Monday, February 28, 2011

:: mENgAPA LambaT bErTEmU jOdOh ::

Ni sAtu Lg aRtIkEL yG sAngAt mEmbEri pAndUan DLm hIduPku..

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”


:: 60 PeTuA mEndApAt pAsAnGan -Dato' Dr. Hj Fadhillah Kamsah ::


                                           


Ditulis Oleh Administrator   
Selasa, 24 Ogos 2010
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

(MunGkIn adE aNtaRa kOrg yG pEnaH bAcA mEnde nI.. Tp aKu sGt2 sUkE sTiaP pAtAh kAte yg diTuLis dLm ni.. dAn kebaNyakKannYe mEmbEri sEmangAt uTk kIta.)

Friday, February 25, 2011

:: If hE mEant tO bE yOurs, hE'LL bE yOuRs ::




Ceeewwwaaahhh title nk bahasa omputih.. Ermmm apekah maksud repekkan ku kali ni? Entah la.. Aku terfikirkan bende ni waktu aku dok sorang2 mengelamun, berangan dn mcm2 lg la bile dok sorg2 tu..

Sebenarnya telah ada seseorang yang sememangnya diciptakan untuk kita. X kira lelaki atau perempuan, kite memang dah diciptakan berpasangan.

Dan ianya juga bergantung pada jodoh jugak. Aku penah dgr adelah org bijak pandai yg ckp, kot la, aku pon x tau btl ke org yg ckp tu, bijak pandai..

Allah temukan kita dgn jodoh yg bnyak.. Ade jodoh untuk berkenalan sahaja, ada jodoh untuk berkawan, ada jodoh sehingga bercinta, ada jodoh sehingga jadi tunangan, dan jodoh yg benar2 tertulis adalah jodoh hingga ke alam perkahwinan.. Tp ianya tidak habis disitu, ada juga yg jodohnye di alam perkahwinan tak lama, beberapa tahun melayari hidup bersama ada yg bercerai berai, ada juga yg ditinggalkan dan berpisah kerana berakhirnya hayat di dunia.. Ini adalah fitrah kehidupan.

Kadang2 kita bercinta dan mengharapkan supaya dia yang kita cintai akan menjadi jodoh kita hingga ke akhir hayat. Tp adakah kita tahu apa yg telah Allah tuliskan buat kita? Mungkin kita bercinta dan bergembira bersama, tp belum tentu dia adalah jodoh kita hingga ke akhir hayat.. Dan ada pula kes, orang yang paling dibenci dalam hidup, menjadi jodohnya hingga keakhir hayat. Dan kat sini la nak kene tekankan tajuk kt atas nun.. Jika dia diciptakan untuk kamu, dia akan menjadi milikmu. Dan jika dia x diciptakan untukmu, dia tetap bukan untukmu.

Dan yang ni pulak, dialog yang aku dapat dalam cerita Syurga Cinta,

pertama ialah jodoh dari syaitan di mana apabila seorang lelaki dan seorang perempuan bercinta, saling memegang tangan, bermesra dan akhirnya berzina lalu mereka berkahwin... maka itu adalah jodoh dari syaitan...

ke dua ialah jodoh dari jin iaitu apabila seorang lelaki sukakan seorang perempuan, ia menggunakan ilmu hitam, mengupah bomoh dan sebagainya, lalu perempuan tersebut menerima dan dinikahi, maka itu adalah jodoh dari jin...

ke tiga ialah JODOH DARI ALLAH iaitu apabila seorang pemuda sukakan seorang perempuan, dipinang dengan cara yang baik, dinikahi maka itulah yang dipanggil 'syurga cinta'...


So sekarang, fikir2kan lah yang mana satu jodoh kita.

Thursday, February 24, 2011

:: MamPuKah bErGeMbiRa sPt iNi? ::

ErRmM... GemBirA.. aDaKah kOrg gEmbIra aRini?? aDaKah kOrg sEdAng TerSenyUm?
dAn aDAkaH hAti kOrg sEgEmbIra sEnyuMan kOrg?
nAPe tEtIbE aKu tAnye pAsAL gEmbIra sEgALa bAgAi nI?


ini GmBr2 gEmbIrA..


mUkA yG dIhIasI sEnyuMan LebAr yg mEngGemBirAkaN..


dENGan gAyA yG jUgA gEmbIra..


NaMun, dIsEbALik sEnyuMan gEmbIra iNi, aDaKah hAti juGa gEmbIra? aTaupOn sEnyuMan yG mEngHiasI iTu aDaLah pUrA2 sEmaTa? kOrg tAu kE wAjaH dIsEbaLik sEnyuMan yG LebAr dN mEngGemBIraKan iTu ?? tU La yg aKu nK cKp sEbEnArnyE.. kAdAnG2 kIta sErIng mELihAt oRg tErSeNyuM dIsAnA sIni.. tP tAnPa kIta SeDaRi, oRg tU tIdAkLah sEgEmbIra SeNyuManNya...

Monday, February 21, 2011

:: PeLuAnG ::

Aku dapat ayat ni dari satu drama tv ari sabtu malam ahad kt tv3. Xtau la korg tgk or x.. Pompuan tu ckp cmni,
" Peluang pertama kalau dilepaskan, akan ada peluang kedua.. Tp kalau peluang kedua dilepaskan, akan adakah peluang ketiga?"

Aku pon terfikir benda yang sama.. Dalam hidup ni, kita selalu buat kputusan tanpa memikirkan apa yang bakal jadi selepas keputusan itu dibuat. Dan jika keputusan tersebut salah, akan ada peluang kedua untuk memperbetulkan kesalahan tersebut. Malangnya, kita selalu sahaja mengabaikan peluang itu. Sehingga akhirnya tiada lagi peluang, untuk memperbetulkan segalanya.

Aku sedang dalam dilema.. Aku akui kesalahan aku. Tapi adakah ia seratus peratus dari diri aku? Aku anggap ia mmg seratus peratus dr aku.. Dan masih adakah peluang untuk aku perbetulkan sgalanya?  




:: M.A.A.F ::

Assalammualaikum.. Tujuan posting arini ialah nk mintak maaf kt Cik LaLan, andai posting sbelom ni mmbuat beliau terasa ht.. Xde niat nk burukkan sesape.. Hanya luahan hati ketika marah.. Mungkin terlanjur kata dlm posting tersebut.. Mungkin terlalu terburu2 sewaktu berkata2.. Pada olls yg baca pon, jgn bersangka buruk ea... Aku mntk maaf coz da wat havoc kt posting tu..korang pon tau kn posting yg mane.. Harap kemaafan dr beliau...

Friday, February 18, 2011

:: KemBaLi bErjoGinG ::

aDui bAdAn dA mAkin nAik bErkiLo2.. eRmm mAkin rIsAu nI.. tP kLo takaT rIsAu n xNk wAt pApe, bAik xYah cKp.. bTol x?

SmALam aKu, AtI n Alip mEnYingGah dI fItnEsS cOncEpt. sIap tImbAnG bErAt Lg tu.. ErmM.. bRotHeR inStRucTor tU kAtE aKu nYe bErAt nI bAkAL mEnyEbaBkAn aKu sAkit kAki dImAsa aKan dTg.. hAti dA mULa rIsAu.. dA LamE aKu tIngGaLkAn xTvT jOgInG sBb dA mAkiN MaLas..


tP LepaS aBg tu cKp gItu. sMaLam gAk aKu n AtI dA mEMuLakAn ruTin bErjoGing.. UisH tErAsA gAk r bErTapA sEksAnyA... Erm tEgAng sEgALa uRaT2 yG aDe..


ktEorG pLan nK p 3 kALi sMinGgU.. tIap kALi baLik kEjE..

sO kEkaWan.. aDe sEsApa nK jOin???
NgAh sEmaNgaT wAja nK kuRus ni..

Plus, bOs dA cAbaR nK tGk aKu mCm Eerra FaZiRa tIme dInnEr nNti..

tGgU r BOs.. aKu kUruS, kOnfEm kO ngAnGe mULut bEsO punYe... 

Monday, February 14, 2011

:: aPe aKu nAk wAt aRinI? ::

hUhUhU.. bOsAn yG tErLamPau sBenAnYe.. ati Lak cutI.. xDe mOod nK wAt kEjE aRinI.. aTooOiii... aDe gaK aKu LayAn mOvIe yG mLamBak2 bLom dItonton.com.my jAP g.. sAje nK sHow oFf aKu aDe bNyk mOvIe baRu.. kOrAnG nK jOin tGk??? hArApan LaaAaa....

Thursday, February 10, 2011

:: MeLepAskAn tEnsI dGn b'KaRok bEsAma Ati n ZuRa ::

Hehehehe katenye tensen kn? Ha amik ko, smalam, aku Ati n Zura bntai p melalak kt music box.. Yg klakanye, memasing dok lyan lgu sedey.. hahhaha 2 jam karok, 5 minit terakhir jew nyanyi lgu rancak.. Mmg lyan abes r.. Stok sendu n nagis2 jew smalam.. Hahahahaha... So disebabkan smalam da layan sendu, arini aku nk letak lagu sendu gak kt posting ni..

Tabah

Pertemuan ini pertemuan terakhir
Dari dua insan yang sedang berkasih
Kerna esok hari kita tidak lagi
Digelarkan pasangan bercinta

Sudah ku menduga kau akan berubah
Cuma tunggu masa untuk kau meluah
Tapi hari ini terbukti semuanya
Kau pinta ku melupakan dirimu

Tak apalah... ku tak kisah
Memang itu keputusanmu
Memang itu nasib aku
Sering terluka dan jiwa tersiksa

Biar hitam sejarah hidupku
Namun aku tetap tabahkan hati
Kesal memang kesal hatiku tercalar
Siapalah yang inginkan perpisahan

Andai suatu hari ada orang yang bertanya
Mengapa kita tidak lagi bersama
Jawablah bahawa jodoh kita tiada
Dan kita tidak pernah sengketa... oh

Moga engkau... berbahagia
Di sampingnya yang engkau puja
Cuma satu yang aku pinta
Undanglah aku di hari bahagiamu


Motiiiipppp memasing nk nangis dgr lagu ni???? Aku la mastermind yang nangis..

Wednesday, February 9, 2011

:: Putus ::

Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu

Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain


Tergamakmu merobek hatiku
Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu

Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain


Tergamakmu merobek hatiku

Tapi setelah kau pergi aku

Mendapat lebih baik darimu
Dia hargai aku
Dia sayangi aku
Lebih dari padamu
Aku ingin kau tahu
Betapa ku gembira
Tidak lagi bersamamu
Namun pastinya
Nanti kau akan sedari
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku

Aku suka sangat lagu ni.. Aku memang mengharapkan situasi aku jd cmni. Tp aku masih xde pengganti pon.. not for now.. hu3.. Tp adakah aku blh melafazkan lirik akhir itew? Ermmm entah ea? Die perlu ke cinta aku??? Aku pon x pasti.. Biarlah masa yg tentukan...