Friday, March 29, 2013

~ Post Takde Tajuk Boleh Tak???~


Disaat jiwa agak kacau, kadang2 lebih senang meluahkan dengan doodle. Biarlah diri sendiri je yang paham pon xpe. Tapi ni bukan jiwa kacau paling latest tau. Jiwa kacau yang dah lepas. Tapi baru hari ni aku dapat upload gambar. 







Monday, March 25, 2013

~:: Stress Melanda Diri ::~

Assalammualaikum sume..

Stresss ye ko sorang jela yang stress eiyla oi. Hurmm memang sekarang rasa macam aku sorang je yang stress.. Orang lain stress lantak dia la kan. Aku peduli hapa..

Sebenarnya menyimpan stress ni dari hari jumaat. Semua ni gara-gara external hard disk yang tak boleh nak buka. Aku pun tak tahu la dari mana aku ternak virus ke hapa tetibe bawak datang opis segalanya takleh nak buka.

Bila try buka je dia tulis need tu be formatted. Penyedut hampagas sungguh. Format jadah. Kalau aku format sah-sah la segala macam document dalam tu habis kan? Document tu aku boleh tahan lagi. Sebab kebanyakkannya ada backup dekat pc opis. Yang menjadikan aku stress ialah segala gambar-gambar dari zaman tok kaduk yang aku memang tak pernah backup. Kalau ada pon few dalam email jela.

Haish ni yang buat aku stress sangat-sangat. Start Jumaat dah kelam kabut tanya berbagai-bagai orang. Sampai Zura yang ada dekat JB tu pon aku tanya.  Sampai Yan pon aku watsapp tanya. Nampak sangat desperate nye.. Last-last usaha terakhir untuk hari ni ialah panggil incek pejol dari IT Department. Harap-harap Pejol berjaya la recover segalah jadah gambar dan lagu aku dalam tu.

So sekarang stress da kurang sket tapi dok la menunggu result dari Pejol. Apa yang bakal terjadi dekat external aku tu lepas ni, kita sama-sama lah tunggu ye.

Errkkkk mesti korang nak cakap AAK kat aku kan? Janganlaaaa.. Sampai hati.. Aku tengah bermuram durja ni taw.. Ok ayat takleh bla.





Monday, March 11, 2013

~:: Kelam-Kabut Terbang ke Sarawak ::~

Assalammualaikum kawan2..

Lama tak update apa2. Nak kata bizi takdelah sangat. Ntahlah mood pun macam takde nak cerita apa2..
Tapi hari ni dah ada cerita. So boleh la update. Hahaha tunggu ada cerita la baru update nampak gayanya..

1 March 2013 aku menerbangkan diri ke Sarawak. Ops aku tipu. Aku naik kapal terbang ke Sarawak. Tu baru betul. Kenapa pergi Sarawak? Sebab utama nak jumpa my niece yang sangat merindui aku. Ecewah ye la sangat. Sebenarnya Athiya demam teruk hari tu. So masa Acu dia sampai dia tanya mana CikLa. Sebab rase ala-ala sayu je dengar dia tanya macam tu, aku pon suruh la Kak Ngah book tiket kalau murah. So 1 March tu terbang la aku ke Sarawak.

Mula fikir macam susah juga. Selalunya akulah supir yang hantar orang ke airport. Now aku yang nak pergi, aku nak minta tolong sape hantar? Pening2... Last2 menyala mentol dalam otak aku yang tak berapa nak cerdik ni, nak minta tolong Paan. Dan nasib aku sangatlah baik sebab dia dapat meluangkan masa untuk hantar aku ke lcct.

Tp kesian la gak dekat die sebab aku paksa dia tunggu sampai aku naik flite. Kejam kan aku? Haha nasib baik gak dia tunggu. Kalau tak memang aku kelam-kabut. Dengan boarding pass yang aku tak print. Dengan 2D barcode check in yang aku tak receive, ekceli sebab salah masuk no telifon. Aku tak masukkan Malaysia code kat depan nombor tu. Memang tak receive la barcode tu dalam henfon aku. Lepas dah tanya staff dekat situ, dia cakap kena pergi kaunter minta print. Dan aku akan di charge RM10 untuk itu. Dalam kepala fikir terbang RM 10 sebab salah sendiri. Nasiblah kan. Lepas tu aku pergi dekat service kaunter dia. Orang taklah ramai mana, tapi urusan setiap orang tu memang makan masa. Nasib baiklah kami sampai awal. Kalau tak, memang tak sempatlah aku. Lepas tu aku keluar balik sebab tak sanggup nak tunggu. Paan cakap, col Kak Ngah tanya macam mana. Hurm bengongnya aku, sampai tak terfikir nak col Kak Ngah. Tula akibatnya kalau kelam-kabut. Lepas dah col Kak Ngah, dia cakap cuba je pergi dekat kaunter beg drop. Tak payah tunggu service kaunter tu. Kali ni sekali lagi aku masuk ke dalam kaunter area tu. Dekat tempat beg tu, dia cakap passenger sajork, aku wat muka sardin tarik Paan sekali. Bukan dia cek pon.
Sampai depan kaunter, wat muka blur cakap 2D code tu tak receive. Tapi tak cerita la kebodohan sendiri. Staff tu mintak booking number dan IC and print boarding pass itu. Die bagi je kat aku tanpa minta apa-apa bayaran. Rezeki aku kot. Hahahah.. Lepas dah setel semua, ada sejam lagi sebelum boleh masuk ke departure area. So aku pergi minum dulu dengan Paan.

Lepas da minum segala, Paan pon gerak balik. Aku masuk dalam departure. Sekali lagi kelam kabut lepas ditinggalkan berseorangan. Aku scan beg besar, then staff imigresen tu suruh scan handbeg juga. Aku masukkan handbeg. Tapiiiiiiiiiii lepas beg besar aku keluar, aku terus jalan dan tinggalkan handbeg aku. Haish gila betul. Da duduk baru perasan handbeg tak ada. Berlari balik ke tempat scan beg tu, then pakcik imigresen tu cakap, ingat dah pergi. Adoi mana boleh pergi pakcik oi. IC segala semua dalam tu. Haishhh ini la masalah aku yang kelam kabut tak tentu pasal. Tak taw la macam mana nak ubah perangai yang satu ni..