Tuesday, July 9, 2013

~:: Unity Night Celebration ::~

Assalammualaikum kawan-kawan..

Repekkan seterusnya adalah update pekasam. Ahaks Nak cerita pasal Unity Night Celebration kami baru-baru ni. Pekasam sangat tu takdelah tapi dah lewat gak la nak update pon.

Majlis berlangsung pada 5 Julai 2013 dimana pihak kolej berbesar hati ingin meraikan staff2 HQ di Cheras Campus.

Majlis telah berlangsung di Uptown Imperial Kajang. Kami pergi sendiri je. Kononnya malas nak pergi naik bas takut balik nanti lambat. Tapi memang kami tunggu sampai habis event pon. Hehehe..

Initpati majlis ini adalah pertandingan nyanyian dan tarian. Kebanyakkan peserta terdiri dari lecturer2 foreigner dari India yang sangat bersemangat mengadakan persembahan. Sehinggakan aku boleh mengguna pakai kata2 Ebby Yus yang ditujukan kepada Sathiya yang aku pernah dengar dalam drama simpang tiga, satu masa dulu. "Lopeh dio, dio, lopeh dio, dio, looooopeeehh dioooo, barulah dio gak lagi.." Hahahaha memang inilah keadaannya. Seorang peserta mengadakan persembahan nyanyian sehingga 4 ke 5 kali. Bezanya hanyalah pasangan duetnya yang bertukar ganti. Hoootttt sangat retis bollywood sorang neh. Dan memang keadaan malam tu macam majlis bollywood la.

Tapi apa2 pun kami tetap enjoy. Thanks kepada management kerana prihatin untuk meraikan kami setelah 2 tahun tanpa sebarang celebration dinner untuk staff2 yang masih setia disini.

Dan dimalam itu walaupun hampir kuciwa, ada juga hasil tangkapan yang aku dapat. Aku menerima voucher Parkson sebagai hadiah untuk lucky draw. Dan alhamdulillah semua staff library menerima hadiah lucky draw masing2.

Selain tu seperti biasa, aktiviti bergambar memang takkan dilupakan. Soooo jom tengok gambar2 tak semenggah kami. Sila jangan muntah ye kawan2. Hihihi..

Me & Kak Salina. Kena marah sebab tutup muka dia. Hihihi

Gigih nak memuatkan diri dalam frame. 

Library ladies.. 

Game yang diadakan.. 

Kekunun verangans blh jd menantu pilihan. Hihihi.. 

Alaaaa signage tak nampak.. 

Cermin pon jadi dek non.. 

Hasil tangkapan. Syukur Alhamdulillah. 

Geng Library dengan hasil masing2.. 

Retisss of the night.. Feel nyanyi sampai nages uols. korang mampoo?? 

Us sebelum balik kerumah.. 

Again a big thanks to the management for this event. Berharap akan ada annual dinner untuk tahun ni dan ia pastilah lebih meriah. Kalau boleh bagi kami bonus dan increment kami lebih berbesar hati. Hihihihi,,

~:: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2013 ::~



Assalammualaikum frens.

Sempena menyambut ramadhan al- mubarak esok, aku dengan merasa rendah diri ingin memohon maaf pada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Tidak kira sama ada pernah terkasar bahasa, perlakuan yang tak sepatutnya atau apa saja kesalahan yang pernah aku lakukan pada korang semua, aku harap korang ampunkan.

Semoga dalam bulan yang mulia ini kita sama-sama beribadah dengan tenang tanpa rasa benci, iri hati, atau berdendam.



p/s: Bazar ramadhan kat mana yang best ye? Kot la boleh jenguk nanti.. Motip belum puasa dah fikir bazar ramadhan?? Muahahaha..

Wednesday, July 3, 2013

~:: Wayang.Wayang.Wayang ::~

Assalammualaikum kawan-kawan. Hello yellooo.. 

Hurm tak tahu nak update apa sebenarnya. so marilah kita update pasal wayang. Sebenarnya dah agak lama aku tak tengok wayang.. Yeke?? Yeee ini sirius. Memang dah agak lama. Movie apa last aku tengok pon aku dah lupa. Hantu Kapcai kot. Eh yeke? Yela kot. Sirius dah tak ingat. 

So baru-baru ni adalah hamba Allah yang baik hati nak belanja. Dengan duit yang aku hutang dia. Hahaha tapi dia memang selalu belanja aku pon. Ahaks. Betapa tak malunya aku. So diesebabkan aku memang dah lama tak tengok wayang, tiba-tiba this time aku tak reti nak review dulu sebelum pergi tengok. 

Jadinya kami main redah je untuk tengok movie kali ni. Kami terus ke Alamanda. Kunun la nak pergi jauh sikit. Tapiiiiii adalah sangat mengecewakan apabila tiket di Alamanda untuk movie yang kami nak tengok telah habis dijual. Movie apa yang kami nak tengok sangat sampai habis tu? Inilah movie yang kami nak tengok. 

Yes it's World War Z. Sejujurnya aku memang tak berapa cerita-cerita ganasss ni. Tapi disebabkan beliyau nak tengok cerita ni dan yang paling penting beliyau nak belanja, aku ikutkan je. so disebabkan Alamanda dah habes, kami terus shoot ke Jusco cheras Selatan. Sebab tu je choice terdekat yang kami ada.

Dan memang rezeki kami la malam tu. Di Jusco Cheras Selatan ada tayangan jam 11.30 malam. So kami layan movie ni di Jusco.

Aku tak reti nak review sangat movie-movie ni. Tapi movie ni memang best. Tak rugi la tengok. Walaupun aku bukanlah peminat tegar cerita yang macam ni, overall cerita ni best.

Ada scene happy mase awal cerita. Happy tengok kebahagiaan family ni. Kemudian bila masuk part mendebarkan, dimana mereka mula diserang orang-orang yang telah bertukar jadi zombie kerana virus, kat situ nampak macam mana kuatnya kasih sayang antara ahli keluarga ni. Macam mana ayah mereka yang sanggup bekorban semata-mata untuk menyelamatkan keluarganya. Tapi tak habis lagi weh. Ade gak part seram gitu. Mana tak seram wei kalau dah tetibe zombie muncul melekat kat pintu lah macam-macam lagi la cara dia muncul.. Tak mampu nak cakap apa dah. Aku punya terkejut rasa nak menjerit. Berapa kali aku istighfar sebab zombie muncul. Nasib baik laaaa aku tak mencarut kan. Hahaha..

Movie ni habis hampir pukul 2 pagi. Lepas da setel movie aku sempat ajak dia mengeteh dulu. Mana tak nye sebelum wayang tu dia dah dinner siap-siap. Yang aku ni tak tahu nak makan apa kunun. Sekali habis movie merengek lapau. Hamek ko..

Then nexxxxtttt movie is.... ni adalah perkara yang agak gila kami buat sebab tak pernah-pernah dalam sebulan sampai dua kali tengok movie. Pee Mak..


Eh chup3.. Ekceli berangan sajork nak tengok Pee Mak. End up tiket habes. Ada tiket pon da seperate. Apa pulak rupanya pergi tengok wayang sama-sama sekali duduk asing-asing. Pastu nak tunggu luar wayang ar? Memang tak la kan. Ni semua gara-gara tak tahu yang cerita ni best. bila orang dah review best baru terhegeh-hegeh nak pergi tengok. Sedangkan movie tu rupanya dah tayangan akhir dah pon. Soooo melepas la nak tengok Pee Mak ni.. Dah la Su cakap movie ni gila punya best. Haish sedeh..


Tapi perempuan ni memang tak reti nak puas hati kan? Dah takde tu, cancel jelah tengok wayang. Ni tak. Nak jugak tengok wayang. Sanggup beli tiket movie ni pulak. 


Ye White House Down ye kawan-kawan. Sekali lagi ini bukanlah cerita kegemaran aku. Sebab aku nampak cerita aksi disitu. Dan ini adalah cerita request dari dia pada minggu sebelum itu. Tapi tapi tapi kawan-kawan aku telah berubah persepsi apabila menonton cerita ini. Kenapa? Kerana cerita ni diselitkan banyaaaaaakkkkk babak kelakar disamping aksi. 

So cerita ni memang best. Memang ada scene dalam cerita ni agak sarkastik. Tapi sarkastik yang benar sebenarnya. Sebagai contoh apabila seorang presiden disuruh memegang senjata, katanya dia tak tahu kerana selama ini orang lain menjaga dia. It's true hokei. Memang mereka biasanya mengharapkan orang lain utnuk segala perkara yang remeh itu sehingga apabila terjadi perkara yang memerlukan mereka melakukannya sendiri terjadilah scene-scene yang kelakar. 

Soooo kalau korang ada feeling-feeling nak tengok cerita ni, korang pergilah. Sebab korang takkan menyesal punyalah. 

Overall dua movie yang aku tengok ni memang sangat best. Plan nak tengok The Heat sebab Zura kata best. Tapiiiiiii dia kata dah tak payah sebab da dua movie tengok dalam sebulan. Huhuhuhu sobs ='( sedeh..