Friday, February 22, 2013

~:: Besedey a.k.a Birthday ::~

Assalammualaikum dear frenssss...

Nak cerita sket la pasal besedey ni. Dalam bulan dua ni je ade 3 orang yg beseday nye ade dalam list aku. 1st Alana & Zura 6th of February 2nd Paan si kering 18th of February.. Matila kalo die baca..

Tahun ni yang beseday 6th of February dua-dua jaohhhhh. So dapat celebrate yg 18th sajork..
Nothing special pon. Juz a chocolate cake, small gift and makan makan makan.. Hihihih makan adalah perkara wajib hokai.

Haish kalau la aku boleh simply terbang kesana sini, for sure aku da terbang ke Johor and Sarawak for Alana's & Zura's Birthday Celebration. Huhuhu cite katon sangat nak terbang bagai.

So lets proceed to da celebration. Everything going smoothly except da cake. Stresss sangat iols. Kek keras macam kayu hokai.. Ni suma angka peti sejok umah akak iols. Salahkan peti sejok lak. Yang aku pegi letak lama2 dalam tu kenapa??

Nothing interesting. Surprise pon tak adelah surprise sangat untuk si kering Paan ni. Lagi sekali ko memang meminta2 untuk dibelasah ye eiyla.  Aku dan Ati pergi amik dia dekat umah. Yela da macam mana pulak kami nak tumpang motor dia kan? Nak masuk dalam bakul, konfem2 la lengan aku je dah penoh dalam bakul die tu. Kekononnya nak pergi makan.

Dalam masa yang sama Farhana & Kak Salina dah standby dekat itu kedai. Tapi yang wat spoil nye aku and  Ati la sebab kami tak tahu pon yang Kak Salina tunggu dalam kereta. Soooooo kami masok kedai dan tercari2 mana mereka. Takot diorang pegi kedai lain pulak. Naya.. Hihihihi.. Sekali mesej dari Kak Salina masok, suruh kami duduk je. Nanti diorang masok. So kami masok jela wat macam biase.

Kak Salina masok dengan Farhana bawak kek keras. Hihihi ye kena mention kek keras. Hahahahah.. So yang beseday boy ni muka blurr je. Dalam masa yang sama dok risau kot la kami bawak tepung and telor ke kan.. Kami dah tak main dah campak2 tepung and telor ni. Baik aku masok dalam kek. Takdelah membazir.  
Hihihi bajet sangat kan. Tak ada ape yang menarik pon la. Juz potong itu kek. Pastu bagi hadiah je dekat dia. Huhuhuhuhu..

Kek keras macam kayu.. 

Besedey Boy.. 

Sahabat2 yg menjayakan rancangan.. 


Terpaksa wat muke sedey nak suruh org mkn.. 

Kad & Hadiah.. 


Lepas dah setel semua, kami pon pergi la berkaraoke nak menghibukan hati lara kononnya. Hihihih..

Gambar akak tengah feeling ja sempat snap.. 

Balik tu, balance kek suruh Paan bawak balik. Memangla kek tu keras time tu, tapi kalo dah biar luat peti sejok, nanti ia akan ok. Dan terbukti betol bila Paan cakap, kek tu da habis hari esoknye. Hihihih..

Oklah itu sajork update dari aku.. Next time kalo rajin ar ye. Aku update lagi. Daaaaaaa....



p/s: For Zura, boleh tak postponed celebration untuk ko time kite jumpa nanti?? Bila, tak tahu lagi la kan? Hihihihih boleh la yeeeee... Plis plis plisssssssss... Da wat muka habes comel da ni.. 


Thursday, February 14, 2013

~:: Valentines?? Say No!! ::~

Assalammualaikum kawan2..

Hari ni 14 February kah?? Hehehehe actually memang ingat hari ni 14 February but langsung tak teringat hari ni Valentines Day. Why?? Sebab memang dah lama melupakannya.

Habis kalau dah tak ingat kenapa tetibe wat posting ni? Hurmmm sebab tadi tetibe je dak maintainance kat sini datang wat keje, borak2 sekali dia tanya, tak dapat bunga dari bf ke? Col bf sekarang minta bunga. Yang aku terus wat muka sardin. Pastu dia tanya tak suka ye? Aku cakap je a'ah. Tula yang aku baru teringat hari ni V-Day..

Tapi aku bukan buat posting ni bagi ingatkan korang untuk sambut V-Day tau. Aku cuma nak cakap, jomlah kita raikan CINTA setiap hari. Hihihihi.. Tak kisahlah CINTA pada ALLAH, ibu bapa, kawan mahupun boipren. Sebab selagi CINTA ada dalam hati selagi tu kita kena raikan. Ape da aku merepek..

Sebenarnya aku nak share gambar ni je.. Saje memanjangkan posting dengan repekkan aku. Ok kawan2.. Daaaaaaaaaaaa....


Wednesday, February 13, 2013

~:: Ke Melaka For Eyqa's E-Day ::~

Assalammualaikum kawan-kawan.

Haish setelah sekian lama tak update aku kembali semula hari ni. Kenapa tak update? Ada ke orang nak tnaya aku soalan tu? Macam tak ada je. Ntah la kenapa kemalasan semakin menebal dari sehari ke sehari.

Ok berbalik kepada tajuk. Isnin lepas 11 Febuari 2013 aku turun ke Melaka for Eyqa's Engagement Day. Siapa Eyqa? Hihihihi Eyqa adalah adik kepada Ahamad Farhan. Hehehe..

Atas jemputan yang boleh aku katakan jemputan khas la kan, sebab ibu Paan col aku jemput aku datang. Jadinya saya sangatlah berbesar hati untuk menghadirkan diri. Cewah ayat sangat tak boleh bla..

Jadi diatas cadangan sahabat handai dan aku pon memikirkan tak nak datang dengan tangan kosong, aku pon menggegehkan diri membuat cupcake dan sebiji kek. Almaklumlah itu je yang aku pandai pon. Pandai pon tak adalah pandai sebab aku pun tak tahu kek aku sedap atau tak. Kalau orang pandai, dia memang dah konfiden gile yang kek die sedap kan? So aku tak konfiden ye kawan2. Gegeh la malam tu aku siapkan jugak2 kek dan cupcake untuk dibawa bersama-sama Ain. Dalam lebih kurang kol 3.30 pagi, aku tido.


Done!!

Preparation =)

Ati's suggestion.. Me? do it.. 


Pagi tu seperti yang dirancang, kami bergerak ke Melaka. Sebelum tu lupa nak bagitau, Ain pagi tu tetibe dapat col dari bakal adik iparnya yang mengatakan Makcik mereka buat kenduri. so Ain kena attend kenduri tu. So Ain terpaksa cancel follow kami ke Melaka. Nak buat camne tak ada rezeki la kan. So lebih kurang pukul 10 lebih hari Isnin tu aku dan Ati bergerak ke Melaka. Bebel2, borak2, sedar2 dah sampai Air Keroh. Roger Paan untuk next direction. Maklumlah aku ni jenis buta jalan. Selagi tak empat lima kali pergi tempat tu, memang aku tak ingat la. So no choice Paan memang kena jemput juga half way.

Lepas dah tunggu few minutes Paan sampai so kami pon follow belakang. Tak lama lepas tu kami sampai rumah dia. Memang sedara mara semua da ada la sebab ibu dia memang buat kenduri tahlil pagi tu. So dengan keseganan yang teramat, kami pun masuk kerumah. Dah salam2 semua orang, terus cari ibu dia dan Eyqa. Harus nak ambik gambo dengan orang yang bertunang kan. Tapi tak dapat nak share gambar sebab disaat ini kamera telah tertinggal didalam kereta Paan. So lain tahun jelah aku share gambar.

Ni satu je dapat share sbb ni gambar dari Ati.. 


Lepas dah makan dan selesai semuanya kami pun dengan tak malu serta bergumbira di hari raya cina ikut eyqa pergi photoshoot. Dah ala2 bridesmade gitu. So pong pang pong pang ambik gambar, keletihan kami pun balik. Masa ondeway balik Ati ajak minum coconut shake. Almaklumlah mengidam kan. Hahaha sian anak2 lemak kami. Berpecah  la kami. Aku kidnap Faiz dan Paan. Yang len semua follow Eyqa balik rumah.

Lepas dah minum coconut shake sume, kami balik ke rumah Paan dan bersiap2 untuk balik ke KL. Hahaha dan Paan tak berjaya menyuruh kami stay malam tu. Sebab kami gegeh gak nak balik. Dan dengan redhoooo dia terpaksa escort kami balik separuh jalan sebab dia memang dah tahu sangat aku memang failed bab jalan ni. So malam tu dalam kol 10 lebih juga kami sampai ke Cheras.

Anyway happy for Eyqa sebab dah selamat menjadi tunangan orang. Thanks a lot pada Ibu, Ayah and family Paan sebab menerima kedatangan kami. Hope tak menyesal la jemput kami ni. Buat kata ibu Paan, jangan serik datang lagi. Hehehehe.. In Shaa Allah..

*Picca Updates*