Thursday, November 10, 2011

~:: Thanks to my ex?? ::~

Hehehe apa benda la nak buat gempak ni?
Aku teringat satu topik yang pernah hangat kat HotFm.
Lepas tu semalam aku tak pasti sama ada aku tengok dekat Facebook Terfaktab ke mana entah.
So hari ni automatik aku terasa macam nak buat updates yang sama.
Al maklumlah dah lama tak ada update kan.

Terima kasih pada ex? Perlu ke?
Terima kasih pada ex ni kalau diikutkan ada dua jenis.

Yang pertama, terima kasih yang ditujukan bertujuan perli atau sebenarnya dengan hati yang sakit.
Contoh1: "Terima kasih lah banyak-banyak dekat ex aku sebab sakitkan hati aku."
Contoh2: "Terima kasih dekat ex aku, sebab kalau kami tak berpisah aku takkan dapat boyfriend baru yang hensem, lagi kaya.."

Sekarang cuba kita tengok jenis terima kasih yang kedua pula. Terima kasih yang kedua ini pula ditujukan dengan tujuan betul-betul menghargai ex kita. Mungkin disebabkan kita putus dengan ex kita, menyedarkan kita tentang sesuatu.
Contoh1: "Terima kasih sangat dekat ex aku, sebab dia yang pernah bagi perangsang, buat aku berjaya jadi doktor sekarang."
Contoh2: "Terima kasih dekat ex aku, sebab dia, sekarang aku dah pakai tudung, menutup aurat dan jadi seorang muslimah sejati. Dia banyak menyedarkan aku.  

Ini adalah antara contoh. Tapi aku rasa kita semua akan melalui proses ni bila gagal bercinta. Aku juga akui ada beberapa perubahan yang aku buat kerana ex aku, dan walaupun kami tak ada jodoh, aku tetap mengekalkan perubahan yang telah aku buat sewaktu bersamanya. So aku akan berterima kasih padanya. Dalam masa yang sama ada juga bahagian sakit hati dalam diri aku. Tapi lebih baik ia dilupakan dan diredhai supaya hidup aku dan dia akan lebih tenang.

So secara am nya aku menyampaikan kedua-dua jenis terima kasih pada ex aku. Ini pendapat aku la. Setiap orang lain pendapatnya. Masing-masing ada pendirian tersendiri. Mungkin ada orang yang cakap tak perlu berterima kasih pada ex. Bukan mendatangkan faedah. Tapi macam aku cakap tadi la. Masing-masing punya pendapat tersendiri.


p/s: Aku belum pun sampaikan terima kasih ni pada ex aku.

5 comments :

ZuRa said...

"Terima kasih sangat dekat ex aku, sebab dia yang pernah bagi perangsang, buat aku berjaya jadi (future wife)doktor sekarang."

lulu said...

ko ckp utk dr sendiri ea???

Anonymous said...

nak ucap terima kasih dkt ex aku sbb bawak aku jln2... aku suke... tq hehe...

ZuRa said...

lulu: aminnnn...... hehehehehe

LuLu BoOLat said...

kih3..
Zura: nnti aku tlg ko crikkan..
Za: weee sonoknye jln2...