Wednesday, September 28, 2011

:: Lelaki tak suka perempuan pakai tudung belit-belit? ::

Assalammualaikum olls..

Ok hari ni aku nak buka topik pasal perempuan dan shawl. Most of women nowdays mula pakai shawl. Dan bermacam-macam fesyen yang kita dapat tengok. Kenapa aku tiba-tiba nak buka topik ni? Sebab aku terbaca dari forum cari ada seorang forumer yang open pasal topik ni.

Aku pun salah seorang yang suka memberanikan diri aku mencuba fesyen-fesyen shawl yang baru. Setakat ni yang aku tahu latest fesyen is Hana Tajima Style or messy shawl style.


Hana Tajima / Messy Shawl Style

Sebelum style ni. Aku selalu pakai Syria Style. Actually Syria Style ni lagi mudah. Ada yang pakai bersama shawl ada juga syria sarung. Yang sarung adalah yang original. Kemudian digayakan pula dengan shawl.



Variety of Syria Style.

Dan sebelum aku mula memakai Syria Style, aku hanya mengenakan selendang secara biasa. Biasa yang macam mana? Nanti aku tengok ada atau tak gambar aku yang lama. Hehehehe..

Shawl Style Biasa

Sila jangan kutuk gambar lama aku ini ya. Aku cuma nak tunjuk style shawl bukan nak tayang muka. Errr macam tayang muka gak sebenarnya. Ok berbalik pada shawl punya cerita. Aku rasa bukan ini sahaja style yang ada. Aku tau orang lain pun mesti dah try bermacam-macam style kan? Ini adalah contoh style yang aku pernah cuba.

Tapi ini bukan cerita sebenar yang aku nak cakap dekat sini, apa yang aku nak cakap ialah lelaki yang tak suka perempuan pakai shawl. Betul ke? Memang kebanyakkan lelaki tak suka tengok perempuan terbelit-belit dengan shawl. Mereka lebih senang tengok kita perempuan pakai tudung biasa. Tak complicated kata mereka.

Aku sendiri pernah alami perkara ni satu masa dulu. Tapi aku buat tak tahu dan masih pakai shawl ikut suka aku. Bagi aku, aku pakai shawl untuk kepuasan aku. Dan dengan pakai shawl, aku jadi confident. So, tak kisah lah apa yang orang-orang lelaki luar sana nak cakap pasal aku, selagi aku confident nak bergaya, tak salah rasanya. Aku pasti ramai lagi girls out there macam aku. Apa yang penting ialah keselesaan. Kalau rasa selesa, tak salah untuk bergaya.

So kepada guys, kalau kau orang tengok perempuan pakai fesyen terbelit-belit tu. Itu semua untuk kepuasan kami dan buat kami rasa confident. Kalau kau orang tak selesa dan tak suka, itu adalah pendapat masing-masing. Tapi tak perlu la nak kutuk-kutuk. Aku cakap macam ni sebab kebanyakkan lelaki diulangi kebanyakkan bukan semua, suka mengutuk perempuan jika mereka tak suka apa yang perempuan pakai.

Kepada perempuan pula, be yourself. Pakai apa yang kamu mahu, selagi ianya tidak melanggar batas pakaian seorang perempuan. Ok ini sahaja bebelan aku untuk hari ni, setelah lama aku tak membebel.




2 comments :

ZuRa said...

suke sgt entry ko... ko mmg cantek la beb.. belit2 tu gak la yg aku nk pollow.. hahaha.. lelaki ni dorg ok jek lg bile kite pakai belit2. certain jek ckp blkg.. klu korg nk tgk laki tu pening ke x dgn tudung kite, try la wat tutorial camne nk pakai kt dorg.. mau terus jumpe doctor mintak ubat sawan gamaknya oiiii..

lulu said...

hahahaha sawan sampai mulut berbuih2 katenye.. hahahaha...