Tuesday, April 10, 2012

~:: LovE tHe OnE tHat LovE U ::~

Assalammualaikum.

Si pemalas tetibe je nk update blog arini. Seperti quotes kat tajuk tu, kadang-kadang aku terfikir, mungkin betul orang kata, cintailah orang yang mencintai kita bukan org yang kita cintai. Kenapa aku cakap mungkin betul? Secara logik akal, kalau seseorang itu mencintai kita, dia akan betul-betul ikhlas sayang dan cintakan kita. Dia juga akan jaga hati kita sebaik mungkin. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah belajar untuk membalas cintanya.

Berlainan pula dengan orang yang kita cinta. Bila kita mencintai seseorang, kita sendiri akan memberi sepenuh hati pada dia. Jaga hati dia dan seboleh-bolehnya nak jadi yang terbaik buat diri dia. Tapi oleh kerana kita terlalu mencintai orang tu, tak mustahil dia langsung tidak menghargai kita. Kenapa? Kerana dia tahu kita amat mencintai dia dan tiada orang lain dalam hati kita. So dia akan sesuka hati mempermainkan perasaan kita sebab dia tahu kita akan terus setia.

So mulai dari sekarang, belajarlah untuk mencintai dan menyayangi org yang betul-betul mencintai kita.

No comments :