Monday, January 16, 2012

~:: bAdmiNtoN baDmiNton ::~

Assalammualaikum ols..

Agak-agak kalau hari-hari main badminton boleh kurus tak?
Hurrmm aku tanya jela. Aku nak main hari-hari? Entahla.. Kalau mampoo mungkin la. Setakat ni dah 3 hari berturut main badminton. Bila dah mula bersukan dan mengeluarkan peluh ni, badan mula terasa segar sikit.

Kalau tak, hari-hari melepek je lembik. Aku memang suka main badminton dari dulu lagi. Tapi nak cakap hebat, takdelah. Tak mampoo nak berbangga diri sedangkan masih tak tau kemampuan sendiri.

So boleh aku katakan, aku boleh main tapi tak hebat. Tapi kadang-kadang aku tak ada geng nak bermain. Adik aku tu kekadang dia nak main badminton kekadang main bola puleks. Haruslah die main bola bola api aku tak bule join.

So sape nak join aku main badminton? Jooooommmm..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, January 13, 2012

~:: Kaki Bodek Yang Menyakitkan Hati ::~

Assalammualaikum.

Kenapa tajuk aku sangat kontrovesi? Ke kontrolbesi? Apa-apa pun boleh la.

Ok mari kita mulakan sesi bercerita. Pada satu hari.... Eh tak-tak. Starting dia tak boleh macam ni.

Mula balik.. Heheh jangan mara ha... Benda ni terjadi dalam organisasi tempat aku berkhidmat sekarang. Aku naik hairan, kenapa masih ada lagi manusia yang menjadi kaki bodek dengan cara mengadu domba. Hurm betul la. Mengadu sana dan sini.

Apa yang cuba aku sampaikan? Ok ni baru betul sesi bercerita.

Beberapa hari yang lepas, seorang kawan, kawan la kot walaupun sebenarnya tak kawan sangat pun.. Dia buka sesuatu di internet. Dan benda tu dibuka melalui youtube. Biasanya di opis kami ni, sebarang benda melalui youtube memang tak boleh dibuka, sebab ianya memang sudah di block sejak dari awal. Entah macam mana, pc kawan ni buka boleh pula. Tapi malang bagi kawan ni, sebab sewaktu page tu terbuka, dia tiada di tempatnya dan ia telah menarik perhatian si kaki bodek a.k.a ular ni..

Ular ni punya perangai memang suka mengadu domba, dia pun dengan pantas mengadu pada AM. Tapi malang bagi dia sebab AM tak makan aduan dia dan bodekkan nya. Dan disebabkan rasa tak puas hati, dia yang dikatakan rapat dengan big boss kami, terus hantar sms direct to da big boss.

Maka dengan ini kami isytiharkan, internet seluruh jabatan di organisasi tersebut disekat. Maka bekerjalah kami seperti didalam penjara.

So apa yang aku nak utara kan kat sini, apa maslahnya dengan orang2 yang berperangai seperti ni? Sedar atau tak, apa saja yang dia buat tu, akan effect pada semua orang termasuk diri dia sendiri. Dan ini amat menyusahkan semua orang. Apa yang dia dapat dengan membodek dan mengadu domba? Naik pangkat? Memang takkan. Naik gaji? Dalam mimpi pun takkan merasa.

So pada semua yang baca apa yang aku tulis ni, ingatlah, kalau kita nak hidup senang, buat dengan cara yang betul. Tak perlu menganiaya sana sini. Sebab kalau itu caranya, akhirnya makan diri sendiri...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, January 10, 2012

~:: Mari Bekongsi Resepi Pancake::~

Assalammualaikum kekawanku..


Oleh kerana hari ni aku MC disebabkan oleh demam dan athma, aku duduk diam2 kat rumah. Tapi bila kebosanan melanda, mula la aku memikirkan cara untuk menghilangkan bosan.

So aku mula dgn xtiviti biasa kt umah, then ptg ni, aku wat pancake. Nak share resepi pancake aku tak? Okeh jom kita share resipi..

Bahan-bahan dibahagi pada dua bahagian, bahagian pertama bahagian basah.

*1 cawan susu dicampur dgn sesudu cuka buatan.
(biarkan sebentar)
* Masukkan sebiji telur.
* Masukkan 2 sudu majerin (yg sudah dicairkan)

Bahan kering pula adalah seperti berikut.

* 1 cawan tepung.
* 2 sudu besar gula.
* 1 sudu kecil soda bikarbonat.
* 1 sudu kecil garam.
* 1/2 sudu baking powder.

Campurkan bahan basah dan kering, kacau rata. Setelah sebatian rata, goreng tanpa minyak diatas kuali atau pan. Setelah masak, pancake korang akan jadi macam yang aku punya ni..

Hehe lepas tu boleh la dimakan bersama butter & madu, atau kalau nak lebih melayu or jawa seperti kata Zura, boleh juga makan dengan sambal tumis..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, January 9, 2012

~::Bowling Again and Again::~

Assalammualaikum ols.

Bowling lagi? Hurrmmm Lebih kurang la. Actually I'm quite disappointed with my bowling performance right now. Aku main macam orang yang memang tak pernah pegang bola bowling. Sedangkan dulu tak seteruk ini. Hurm entah apa la jadi dengan aku ni.

So disebabkan kekecewaan pada diri sendiri, dan asyik dibahan oleh mereka-mereka yang menyakitkan hati, aku ambil inisiatif untuk main jugak bowling ni. Bukan untuk apa, hanya untuk menambah keyakinan semula pada diri sendiri.

Dalam masa dua minggu ni je, aku dah pergi main bowling sebanyak dua kali. Kali pertama masih worst, tapi aku berpuas hati untuk kali kedua. Sebab aku main tanpa pressure dan aku main hanya untuk diri sendiri. Dan ternyata method memikirkan diri sendiri itu amat menjadi. Kenapa? Sila lihat di bawah ini.


Masa ni aku stil dapat lowest score.


Ni pula aku main semalam tanpa pressure.
 Antara dua score ni memanglah tak banyak perbezaan, tapi stil berbeza sebab aku dah pecahkan rekod sendiri. Cukup untuk diri sendiri.

Okeh da habis cerita pasa kekecewaan aku. Kalau dah pergi ramai-ramai mesti ada bermacam ragam kan? Ok mari kita tengok ragam masa bowling minggu lepas, aku pergi bersama-sama 2 couple iaitu Ain dan adiknya beserta couple mereka. Aku?? Haruslah aku tiang letrik sebab aku masih tak ada couple. Hahahaha..

Sape santik.. Hahaha 2-2 perasan..

Sibuk lak posing..

Couple romatika de amour gitu..

Ni pon sama. Beromantika de amour plak..

Ni couple die tak datang. Lain kali ade.. Hahaha


Am I gonna be forever alone? Oh no.. Never..
Damn btol aku rasa bila tengok gambar aku yang forever alone ni. No waaaayyyyyy!!!

Okeh habis session bersama Ain. Sekarang masuk session bersama Am dan Zura. Tapi gambar bowlingnya tak ada. Meh tengok gambar apa yang ada.

Tak puas main bowling betul, main gme pulak.

Ala tomey2 bolanye..

Zura Derive kete racing tu..

Tak merasa bawak type-r betul, dalam game pon jadila..

Weeeeee da ready nak race..

~::Tutti Frutti For The First Time?::~

Assalammualaikum ols.

Hari ni nak cerita pasal tutti frutti for the first time. Aku pergi dengan Zura minggu lepas, tapi disebabkan tak ada kesempatan nak update, aku simpan jela dulu cerita ni buat pekasam, walaupun aku tak makan ikan pekasam.

Kenapa gedik gila nak makan tutti frutti ni? Ni semua Zura punya pasal yang "kepingin" nak makan benda alah ni.

Sampai je dalam kedai tu, kami takut-takut berani je nak masuk. Bersesuaian dengan harganya yang agak mahal, tempatnya pun agak kelaaasss kau maria..

Masuk je dalam tu, ada seorang girl datang dekat kami, dia pun tanya, 1st timer ke? Kami angguk malu gitu. So girl ni pun brief kami cara nak makan tutti frutti ni. Katanya mula-mula pilih cup, kemudian pilih mana-mana perisa yougurt yang kami nak, siap tunjuk cara macam mana nak ambil, perisa boleh campur-campur katanya lagi, and last sekali boleh pilih topping yang kami suka dan timbang.

Lepas dengar briefing ringkas dia, kami pun da get ready nak merasa kenikmatan tutti frutti yang digemari ramai tu. Zura ambil vanila & coklat, aku pula ambil segala perisa buah-buahan yang ada. Lepas tu pergi ambil topping. Tapi kami tak ghairah sangat ambil topping, sebab sambil ambil topping tu, Zura tak henti cakap, "jangan ambil banyak-banyak, nanti mahal".. So terbantut la niat nak letak topping setinggi gunung.







Lepas dah ambil dan timbang, Aku punya RM13.20. Timbang Zura punya pula, Sama juga harganya. Pelik betul kami. Ambil benda yang berlainan pun harga sama. Hahaha tak kisah la janji harga masih acceptable.

After that kami pun mengenjoy kan diri makan frutti tutti wat kata Zura, yang hanya boleh sebut betul kalau die tengok signage kat belakang aku tu.

Sila abaikan muka itu..

Ready to eat..





Korang mampoo?? Licin uols...