Hari ni nak merepek pasal kereta. Ye kereta seperti tajuk diatas, kancil. Mana plak muncul kancil secara tiba2? Oh korang tak tahu ye? Ke macam dah penah je aku cerita? Tak penah ye? Ok meh la aku cerita balek. Sape malas nak baca takyah baca.
Kancil yang di ceritakan disini adalah hak milik mutlak Puan Hajah Imilia Ibrahim & Tuan Haji Valentino Abu Bakar. Ye ini adalah kereta pertama mereka selepas kahwin kalau tak salah aku. So kereta ni dibeli around tahun 2005 atau 2006 kalau tak salah.
Kereta ni memang dah lama ada dekat rumah aku. Memang ayah guna kereta ni untuk pergi kedai or pasar kalau dia pergi sorang2. Kadang2 aku pon drive juga kancil ni.
So cerita yang aku nak cerita hari ni adalah pasal kakak dan abang ipar aku yang sedang bersemangat waja nak upgrade kereta kancil ni. Sebab utama ialah kancil ni dah habis bayar.
So 1st thing they did is tukar gear manual kepada auto. Kenapa? Sebab my sis lebih selesa bawa auto katanya. Lepas dah setel tukar gear, beberapa hari lepas diorang tukar cover kusyen dalam kereta itu. Dan konsepnya adalah merah hitam. Kemudian diikuti dengan steering. Pon masih mengekalkan konsep merah hitam. Dan paling latest ialah sport rim. Yang ni takdelah merah hitam. Tapi masiiiiiihhh meraaahhh..
So gigih jugak la aku pergi ngan hadek Paan mencari sport rim ni. Mulanya nak usha area Ampang sebab tengok dekat MUDAH murah harga rim. Tapi tapi tapi terms n condition apply. Rupanya kena trade in rim lama baru dapat harga yang murah itu. Dan jika rim lama kita tak memenuhi spesifikasi yang mereka mahukan, still tak dapat harga murah pon.
Jadi lepas dah selesai rim ni, nak bagi canteeekkkk lagi kereta ni, kenalah masuk adjustable absorber pulak kan? Ok yang ni untuk next planning for this kancil. Pastu sembur cat dekat bumper bagi sama kaler dengan body then walllahhhh.. Mesti cun punya weyy..
1 comment :
nak tengok gambo... mesti cun...
Post a Comment