Assalammualaikum wbt.
Morning ols. Semalam masa aku dok dengar lagu ni, sesambil masak, tetibe aku terfikir mengenai lirik dia. Cuba korang baca dan hayati walaupun aku rasa korang memang tak tau lagu ni. Tak apa. Korang baca lirik dia pun da cukup.
Tipe-X : Jangan Diam
Cape’ sudah batin ini
Kamu ga pernah ngerti-ngerti
Mengagumkan kau selalu diam
Harusnya kamu sadari
Aku sudah ga' cinta lagi
Ku jelaskan kau tetap saja diam
* Aku bohongi kamu, selalu menyakitimu
Ga setia padamu, kau cuma diam
Seribu kali berjanji pasti ku khianati
Kau tetap ga peduli kau tetap saja diam
Reff :
Padahal telah berkali-kali
Ku kecewakan kamu
Mungkin hatimu telah membatu
Kau tetap tak berubah
Caci aku, maki aku
Sakiti aku tapi jangan diam
Caci aku, maki aku
Sakiti aku tapi jangan diam
Jangan diam, jangan diam
Jangan diam, jangan diam
Jangan diam, jangan diam
Jangan diam.
Ok apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya? Aku terfikir dari lirik lagu ni, adakah memang betul, bila seorang lelaki dah tak mahu meneruskan sesuatu perhubungan, dia takkan sama sekali memutuskannya. Tapiiiiiiiiii macam lirik kat atas tu la, yang aku BOLD & BESARKAN adakah itu semata alasan supaya perempuan yang menuturkan kata putus?
Dan apabila perempuan yang memutuskan perhubungan tersebut, dia akan disalahkan 100% kerana memutuskan perhubungan. Tapi secara logiknya, adakah perempuan akan selamanya tahan dan cuma diam seperti lagu diatas apabila lelaki membuat perangai juga seperti diatas?
Secara jujurnya memang tidak. Perempuan takkan sanggup untuk terus sakit dan akhirnya lebih rela dipersalahkan kerana memutuskan perhubungan daripada terus menyeksa perasaan.
Tapi tahukah wahai lelaki, apabila seorang perempuan sudah tawar hatinya, tak mustahil dia akan menyeksa kamu dalam diam. Dalam lagu diatas ni, kenapa sebenarnya perempuan tu cuma diam? Sebab dia mahu lelaki itu sendiri memutuskan hubungan tu supaya dia tak dipersalahkan. Dalam masa yang sama dia sendiri dah tak ada perasaan pada lelaki tersebut. Cuma dia tak mahu dipersalahkan. Tentu lelaki akan rasa terseksa bukan jika perempuan berkelakuan seperti ini?
Tapi kenapa amat jarang lelaki menuturkan kata putus? Mereka lebih rela beralasan dan melakukan sesuatu yang menyakitkan perempuan daripada memutuskan sendiri hubungan yang termetrai.
Ok aku masih tertanya-tanya sampai sekarang.
4 comments :
tak penah dgr lagu ni pon ila..
Hehe ni lagi ska indon.. cbe tengok kt utube.. tp xtau la ade or x.. ade kot..
hehe...takpe..nnti aku carik...
Hehehe tp, klo org yg xpnh dgr biasanya xkse lgu diorg ni. Mcm aku, mmg da jd feveret zaman2 bwh tanah dlu. Ahaks...
Post a Comment