Assalammualaikum semua..
Jumaat lepas 10-05-2013 setelah sekian lama tak main boling, kami semua pergi main boling ramai2. Ramai2 kunun. Padahal 6 orang je pon.
So bergerak dari rumah lebih kurang lepas maghrib gitu la. Pergi 2 kete. Aku dan Ain dari rumah Kak Sal, Farhana, Suhaila dari tower then jemput Lokman dekat MC.
So kami berdua teroslah ke Mines. Kekonon nak book lane dulu. Tapi malangnya dia cakap kalao nak book kena terus main. So terpaksa la kami menunggu semua sampai baru book lane.
Bila semua dah sampai, kami nak ambil 2 lane. Then dia cakap lane full. Bila ditanya bila kosong katanya lambat lagi. Memang menyirap darah. Masa aku nak book tadi kau kata kena terus main.
Lepas tu dia tanya berapa orang nak main. Kami cakap 6 then dia terus suggest untuk ambil 1 lane saja. So kami agreed dan dapatlah kami main pada masa tu juga. Yang tak hengatnya siap ambil 2 game. Hamik ko. Jenuh nak menghabiskan 2 game itu.
Setel membaling, kami bergerak ke downtown Mines. Masa dekat sini sekali lagi kejadian menyakitkan hati terjadi. Parking tepi2 jalan yang biasanya free tu, dah ditunggu oleh mat bangla untuk collect duit. Nak parking sekejap je pon. Dah la tepi jalan. Safety memang takde jaminan, boleh pulak dia minta RM5 untuk parking dekat situ. Ye aku memang kedekut kalau aku rasa sesuatu yang aku bayar tu tak berbaloi. Jadinya aku rela berjalan jauh dari sedekah dengan tak ikhlas pada bangla tersebut. Tapi nasib aku baik malam tu. Syukur sangat sebab sebaik kami keluar, kami dapat parking berdekatan tanpa bayar apa2.
Lepas dah makan2, jalan2 kami pon bergerak pulang. Aku dan Ain terus kerumah Farhana pula menghantar Lokman balik. Pape pon semua orang sangat best. Hepi sangat untuk hang out Jumaat tu.
No comments :
Post a Comment