Assalammualaikum kawan2.
Jarang-jarang aku posting cerita sedih dekat blog ni. Sebab kalau boleh aku sentiasa nak kongsikan kegembiraan. Tapi hidup tak selalunya gembira. Sekali sekala mesti ada duka bertandang. Itulah namanya warna-warni kehidupan.
Setiap kali aku rasa sedih atau terbeban dengan sesuatu aku akan lebih senang menangis. Ya kalau korang tengok aku gelak sana sini, menyakat orang sana sini, tak semestinya aku memang tengah happy. Kadangkala aku buat semua tu untuk melegakan rasa sedih dihati.
Selalunya bila aku stress, marah, dan sedih aku akan menangis. Kerana bila air mata tu keluar aku akan rasa lega. Dan semua stress aku akan hilang. Pada masa tu barulah aku dapat berfikir jalan penyelesaian dengan baik. Tapi bukan senang untuk aku menangis. Dan selagi aku tak menangis selagi tu la segalan bebanan aku tak lepas.
Kalau tak percaya, korang boleh cuba. Menangis lah sepuas hati bila kita terbeban sesuatu. Lepas tu korang akan rasa sangat lega dan otak pon akan come out with a solution of your problem.
p/s: Aku masih belum menangis walaupon kepala aku tengah sarat dengan benda yang menyedihkan. So now keep on tayang muka plastik. Hahahahaha...
No comments :
Post a Comment