Amboi mood rajin nampak. Sampai 2 updates dalam 1 hari. Hahaha.. Tak de koje cari koje le namenye ni.
Ok berbalik pada tajuk. Apa yang dimaksudkan oleh tajuk itu? Ya dari KL ke Port Dickson dari Port Dickson ke Seremban
Hahaha inilah yang dinamakan kerja gila dalam beberapa jam. Bergerak dari KL jam 2.45 petang. Tujuan utama adalah ke PD. Ye setelah penat pada hari Sabtu itu, aku decide untuk berehat melihat pemandangan laut kononnya. Pemandangan laut la sangat. Orang sibuk jerebu, kau nak tengok laut. Sampai di PD, tempat yang dikunjungi tak berapa nak strategik. So decide untuk balik ke Teluk Kemang.
Tetapi dek kerana kegatalan mulut, aku mengajak pergi ke Melaka. Memang satu kerja gila yang aku tak pernah terfikir aku akan buat. So shoot terus ke Melaka masa tu juga.
Tapi tapi tapi tapiiiiiii sampai dekat pekan Seremban tersalah pula masuk ke simpang KL. Iols redha je sebab ingatkan nak balik je dah. Sekali iols ditanya kita nak kemana. Dengan muka tak bersalah iols jawab, laaaa ingat nak balik KL sebab masuk simpang KL. Huhuhu iols dipersalahakn sebab tak tegur simpang yang dimasuki. So dengan redha hati iols ajak balik KL je. Tapi sekali lagi ayat keramat kuar, nak pergi Melaka jom jela. Masuk dekat Seremban boleh pusing balik laaaa.. Waaaaaa mata bersinar kegedikkan sebab dapat juga pergi Melaka.
So pusing balik di Seremban, terus shoot Melaka masa tu juga. Dalam jam 6.00 petang sampai ke Melaka. singgah solat Asar di Masjid Al-alami berdekatan MITC Melaka. Selesai solat, jalan2 naik kereta di bandar Melaka sambil menunggu solat maghrib. Kemudian kami menuju ke Masjid Selat. Waaaa masjid yang terapung ni sangat cantik hokei. Merasa juga nak berjemaah disini. Selesai maghrib planning untuk makan. Mengikut kegilaan iols, nak ajak pergi Alai dah. Tapi memikirkan bajet bidan terjun neh, pergi kedai biasa jela. Next time boleh planning untuk pergi Alai.
Pergi kedai makan biasa, membuat aku tergelak. Sebab nama kedai tersebut adalah Fazeela Tom Yam. Wakakakaka tak mampu nak cakap apa2. Bangga jap dengan nama tu, tapi ada orang tu mematahkan kebanggaan iols. "Ala nama je, bukan dia yang masak pon" Dush deshum deshum macam kena tumbuk je rasanya. Nak ambik gambau pon dia tak bagi. Huhuhu sedeh. Takpe iols akan pastikan iols pergi lagi kedai tu untuk ambik gambar je. Hihihi.
Selesai makan, kami menuju ke Pantai Eye On. Tempat Eye On Malaysia satu masa dulu. Pantai tu agak best sebab boleh lepak atas batu dekat situ. So melepak dalam sejam kami bergerak pulang ke KL. Sampai tertido2 aku. Padahal orang yang drive rileks je. Aku lak yang mengantuk over. Ntah pape je..
Tapi memang unexpected kami akan membuat kerja gila seperti ini. Terima kasih pada orang yang telah aku mangsakan untuk buat kerja gila ni. Siyes tak sangka nak buat kerja gila camni. Feeling soooooo happy. Penat yang berbaloi.
No comments :
Post a Comment