Wednesday, September 28, 2011

::Dah boleh masuk..::

Apa yang dah boleh masuk ni? Hehehehe ingat tak aku pernah cakap aku nak kuruskan badan? Sekarang, aku daaaaaahhhh tak kurus.. Hahahahahaha.. Mangang kan? Aku tau..

Ok mari la aku bercerita dari mula. Aku pernah tekad kan diri nak kurus dulu. Aku mula tak makan nasi. Tapi entah apa malangnya, mungkin badan aku memang tak boleh nak terima, aku bukan jadi kurus bila tak makan nasi, aku jadi bertambah gemuk. Berat aku naik mendadak sehingga angka yang aku sendiri seram nak sebut. Aku pergi Jusco, konon-konon dengan semangat nak bershopping, tapi bila aku cuba baju, aku bukan saja tak boleh pakai saiz yang biasa aku pakai, malah aku kena pakai 2 saiz lebih besar dari saiz biasa aku. Menangis la juga aku masa tu.

Boleh kau orang semua bayangkan bertapa membesarnya aku saat itu. So aku decide untuk kembali ke diet asal. Masih makan nasi, tapi aku kurangkan kuantitinya. So bulan puasa yang lepas aku agak berusaha untuk turunkan berat badan aku yang mengerikan itu. Aku nekad, tak kurus tak apa janji berat aku turun kepada angka yang sebelum ni.

Dan aku berjaya. Semalam aku pergi Jusco dan mencuba saiz aku yang dulu, that's it. Aku kembali muat untuk masuk kedalam pakaian dengan saiz itu.

Berapa berat aku dan apa saiz aku? Biarlah rahsia. Tapi semua sedia maklum aku memang tak kecil.

3 comments :

ZuRa said...

bgs2... teruskn usaha... daripada org yg sibuk nk kurus, jaga makan la mende, tp still gemok gak.. hishhh (refer pada diri sendiri plus bengang sbb makin gumuk.. ohhh tidakkkk.. mak nk bunuh diri dgn statement mak tu.. lalalala)

lulu said...

huhuhuhu 1 pengajaran utk diri sendiri dan kawan2.. sila jangan pressure diri anda untuk kurus kerana anda bakal berdepan dengan masalah kegemukkan terlampau. hahahahaha

Anonymous said...

sokong cik lulu... mkn je mcm biase cuma kurangkan kuantiti... kene disiplinkan diri... 2 sgt penting... teruskan usaha menjadi erra fazira ~(^_^)~