Wednesday, November 30, 2011

~:: Wedding Kawan-kawan ::~

Assalammualaikum. Wat the very malas day. Adeh roh perosak bahasa dah merasuk.
Hehehe.. Sebenarnya entah kenapa beberapa hari ni rasa sangat malas. Segalanya malas.
Nak update blog dah memang tentu malasnya.

Sebenarnya aku baru lepas bercuti selama 5 hari tanpa tujuan. So sangat bosan nak mulakan kerja semalam.
Hahahaha malas semalam sampai berjangkit ke hari ni dan hari-hari seterusnya.

So kesimpulannya aku akan malas sepanjang minggu ni.

Errrmm ok nampaknya aku dah masuk ke simpang Jalan Raja Laut ni. Berbalik kepada tajuk diatas.
Dah dua minggu ni asyik pergi ke wedding kawan-kawan. Mulanya 20-11-2011 Wedding Shida. Sahabat sejati dari zaman sekola gitu. Agak keciwa sebab tak dapat bergambar dengan pengantin. Mana tak nya, time nak ajak bergambar, time tu juga la family laki dia nak balik. Disebabkan huru hara sangat, aku pun batalkan jela niat nak bergambar dengan dia. Nasib baik sempat snap sekeping dua gambar pengantin. Jadila untuk kenangan di hari bahagia kawan-kawan. Aku plak bila ea??


Tengok tu, semua orang tak ready. Hehehehe




Ok sekarang kita cerita pula pasal wedding Amin. Siapa Amin? Ala Amin anak pakcik Hosni yang kerja dekat Masterskill tu. Apa da aku merepek ni?

Tapi description pasal Amin tu dah memang betul la. Dia nikah pada 19-11-2011 dan bersanding di sebelah isterinya 20-11-2011. Disebabkan ianyan dilangsungkan pada hari yang sama dengan wedding Shida, aku decide untuk pergi masa kenduri sebelah Amin je. Dia jemput datang untuk dua-dua kenduri ok. 
So aku attend wedding Amin pada 27-11-2011 bersama dengan Zura dan pasangan, Bos dan pasangan serasi bersamanya Kak Peah, dan Ati bersama umi tersayang. Oh lupa nak mention sekali, housemate Zura, Nina Keterina pun join kami sekali. 









Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga pasangan pengantin akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.





p/s: soalan cepuemas untuk aku adalah sangat dilarang bagi mengelakkan diri anda di cepuk...

Tuesday, November 22, 2011

~:: HangOutTogether ::~

Assalammualaikum.

Dah memang jadi habit, bukan nak update blog pada masanya.
So walaupun benda ni da berlalu. Aku nak juga cerita.

Hari Ahad yang lepas aku hang out dengan my bestest friend ever la. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Cik Hanis Rosdin.

Kenapa sebelum ni tak pernah pun ade cerita pasal Cik Hanis?
Sebab aku pun memang dah sangat lama tak hang out dengan dia.

Masing-masing dah busy dengan kerja dan masing-masing dah ada kawan-kawan tersendiri.
So Hari Ahad yang lepas aku luangkan khas untuk bersama dia dan adik sepupunya merangkap jiran aku, Alin.

Tapi hang out bukan pergi mana pun. Saje jalan-jalan dan lepak-lepak dekat Mid Valley je.
As usual aku tetap merasakan Mid Valley tu nothing.
Tak ada apa yang aku boleh buat dekat situ melainkan berjalan menghabiskan masa.

So lepas dah penat berjalan, kami pun singgah minum dekat Oasis Foodcourt dekat tingkat berapa entah. Tiga kot. Yela agaknya. Da habis sesi minum dan bergambar serba sikit, kami pun bergerak balik.

Sebab Alin nak makan tapi tak nak makan dalam Mid Valley. Bosan makan fast food kot.
So waktu balik tu kami menuju ke Dwi Tasik.
Dekat sini ada satu kedai Thai yang sedap makanannya.
Tapi minta maaf la banyak-banyak, sebab da kenyang makan baru teringat nak ambil gambar.
Dah masuk dalam perut takkan nak ambil gambar perut yang buncit ramping ni pulak kan?
So tiada gambar untuk makanan.

Sesambil makan tu, aku dengan Hanis berbincang pasal appraisal dia.
Dalam masa yang sama si Alin ni asik la menyanyi je kerjanya.
Dah tentu la tekak pun automatik jadi gatal nak menyanyi jugak.
Dah la memang dah dekat sangat dengan Bintang Karaoke.

Lepas settle makan, appraisal pun dah settle, kami decide nak menyanyi barang sedas dua.
So bergerak lah kami ke Bintang.
Sampai dekat bintang, kami ambil sejam je.
Mana taknya, esoknya Isnin, masing-masing nak kerja kecuali Alin.
So bagi mengelakkan kemengantukkan yang terlampau pada esok hari, ditambah dengan monday blues yang takkan habis, kami karaoke selama sejam sahaja.
Lepas dah karaoke semua, aku pun decide nak balik.
Hantar Hanis ke rumah, Alin pun follow aku balik. Kan dah kata tadi dia ni jiran aku.
So berakhirlah sesi hang out kami pada hari tersebut.
Kami pun dah plan nak keluar lagi next time.

Sekarang masuk pula pada sesi pengenalan, siapa mereka-mereka yang disebutkan diatas ini.




Ni adalah Alin ataupun nama sebenar dia Nur Amalina Mohd Daud


Ini pulak adalah Cik Hanis ataupun Nurul Hanis Rosdin.


Adeh pose entah apa-apa. Ni la akibatnya kalau lupa bawa kamera.


Gigih masing-masing pose dekat escalator.


Yang ni pula da rupa pelancong dah. Konon la macam tourist..

So ni lah dia best friend aku yang dah macam adik beradik. Yela jarak umur pun tak jauh mana. Walaupun dia ni pangkat adik beberapa bulan dan berlainan tahun dari aku, kadang-kadang dia ni matang jugak.
Haish dah terpanjang dangat la pulak kot. So stop here.


Wednesday, November 16, 2011

~:: Karok's Nite Session ::~

Assalammualikum ols.

Rasanya tengok tajuk pun dah tau nak cerita pasal apa kan?
Aku ni memang tak ada kerja lain selain berhibur ke?
Errmmm sebenanrnya banyak je kerja lain, tapi berhibur tu kan salah satu dari cara untuk release tension.
Errr tu pendapat aku la. Orang lain aku tak tau.

Ok back to the story.
Malam Isnin yang lepas, aku dan geng library Harith, Aliff dan Zura, mengenjoykan diri berkarok.
Rasanya istilah karok tu dal well known kan? Ke masih ada yang tak tahu?
Ok kalau tak tahu meh aku bagitau.
Actually "karok" ni shortform untuk karaoke. Dan kaki karaoke memang biasa guna ayat ni.
Ops dah melencong masuk kelas bahasa urban pulekkss..

Disebabkan plan asal pada hari Sabtu dan Ahad yang tak jadi, kami menggantikan plan tersebut pada malam Isnin 14-11-2011.
Malam tu, kami merancang untuk pergi pada jam 9.30 malam.
Tapi sperti biasa lah kan, cik abang dua orang tu bermekap memang lama, so around 9.50 malam baru mereka sampai depan rumah aku.
Kenapa pulak mereka kena datang depan rumah aku?
Reasonnya adalah aku menumpang pada malam tersebut. Al maklumlah time-time sengkek macam ni, tak mampu nak habiskan minyak kereta sesuka hati.

So malam tu dalam 10.30 kami sampai di Bintang Karaoke Dwi Tasik. Orang Cheras musti tau tempat ni. 
Kami decide untuk ambil 2 jam je. Yela berempat je, takkan nak ambil sampai 3 jam kan? 
Bermula lah sesi nyanyi menyanyi. Bermacam-macam kerenah malam tu. 
Walaupun at start semua macam kayu, senyap je, sekali dah huru hara memang tak ingat punya. 




Harith sibuk menyanyi, kami sibuk nak ambil gambar.

Ni adalah iklan Indonesia yang terpaksa kami tonton 2 kali,
 sebelum Harith nyanyi lagu Sang Mantan.

Harith yang muka dah hilang feel sedeh sebab kena tengok iklan 2 kali.

Muka tak ada perasaan walaupun baru lepas ter"cancel" lagu Harith.

Gelagat di malam tersebut.

Gelen Peredly yang bersenugguh-sungguh menyanyi lagu Februari.

Cik Zura yang asyik berposing.

Haaaa ambik.. Orang karok dia boleh plak nak poco-poco kat dalam tu.

Hehehehe overall memang best dan sangat best. So next time, kami plan nak berjimba di redbox pula.
Kali ni, kami akan pastikan semua geng library termasuk Bos and Kak Peah join sekali. Hu3...



Thursday, November 10, 2011

~:: Thanks to my ex?? ::~

Hehehe apa benda la nak buat gempak ni?
Aku teringat satu topik yang pernah hangat kat HotFm.
Lepas tu semalam aku tak pasti sama ada aku tengok dekat Facebook Terfaktab ke mana entah.
So hari ni automatik aku terasa macam nak buat updates yang sama.
Al maklumlah dah lama tak ada update kan.

Terima kasih pada ex? Perlu ke?
Terima kasih pada ex ni kalau diikutkan ada dua jenis.

Yang pertama, terima kasih yang ditujukan bertujuan perli atau sebenarnya dengan hati yang sakit.
Contoh1: "Terima kasih lah banyak-banyak dekat ex aku sebab sakitkan hati aku."
Contoh2: "Terima kasih dekat ex aku, sebab kalau kami tak berpisah aku takkan dapat boyfriend baru yang hensem, lagi kaya.."

Sekarang cuba kita tengok jenis terima kasih yang kedua pula. Terima kasih yang kedua ini pula ditujukan dengan tujuan betul-betul menghargai ex kita. Mungkin disebabkan kita putus dengan ex kita, menyedarkan kita tentang sesuatu.
Contoh1: "Terima kasih sangat dekat ex aku, sebab dia yang pernah bagi perangsang, buat aku berjaya jadi doktor sekarang."
Contoh2: "Terima kasih dekat ex aku, sebab dia, sekarang aku dah pakai tudung, menutup aurat dan jadi seorang muslimah sejati. Dia banyak menyedarkan aku.  

Ini adalah antara contoh. Tapi aku rasa kita semua akan melalui proses ni bila gagal bercinta. Aku juga akui ada beberapa perubahan yang aku buat kerana ex aku, dan walaupun kami tak ada jodoh, aku tetap mengekalkan perubahan yang telah aku buat sewaktu bersamanya. So aku akan berterima kasih padanya. Dalam masa yang sama ada juga bahagian sakit hati dalam diri aku. Tapi lebih baik ia dilupakan dan diredhai supaya hidup aku dan dia akan lebih tenang.

So secara am nya aku menyampaikan kedua-dua jenis terima kasih pada ex aku. Ini pendapat aku la. Setiap orang lain pendapatnya. Masing-masing ada pendirian tersendiri. Mungkin ada orang yang cakap tak perlu berterima kasih pada ex. Bukan mendatangkan faedah. Tapi macam aku cakap tadi la. Masing-masing punya pendapat tersendiri.


p/s: Aku belum pun sampaikan terima kasih ni pada ex aku.