Haish setelah sekian lama tak update aku kembali semula hari ni. Kenapa tak update? Ada ke orang nak tnaya aku soalan tu? Macam tak ada je. Ntah la kenapa kemalasan semakin menebal dari sehari ke sehari.
Ok berbalik kepada tajuk. Isnin lepas 11 Febuari 2013 aku turun ke Melaka for Eyqa's Engagement Day. Siapa Eyqa? Hihihihi Eyqa adalah adik kepada Ahamad Farhan. Hehehe..
Atas jemputan yang boleh aku katakan jemputan khas la kan, sebab ibu Paan col aku jemput aku datang. Jadinya saya sangatlah berbesar hati untuk menghadirkan diri. Cewah ayat sangat tak boleh bla..
Jadi diatas cadangan sahabat handai dan aku pon memikirkan tak nak datang dengan tangan kosong, aku pon menggegehkan diri membuat cupcake dan sebiji kek. Almaklumlah itu je yang aku pandai pon. Pandai pon tak adalah pandai sebab aku pun tak tahu kek aku sedap atau tak. Kalau orang pandai, dia memang dah konfiden gile yang kek die sedap kan? So aku tak konfiden ye kawan2. Gegeh la malam tu aku siapkan jugak2 kek dan cupcake untuk dibawa bersama-sama Ain. Dalam lebih kurang kol 3.30 pagi, aku tido.
Done!! |
Preparation =) |
Ati's suggestion.. Me? do it.. |
Pagi tu seperti yang dirancang, kami bergerak ke Melaka. Sebelum tu lupa nak bagitau, Ain pagi tu tetibe dapat col dari bakal adik iparnya yang mengatakan Makcik mereka buat kenduri. so Ain kena attend kenduri tu. So Ain terpaksa cancel follow kami ke Melaka. Nak buat camne tak ada rezeki la kan. So lebih kurang pukul 10 lebih hari Isnin tu aku dan Ati bergerak ke Melaka. Bebel2, borak2, sedar2 dah sampai Air Keroh. Roger Paan untuk next direction. Maklumlah aku ni jenis buta jalan. Selagi tak empat lima kali pergi tempat tu, memang aku tak ingat la. So no choice Paan memang kena jemput juga half way.
Lepas dah tunggu few minutes Paan sampai so kami pon follow belakang. Tak lama lepas tu kami sampai rumah dia. Memang sedara mara semua da ada la sebab ibu dia memang buat kenduri tahlil pagi tu. So dengan keseganan yang teramat, kami pun masuk kerumah. Dah salam2 semua orang, terus cari ibu dia dan Eyqa. Harus nak ambik gambo dengan orang yang bertunang kan. Tapi tak dapat nak share gambar sebab disaat ini kamera telah tertinggal didalam kereta Paan. So lain tahun jelah aku share gambar.
Ni satu je dapat share sbb ni gambar dari Ati.. |
Lepas dah makan dan selesai semuanya kami pun dengan tak malu serta bergumbira di hari raya cina ikut eyqa pergi photoshoot. Dah ala2 bridesmade gitu. So pong pang pong pang ambik gambar, keletihan kami pun balik. Masa ondeway balik Ati ajak minum coconut shake. Almaklumlah mengidam kan. Hahaha sian anak2 lemak kami. Berpecah la kami. Aku kidnap Faiz dan Paan. Yang len semua follow Eyqa balik rumah.
Lepas dah minum coconut shake sume, kami balik ke rumah Paan dan bersiap2 untuk balik ke KL. Hahaha dan Paan tak berjaya menyuruh kami stay malam tu. Sebab kami gegeh gak nak balik. Dan dengan redhoooo dia terpaksa escort kami balik separuh jalan sebab dia memang dah tahu sangat aku memang failed bab jalan ni. So malam tu dalam kol 10 lebih juga kami sampai ke Cheras.
Anyway happy for Eyqa sebab dah selamat menjadi tunangan orang. Thanks a lot pada Ibu, Ayah and family Paan sebab menerima kedatangan kami. Hope tak menyesal la jemput kami ni. Buat kata ibu Paan, jangan serik datang lagi. Hehehehe.. In Shaa Allah..
*Picca Updates*
No comments :
Post a Comment