Monday, June 24, 2013

~:: KL > PD > Seremban > Melaka > KL ::~

Assalammualaikum frens.

Amboi mood rajin nampak. Sampai 2 updates dalam 1 hari. Hahaha.. Tak de koje cari koje le namenye ni.

Ok berbalik pada tajuk. Apa yang dimaksudkan oleh tajuk itu? Ya dari KL ke Port Dickson dari Port Dickson ke Seremban nak u-turn je sebenarnya dari Seremban ke Melaka dari Melaka kembali semula ke KL.

Hahaha inilah yang dinamakan kerja gila dalam beberapa jam. Bergerak dari KL jam 2.45 petang. Tujuan utama adalah ke PD. Ye setelah penat pada hari Sabtu itu, aku decide untuk berehat melihat pemandangan laut kononnya. Pemandangan laut la sangat. Orang sibuk jerebu, kau nak tengok laut. Sampai di PD, tempat yang dikunjungi tak berapa nak strategik. So decide untuk balik ke Teluk Kemang.

Tetapi dek kerana kegatalan mulut, aku mengajak pergi ke Melaka. Memang satu kerja gila yang aku tak pernah terfikir aku akan buat. So shoot terus ke Melaka masa tu juga.

Tapi tapi tapi tapiiiiiii sampai dekat pekan Seremban tersalah pula masuk ke simpang KL. Iols redha je sebab ingatkan nak balik je dah. Sekali iols ditanya kita nak kemana. Dengan muka tak bersalah iols jawab, laaaa ingat nak balik KL sebab masuk simpang KL. Huhuhu iols dipersalahakn sebab tak tegur simpang yang dimasuki. So dengan redha hati iols ajak balik KL je. Tapi sekali lagi ayat keramat kuar, nak pergi Melaka jom jela. Masuk dekat Seremban boleh pusing balik laaaa.. Waaaaaa mata bersinar kegedikkan sebab dapat juga pergi Melaka.

So pusing balik di Seremban, terus shoot Melaka masa tu juga. Dalam jam 6.00 petang sampai ke Melaka. singgah solat Asar di Masjid Al-alami berdekatan MITC Melaka. Selesai solat, jalan2 naik kereta di bandar Melaka sambil menunggu solat maghrib. Kemudian kami menuju ke Masjid Selat. Waaaa masjid yang terapung ni sangat cantik hokei. Merasa juga nak berjemaah disini. Selesai maghrib planning untuk makan. Mengikut kegilaan iols, nak ajak pergi Alai dah. Tapi memikirkan bajet bidan terjun neh, pergi kedai biasa jela. Next time boleh planning untuk pergi Alai.

Pergi kedai makan biasa, membuat aku tergelak. Sebab nama kedai tersebut adalah Fazeela Tom Yam. Wakakakaka tak mampu nak cakap apa2. Bangga jap dengan nama tu, tapi ada orang tu mematahkan kebanggaan iols. "Ala nama je, bukan dia yang masak pon" Dush deshum deshum macam kena tumbuk je rasanya. Nak ambik gambau pon dia tak bagi. Huhuhu sedeh. Takpe iols akan pastikan iols pergi lagi kedai tu untuk ambik gambar je. Hihihi.

Selesai makan, kami menuju ke Pantai Eye On. Tempat Eye On Malaysia satu masa dulu. Pantai tu agak best sebab boleh lepak atas batu dekat situ. So melepak dalam sejam kami bergerak pulang ke KL. Sampai tertido2 aku. Padahal orang yang drive rileks je. Aku lak yang mengantuk over. Ntah pape je..

Tapi memang unexpected kami akan membuat kerja gila seperti ini. Terima kasih pada orang yang telah aku mangsakan untuk buat kerja gila ni. Siyes tak sangka nak buat kerja gila camni. Feeling soooooo happy. Penat yang berbaloi.

~:: Tired + Happy Saturday ::~

Assalammualaikum frens..

Yes it was a tiring weekend but I'm happy with it. Da penat happy pulop. Kau dah kenapa wahai Cik Eiyla? Penat buat kerja tapi ia amat mengembirakan bila kita dapat lihat hasilnya dan ia dihargai. Kerja apalah yang penat sangat tu?

Sabtu lepas I'm handling one of our candy buffet events. And everything needs to be done by me and Maz. From the setup, labeling and also going to the place of event.

Kami bergerak dari rumah hampir jam 10 pagi. Tempat event di Taman Melati Setapak. Bukan tak familiar area sana tapi as usual, walaupun aku pernah sampai tempat tu, aku tetap failed untuk ingat nama tempat tersebut. Jadi dengan gigih print map segala, cari kat google maps dan tanya juga pada Fik and Amin yang mungkin familiar area sana. Info dari Fik agak membantu. Then bila tanya Paan, info dia lagi boleh pakai. Sebab aku terus ingat tempat tu dimana kami hampir2 tinggalkan Fik sebelum naik ke Genting hari tu. Terus ala2 flashback gitu. So memang ingat sangat la tempat tu.

So bergerak pagi tu aku terus tuju tempat yang dimaksudkan. Tanpa sempat menjamah apa2 sebagai breakfast, dengan perut kosong kami terus kesana. Sampai ditempat yang dituju, misi seterusnya adalah mencari tempat dimana event diadakan. Tersalah masuk simpang, terus singgah KK untuk cari breakfast. Sempat makan roti sambil drive sebab tak mampu nak tahan perut kosong. Then cari punya cari Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami, kami jumpa tempat event.

Sampai juga kami akhirnya di Dewan Serbaguna Taman Melati Setapak, for info, signboard dewan tertutup oleh daun kelapa, so tak jelas dan signboard hanya ada di 1 side. Kami dah u-turn baru kami boleh nampak signboard tersebut.

Dah sampai cuba hubungi ibu pengantin tapi tak dapat dihubungi kerana beliau sedang sibuk untuk majlis marhaban. So dengan muka slumber cari family members terdekat yang ada disitu. Rasanya adik pengantin yang kami tanya tu, so dia masuk dan cari orang yang boleh ditanya. Then dah tahu tempat, kami setup dan open our counter for serving.

Everything runs smoothly. Tunggu sampai habis event at 4.00 pm, then kami kemas dan bergerak pulang.

Tapi pulang tu tak pulang sangat la sebab kami terus shoot Kelana Jaya pula untuk event malam. Event malam  prepared by Kak Sha. Me and Maz as assistant only. Wedding malam lagi best. They held the wedding at Dewan Gemilang Yayasan Felda Kelana Jaya. Memang formal habis la event tersebut. Lots of experience I got by following this candy buffet business. Dapat juga experienced the wedding yang tak pernah2 iols attend among family and friends.


Friday, June 21, 2013

~:: Ain's Pre Wedding & Aku Si Tukang Sibuk ::~

Assalammualaikum frens. Benda ni dah lama terperuk dalam save box aku. Malas nak update sebab gambar payah benau nak masuk nyeee. Jadi benda dah lama sekarang ni la baru aku nak update.

Ade few picca's lagi. Tapi macam tak patot diupload. So aku simpan sajork.


Next??? Dengan sapa tak taw..

Orang nak test kamera aku sibuk posing.

Kanak2 enterprame gitu.. 

Apo la yang riang bana ko ha??

Penat posing tong sampah gak diambil nya.

Single & Available. So???

Promot sekali sudah la wei!!

Siap pulak ade orang tolong promot.. 

~:: World War Z + Ngantok Tak Tido ::~

Assalammualaikum frens.

Agak lama menyepi tanpa update. Bukan ape kekadang blog aku ni giler takleh upload gambar. So bila aku menaip entri bergambar ia akan membuatkan mood aku hilang untuk update sebab gambar takleh masok. 

Dah la malas nak cite panjang. Sama je. Kalau cite panjang pon gambar masih takleh nak upload. So jom la kite proceed kepada cite yang lebih menarik.

Semalam aku dah tengok cerita World War Z. Cite mengisahkan manusia2 yang menjadi zombie setelah diserang oleh virus yang pelik. Secara tetibe je seluruh negara dikejutkan dengan serangan virus tu.

Cite die ok lah. Yang penting tak mengantuk sebab aku tengok midnite. Biasenya aku ni kalo tengok midnite memang ade harapan tido. So masa tengok cerita ni semalam memang takde can la aku nak tido. Kenapa? Sebab zombie sengal die tu banyak kali muncul terkejut. Dan aku pon banyak kali beristighfar sebab terkejut. Nasib baik aku tak mencarut kan. Kira elok sikit la perangai aku semalam. Hahaha.. Agak bernasib malang juga orang yang duduk dekat sebelah aku tu. Sebab tak diganggu zombie kena ganggu dengan aku. Wahahaha mintak maap la ye. selesai tengok movie tu, aku bergerak balik.

Movie habis pukul 2.11PM. Aku sampai rumah dalam 2.35 macam tula. So bajet2 boleh la tido sekejap sebelum bangun balik untuk hantar akak ipar aku ke LCCT jam 4 pagi. Sekali mata pulak tak boleh lelap. Ngok ngek ngok ngek sampai la pukul 3.30 pagi. Baruuuuuuuu nak terlelap, akak ipar aku dah tersedar and kejut untuk bersiap pergi LCCT. So maknanya dari malam tadi sampailah sekarang aku baru tido setengah jam.

Disaat aku taip entri ni, aku tengah menahan mata yang merah sebab tak tido. Rasanya kejap2 lagi ada yang aku melantak tido dekat kaunter ni. Babai la kalo aku dah tertido kan. Hurmmm bertabahlah wahai mata. Petang nanti balik keje qada' balik tido. Huhuhuh.. Ngantok..

Tuesday, June 4, 2013

~:: Menangis Itu Terapi ::~

Assalammualaikum kawan2.

Jarang-jarang aku posting cerita sedih dekat blog ni. Sebab kalau boleh aku sentiasa nak kongsikan kegembiraan. Tapi hidup tak selalunya gembira. Sekali sekala mesti ada duka bertandang. Itulah namanya warna-warni kehidupan.

Setiap kali aku rasa sedih atau terbeban dengan sesuatu aku akan lebih senang menangis. Ya kalau korang tengok aku gelak sana sini, menyakat orang sana sini, tak semestinya aku memang tengah happy. Kadangkala aku buat semua tu untuk melegakan rasa sedih dihati.

Selalunya bila aku stress, marah, dan sedih aku akan menangis. Kerana bila air mata tu keluar aku akan rasa lega. Dan semua stress aku akan hilang. Pada masa tu barulah aku dapat berfikir jalan penyelesaian dengan baik. Tapi bukan senang untuk aku menangis. Dan selagi aku tak menangis selagi tu la segalan bebanan aku tak lepas.

Kalau tak percaya, korang boleh cuba. Menangis lah sepuas hati bila kita terbeban sesuatu. Lepas tu korang akan rasa sangat lega dan otak pon akan come out with a solution of your problem.





p/s: Aku masih belum menangis walaupon kepala aku tengah sarat dengan benda yang menyedihkan. So now keep on tayang muka plastik. Hahahahaha...

Monday, June 3, 2013

~:: Candy Buffet? Me? ::~

Assalammualaikum frens.

Yup candy buffet la uols. Aku join wat bisnes ni? Dop ar. Aku baru je nak belajar2 main2 dengan candy buffet ni. Actually, joining them for setting this candy buffet in so exciting.

Segalanya bermula dari Kak Sha yang buat bisnes ni. dah lama dia ajak aku untuk join diorang. Just macam kerja dengan dia la. But aku mulanya rasa macam tak interested sangat.

Ntah kenapa tetiba je datang excited nak try ikut diorang. Bila aku dah ikut sekali, aku mula rasa seronok nak buat. Yela aku ni dulu pon datang dari line yang menjamu orang makan ni kan? Yela hotelier la katakan. so memang seronok la pulak mengimbau nostalgia gitu.

Now kalau ada event je aku akan try free kan segala yang patot supaya aku boleh folow untuk setup the buffet.

Kepada korang2 kalau rasa interested nak hire kami untuk candy buffet, jangan segan silu pergilah ke I Love Sugartown kat sana macam2 pakej korang boleh tengok. Gambar contoh2 buffet pon ada. sila2 lah ye.