Gambar Giler Koser.. Hahahaha |
Dikesempatan ini ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin. Erkk batin perlu ke ea? Perlu kot. Semoga kawan2 semua berhari raya dengan gembira bersama rakan2, keluarga dan sanak saudara...
Tak ada apa yang menarik nak diceritakan untuk raya kali ni. Kenapa?? Baju pasang xde lagi. Memang setiap kali niat nak pergi cari, mesti tak berkenan. Adalah beli blouse 2 helai dekat MUAZ aritu. As usual aku kan suka Mix & Match. So pandai2 la aku jadikan blouse tu macam baju pasang nanti.
Selain tu, kuih raya opkos beli je. Sebab macam tahun2 sebelum ni pun, beli juga dan selalunya kuih tu takkan habis sampai la raya haji.
Kek dah beli barang sikit. Buat tak buat nantikan jela ye. Kalau rajin Insyaallah ada la kek raya. Kalau tak rajin alamatnya tak ada la. Hopefully rajin. Sebab still ada satu hari sebelum raya kan.
Raya kali banyak benda yang merunsingkan. So feel nak raya tu macam dah kurang sikit. Salah satu darinya Roadtax dan insurans kereta akan mati sebaik sahaja habis seminggu beraya. Nak renew tu pun satu hal. Silap2 sudahnya aku renew je kat MYeg. Habis cerita. Tunggu jelah nanti.
Kan tengok tu dah banyak sangat benda yang pending. So aku pon jadi stress. Macam mana nak feel raya? Hurmm biasalah masalah tu selalunya takkan habis. So pandai2 la kita menangani dengan sabar dan tenang. Ceh pandai cakap. Bila kena kat diri sendiri kelam kabut kau Eiyla oi..
Haish dari posting Raya dah bertukar jadi posting luahan
Adios.
Selamat Hari Raya semua...
p/s : Kalo rasa nak datang rumah aku makan biskut kering dengan teh O sila la ye. Huhuhuhu Daaaaaa....
No comments :
Post a Comment