Friday, February 25, 2011

:: If hE mEant tO bE yOurs, hE'LL bE yOuRs ::




Ceeewwwaaahhh title nk bahasa omputih.. Ermmm apekah maksud repekkan ku kali ni? Entah la.. Aku terfikirkan bende ni waktu aku dok sorang2 mengelamun, berangan dn mcm2 lg la bile dok sorg2 tu..

Sebenarnya telah ada seseorang yang sememangnya diciptakan untuk kita. X kira lelaki atau perempuan, kite memang dah diciptakan berpasangan.

Dan ianya juga bergantung pada jodoh jugak. Aku penah dgr adelah org bijak pandai yg ckp, kot la, aku pon x tau btl ke org yg ckp tu, bijak pandai..

Allah temukan kita dgn jodoh yg bnyak.. Ade jodoh untuk berkenalan sahaja, ada jodoh untuk berkawan, ada jodoh sehingga bercinta, ada jodoh sehingga jadi tunangan, dan jodoh yg benar2 tertulis adalah jodoh hingga ke alam perkahwinan.. Tp ianya tidak habis disitu, ada juga yg jodohnye di alam perkahwinan tak lama, beberapa tahun melayari hidup bersama ada yg bercerai berai, ada juga yg ditinggalkan dan berpisah kerana berakhirnya hayat di dunia.. Ini adalah fitrah kehidupan.

Kadang2 kita bercinta dan mengharapkan supaya dia yang kita cintai akan menjadi jodoh kita hingga ke akhir hayat. Tp adakah kita tahu apa yg telah Allah tuliskan buat kita? Mungkin kita bercinta dan bergembira bersama, tp belum tentu dia adalah jodoh kita hingga ke akhir hayat.. Dan ada pula kes, orang yang paling dibenci dalam hidup, menjadi jodohnya hingga keakhir hayat. Dan kat sini la nak kene tekankan tajuk kt atas nun.. Jika dia diciptakan untuk kamu, dia akan menjadi milikmu. Dan jika dia x diciptakan untukmu, dia tetap bukan untukmu.

Dan yang ni pulak, dialog yang aku dapat dalam cerita Syurga Cinta,

pertama ialah jodoh dari syaitan di mana apabila seorang lelaki dan seorang perempuan bercinta, saling memegang tangan, bermesra dan akhirnya berzina lalu mereka berkahwin... maka itu adalah jodoh dari syaitan...

ke dua ialah jodoh dari jin iaitu apabila seorang lelaki sukakan seorang perempuan, ia menggunakan ilmu hitam, mengupah bomoh dan sebagainya, lalu perempuan tersebut menerima dan dinikahi, maka itu adalah jodoh dari jin...

ke tiga ialah JODOH DARI ALLAH iaitu apabila seorang pemuda sukakan seorang perempuan, dipinang dengan cara yang baik, dinikahi maka itulah yang dipanggil 'syurga cinta'...


So sekarang, fikir2kan lah yang mana satu jodoh kita.

No comments :