Khamis lepas malam2 buta kami bergerak ke JB. Abg Ngah a.k.a abg ipar iols drive sampai somewhere around negeri 9. Kat mana aku pun tak perasan. Then aku mengambil alih tugas sebagai supir sampailah ke JB. Normally KL - JB bape jam ea? Sebab aku pon tak berapa nak ingat aku drive berapa KM/J on that night. Taw2 je da sampai JB around 1.45 pm. Bergerak dari KL dalam pukul 10 lebih. Ada dalam 3 jam lebih kot kami sampai ke JB.
So sebaik masuk ke kawasan JB kami berhenti untuk isi minyak. Masa isi minyak ni satu tragedi baru disedari. Iaitu abg ipar punya IC dan lesen segala tetinggal di KL. Ko hado da drive sampai ke JB baru nak pasan. So kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah abg ipar aku tak dapat mengundi. Sekian. Sebab tujuan kami ke JB ni sebenarnya nak jemput mak abg ipar. Then pergi ke Kuantan untuk dia membuang undi. Malangnya bukan rezeki dia untuk meng"ubah" tahun ni. So tak dapatlah mengundi.
Jumaat siang selepas mereka si lelaki2 balik dari solat jumaat, kami bergerak ke JPO. Semangat je nak ke JPO bagai. Belinya memang nan hado la. Mampoo jadi tukang posing dengan paper bag my sis sajork. Harusssss tak mampoo nak beli. Kalo mampoo pon butik Vincci & Padini je lor. So sempat la sambar Vincci sepasang.
Sampai juga ke JPO |
Mampoo posing sajork.. |
Menunggu Fiza |
Xde gaya lain gamaknya. |
Steamboat uols.. Yummy bangettt..
Zura & Fiza |
Me & Fiza |
Makan sepuas hati sebab for sure lebiiiiiiiiiihhhh murah dari KL. Korang nampak berapa punya panjang perkataan lebih tu???
Then selepas selesai sesi melepaskan rindu, gosip2 dan bercerita yang tak habis2, kami bergerak ke destinasi masing2. Sebab Fiza nak merempit balik ke kampung malam tu juga. Sian dia sebab aku datang dia delay balek kampung.
Lepas Fiza dah gerak balik kampung aku memaksa Zura bawak aku jalan2 JB. So disebabkan memang tak tahu pon nak pergi mana, kiteorg decide untuk lepakings di Danga Bay sajork..
Hostel yang memberi perkhidmatan tempat tinggal pada malam tersebut. |
No comments :
Post a Comment