun dari bukit tu, kereta dah ok balik. Barulah kami lega. Yang herannya kenapa tetibe jadi camtu? Haha yang aku pon siap mulut choi cerita pasal Amber Court yang berhantu macam aku baca kat cari forum. Kebetulan jela kot lepas aku cerita break kereta jadi camtu. Kebetulan kebetulan kebetulan.. Hahaha aku takot sebenarnya. 

So itulah cerita perjalanan kami ke Genting tanpa arah tujuan. Apa2 pon weols enjoy da nite very much. Kawan2 korang memang superb.. Next kita nak wat keje giler apa lagi ye??

Hehehe yang penting tak boleh planning..

ala tak nampak  Paris Genting

Haaa nampak pon.. 

Ade je mamat enterprame.. 

Like diszz.. 

Siang2 tak dapat naik. Hehehe

Ape bende tah yang seronok sgt ni.. 

Baru sampai masa ni.. 

Aku tinggi sket je dari ukuran yang dibenarkan.. Haha.. 

Ahmad Farhan tunjuk ape tu ha?? 


Sejut katanya.. 

Motip sifu takot ngan anak buah??? 

Thursday, May 16, 2013

~:: Bowling with Office Mates & Friend ::~

Assalammualaikum semua..

Jumaat lepas 10-05-2013 setelah sekian lama tak main boling, kami semua pergi main boling ramai2.  Ramai2 kunun. Padahal 6 orang je pon.

So bergerak dari rumah lebih kurang lepas maghrib gitu la. Pergi 2 kete. Aku dan Ain dari rumah Kak Sal, Farhana, Suhaila dari tower then jemput Lokman dekat MC.

So kami berdua teroslah ke Mines. Kekonon nak book lane dulu. Tapi malangnya dia cakap kalao nak book kena terus main. So terpaksa la kami menunggu semua sampai baru book lane.

Bila semua dah sampai, kami nak ambil 2 lane. Then dia cakap lane full. Bila ditanya bila kosong katanya lambat lagi. Memang menyirap darah. Masa aku nak book tadi kau kata kena terus main.

Lepas tu dia tanya berapa orang nak main. Kami cakap 6 then dia terus suggest untuk ambil 1 lane saja. So kami agreed dan dapatlah kami main pada masa tu juga. Yang tak hengatnya siap ambil 2 game. Hamik ko. Jenuh nak menghabiskan 2 game itu.

Setel membaling, kami bergerak ke downtown Mines. Masa dekat sini sekali lagi kejadian menyakitkan hati terjadi. Parking tepi2 jalan yang biasanya free tu, dah ditunggu oleh mat bangla untuk collect duit. Nak parking sekejap je pon. Dah la tepi jalan. Safety memang takde jaminan, boleh pulak dia minta RM5 untuk parking dekat situ. Ye aku memang kedekut kalau aku rasa sesuatu yang aku bayar tu tak berbaloi. Jadinya aku rela berjalan jauh dari sedekah dengan tak ikhlas pada bangla tersebut. Tapi nasib aku baik malam tu. Syukur sangat sebab sebaik kami keluar, kami dapat parking berdekatan tanpa bayar apa2.

Lepas dah makan2, jalan2 kami pon bergerak pulang. Aku dan Ain terus kerumah Farhana pula menghantar Lokman balik. Pape pon semua orang sangat best. Hepi sangat untuk hang out Jumaat tu.








 

Tuesday, May 14, 2013

~:: Resah Gelisah ::~

Assalammualaikum kawan2..

Resah gelisah
Bila tak bertemu denganmu
Siang malam terbayang-bayang
Hari-hariku merindu
Debar berdebar
Bila berada di sisimu
Tahan-tahan aku tak tahan
Melepaskan rasa rindu
Dekatlah padaku
Sambutlah tanganku
Cintaku hanya untukmu..

Haaaaa amik ko dangdut sebijik. Tapi sebenarnya aku bukanlah resah gelisah tak bertemu dengan orang. Tak ada makna la nak resah gelisah merindu bagai ni kan. 

Sebenarnya ada sesuatu yang membuat aku resah gelisah. Tapi aku tak mampu nak share. Itu yang buat aku tambah resah gelisah. Hurm apa lah nasib. Kenapalah lama sangat lagi? Makin lama aku menunggu makin resah gelisah la aku jadinya. 

Haish sabarlah hati. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan aman. Hurmmmm... 

Thursday, May 9, 2013

~:: All About Kancil ::~

Assalammualaikum frenssss..

Hari ni nak merepek pasal kereta. Ye kereta seperti tajuk diatas, kancil. Mana plak muncul kancil secara tiba2? Oh korang tak tahu ye? Ke macam dah penah je aku cerita? Tak penah ye? Ok meh la aku cerita balek. Sape malas nak baca takyah baca.

Kancil yang di ceritakan disini adalah hak milik mutlak Puan Hajah Imilia Ibrahim & Tuan Haji Valentino Abu Bakar. Ye ini adalah kereta pertama mereka selepas kahwin kalau tak salah aku. So kereta ni dibeli around tahun 2005 atau 2006 kalau tak salah.

Kereta ni memang dah lama ada dekat rumah aku. Memang ayah guna kereta ni untuk pergi kedai or pasar kalau dia pergi sorang2. Kadang2 aku pon drive juga kancil ni.

So cerita yang aku nak cerita hari ni adalah pasal kakak dan abang ipar aku yang sedang bersemangat waja nak upgrade kereta kancil ni. Sebab utama ialah kancil ni dah habis bayar.

So 1st thing they did is tukar gear manual kepada auto. Kenapa? Sebab my sis lebih selesa bawa auto katanya. Lepas dah setel tukar gear, beberapa hari lepas diorang tukar cover kusyen dalam kereta itu. Dan konsepnya adalah merah hitam. Kemudian diikuti dengan steering. Pon masih mengekalkan konsep merah hitam. Dan paling latest ialah sport rim. Yang ni takdelah merah hitam. Tapi masiiiiiihhh meraaahhh..

So gigih jugak la aku pergi ngan hadek Paan mencari sport rim ni. Mulanya nak usha area Ampang sebab tengok dekat MUDAH murah harga rim. Tapi tapi tapi terms n condition apply. Rupanya kena trade in rim lama baru dapat harga yang murah itu. Dan jika rim lama kita tak memenuhi spesifikasi yang mereka mahukan, still tak dapat harga murah pon. Info ni dapat dari kawan di g+ je pon. So bila dah tahu macam tu, buat apa nak buang masa kan? So weols terus je pergi ke Semenyih. 1st day survey, 2nd day bawa kereta dan buat terus. So total after trade in rim besi yang lama wat kata orang kedai tu, rim tu kami hantar besi buruk je. Takde harga pon. RM80 aku kena tambah RM1120 kepada orang kedai tu. Sebabnya ialah, rim RM680 + Tayar RM130/sebiji, alignment + balancing free.

Jadi lepas dah selesai rim ni, nak bagi canteeekkkk lagi kereta ni, kenalah masuk adjustable absorber pulak kan? Ok yang ni untuk next planning for this kancil. Pastu sembur cat dekat bumper bagi sama kaler dengan body then walllahhhh.. Mesti cun punya weyy..








Tuesday, May 7, 2013

~:: Detik2 PRU13 ::~

Assalammualaikum kawan2.

Yelah tu detik PRU la sangat. Aku sebenarnya nak bagitahu aku dah mengundi. Tak kisah la korang nak cakap apa. Ko hado?? Hahaha sepatutnya ini adalah tahun kedua aku mengundi, tapi 1st PRU tahun 2008 aku belum mendaftar. Jadinya inilah tahun pertama aku keluar mengundi.

Tergelak juga memikirkan kerenah kami sewaktu hari mengundi ni. Dah kata 1st time. Jadinya boleh kata kami memang langsung tak ada pendedahan la pasal mengundi ni.

So tak payah cerita panjang la kan. Kami sampai, kami blurr dan tak ambil pon nombor giliran. Lepas dah beria beratur, rupanya nombor giliran tu diperlukan. Tapi nasib aku baik. Sebab hakak yang jaga meja undi tu merajinkan diri nak cari. Padahal mata aku lagi laju nampak nama aku dari dia. Kena dekat Ain plak, habang yang jaga tu malas nak carik. Jadinya dia kena turun ke bawah semula dan ambil nombor giliran tersebut. So lepas dah dapat kertas undi, aku pon memangkah parti selipar yang sepatutnya dan bergerak keluar. Tak nak la cerita yang aku blur2 kat dalam tu tak tahu nak pergi arah mana kan? Wat malu je.

Masa keluar jumpa pula my childhood BFF Hanis. So sempat la prong prang prong prang jap sebelum balik.
Yang kelakarnya, aku baru je cakap dekat Ain sebelum masuk bilik mengundi, nak masukkan undi dalam peti yang salah. Sekali Hanis rupanya betul terrrrrmasukkan undi dia dalam peti yang salah. Bantai gelak la aku. Yang niat jahatnya aku, sekali dia buat betul plak...





Keadaan jari berdakwat kekal pada jam 8.00 malam. Kekalkah??? 

Lepas dah selesai semuanya, kami pun balik la kerumah. Sempat singgah Giant beli spaghetti bagai. Then balik rumah, masak and makan. Hihihih..

~:: Selangor - JayBee - Rompin - Selangor ::~

Assalammualaikum kawang2..

Khamis lepas malam2 buta kami bergerak ke JB. Abg Ngah a.k.a abg ipar iols drive sampai somewhere around negeri 9. Kat mana aku pun tak perasan. Then aku mengambil alih tugas sebagai supir sampailah ke JB. Normally KL - JB bape jam ea? Sebab aku pon tak berapa nak ingat aku drive berapa KM/J on that night. Taw2 je da sampai JB around 1.45 pm. Bergerak dari KL dalam pukul 10 lebih. Ada dalam 3 jam lebih kot kami sampai ke JB.

So sebaik masuk ke kawasan JB kami berhenti untuk isi minyak. Masa isi minyak ni satu tragedi baru disedari. Iaitu abg ipar punya IC dan lesen segala tetinggal di KL. Ko hado da drive sampai ke JB baru nak pasan. So kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah abg ipar aku tak dapat mengundi. Sekian. Sebab tujuan kami ke JB ni sebenarnya nak jemput mak abg ipar. Then pergi ke Kuantan untuk dia membuang undi. Malangnya bukan rezeki dia untuk meng"ubah" tahun ni. So tak dapatlah mengundi.

Jumaat siang selepas mereka si lelaki2 balik dari solat jumaat, kami bergerak ke JPO. Semangat je nak ke JPO bagai. Belinya memang nan hado la. Mampoo jadi tukang posing dengan paper bag my sis sajork. Harusssss tak mampoo nak beli. Kalo mampoo pon butik Vincci & Padini je lor. So sempat la sambar Vincci sepasang.
Sampai juga ke JPO

Mampoo posing sajork.. 
 Selepas setel memenuhi tuntutan nafsu shopping hakak & habang ipar iols, kami pon bergerak ke tesco tebrau. Sebab tak jauh dari rumah dan nak suruh Mek Zura jemput iols dekat situ bagi sesi bergather2 dengan Fiza di malam hari.

Menunggu Fiza

Xde gaya lain gamaknya. 






 Steamboat uols.. Yummy bangettt.. 

Zura & Fiza

Me & Fiza




Makan sepuas hati sebab for sure lebiiiiiiiiiihhhh murah dari KL. Korang nampak berapa punya panjang perkataan lebih tu???


Then selepas selesai sesi melepaskan rindu, gosip2 dan bercerita yang tak habis2, kami bergerak ke destinasi masing2. Sebab Fiza nak merempit balik ke kampung malam tu juga. Sian dia sebab aku datang dia delay balek kampung. 

Lepas Fiza dah gerak balik kampung aku memaksa Zura bawak aku jalan2 JB. So disebabkan memang tak tahu pon nak pergi mana, kiteorg decide untuk lepakings di Danga Bay sajork.. 







 Selepas penat membakar segala kalori yang masuk ke dalam badan sewaktu sesi melantak di RAWA sebelum itu, kami bergerak pula ke pasar karat JB. Aku gegeh sangat nak pergi sebab nak tahu apa yang istimewanya tempat ni. Sampai je kat sana, rupanya tempat dia ala2 uptown or downtown di KL ni je. So ok la. Puas hati dapat jalan. Tapi memang tak ada apa yang di beli pon. Lepas dah penat jalan. Kami decide untuk balik ke hostel Zura. Sambung pulak dengan sesi bedtime story kami. End up kol 3 pagi baru tido sebab tak abes bercerita.

Hostel yang memberi perkhidmatan tempat tinggal pada malam tersebut. 
Overall trip ke JB memang best. Tapi lagi best kalau dapat jumpa dan berkumpul lebih ramai lagi. Big thanks tu Zura sebab sudi menjadi supir iols dan Fiza sebab sudi melanggar diet serta balik kampung lambat demi iols. Thanks korang.. Shayang kamo sangat2..