Wednesday, July 3, 2013

~:: Wayang.Wayang.Wayang ::~

Assalammualaikum kawan-kawan. Hello yellooo.. 

Hurm tak tahu nak update apa sebenarnya. so marilah kita update pasal wayang. Sebenarnya dah agak lama aku tak tengok wayang.. Yeke?? Yeee ini sirius. Memang dah agak lama. Movie apa last aku tengok pon aku dah lupa. Hantu Kapcai kot. Eh yeke? Yela kot. Sirius dah tak ingat. 

So baru-baru ni adalah hamba Allah yang baik hati nak belanja. Dengan duit yang aku hutang dia. Hahaha tapi dia memang selalu belanja aku pon. Ahaks. Betapa tak malunya aku. So diesebabkan aku memang dah lama tak tengok wayang, tiba-tiba this time aku tak reti nak review dulu sebelum pergi tengok. 

Jadinya kami main redah je untuk tengok movie kali ni. Kami terus ke Alamanda. Kunun la nak pergi jauh sikit. Tapiiiiii adalah sangat mengecewakan apabila tiket di Alamanda untuk movie yang kami nak tengok telah habis dijual. Movie apa yang kami nak tengok sangat sampai habis tu? Inilah movie yang kami nak tengok. 

Yes it's World War Z. Sejujurnya aku memang tak berapa cerita-cerita ganasss ni. Tapi disebabkan beliyau nak tengok cerita ni dan yang paling penting beliyau nak belanja, aku ikutkan je. so disebabkan Alamanda dah habes, kami terus shoot ke Jusco cheras Selatan. Sebab tu je choice terdekat yang kami ada.

Dan memang rezeki kami la malam tu. Di Jusco Cheras Selatan ada tayangan jam 11.30 malam. So kami layan movie ni di Jusco.

Aku tak reti nak review sangat movie-movie ni. Tapi movie ni memang best. Tak rugi la tengok. Walaupun aku bukanlah peminat tegar cerita yang macam ni, overall cerita ni best.

Ada scene happy mase awal cerita. Happy tengok kebahagiaan family ni. Kemudian bila masuk part mendebarkan, dimana mereka mula diserang orang-orang yang telah bertukar jadi zombie kerana virus, kat situ nampak macam mana kuatnya kasih sayang antara ahli keluarga ni. Macam mana ayah mereka yang sanggup bekorban semata-mata untuk menyelamatkan keluarganya. Tapi tak habis lagi weh. Ade gak part seram gitu. Mana tak seram wei kalau dah tetibe zombie muncul melekat kat pintu lah macam-macam lagi la cara dia muncul.. Tak mampu nak cakap apa dah. Aku punya terkejut rasa nak menjerit. Berapa kali aku istighfar sebab zombie muncul. Nasib baik laaaa aku tak mencarut kan. Hahaha..

Movie ni habis hampir pukul 2 pagi. Lepas da setel movie aku sempat ajak dia mengeteh dulu. Mana tak nye sebelum wayang tu dia dah dinner siap-siap. Yang aku ni tak tahu nak makan apa kunun. Sekali habis movie merengek lapau. Hamek ko..

Then nexxxxtttt movie is.... ni adalah perkara yang agak gila kami buat sebab tak pernah-pernah dalam sebulan sampai dua kali tengok movie. Pee Mak..


Eh chup3.. Ekceli berangan sajork nak tengok Pee Mak. End up tiket habes. Ada tiket pon da seperate. Apa pulak rupanya pergi tengok wayang sama-sama sekali duduk asing-asing. Pastu nak tunggu luar wayang ar? Memang tak la kan. Ni semua gara-gara tak tahu yang cerita ni best. bila orang dah review best baru terhegeh-hegeh nak pergi tengok. Sedangkan movie tu rupanya dah tayangan akhir dah pon. Soooo melepas la nak tengok Pee Mak ni.. Dah la Su cakap movie ni gila punya best. Haish sedeh..


Tapi perempuan ni memang tak reti nak puas hati kan? Dah takde tu, cancel jelah tengok wayang. Ni tak. Nak jugak tengok wayang. Sanggup beli tiket movie ni pulak. 


Ye White House Down ye kawan-kawan. Sekali lagi ini bukanlah cerita kegemaran aku. Sebab aku nampak cerita aksi disitu. Dan ini adalah cerita request dari dia pada minggu sebelum itu. Tapi tapi tapi kawan-kawan aku telah berubah persepsi apabila menonton cerita ini. Kenapa? Kerana cerita ni diselitkan banyaaaaaakkkkk babak kelakar disamping aksi. 

So cerita ni memang best. Memang ada scene dalam cerita ni agak sarkastik. Tapi sarkastik yang benar sebenarnya. Sebagai contoh apabila seorang presiden disuruh memegang senjata, katanya dia tak tahu kerana selama ini orang lain menjaga dia. It's true hokei. Memang mereka biasanya mengharapkan orang lain utnuk segala perkara yang remeh itu sehingga apabila terjadi perkara yang memerlukan mereka melakukannya sendiri terjadilah scene-scene yang kelakar. 

Soooo kalau korang ada feeling-feeling nak tengok cerita ni, korang pergilah. Sebab korang takkan menyesal punyalah. 

Overall dua movie yang aku tengok ni memang sangat best. Plan nak tengok The Heat sebab Zura kata best. Tapiiiiiii dia kata dah tak payah sebab da dua movie tengok dalam sebulan. Huhuhuhu sobs ='( sedeh.. 




No comments :