Thursday, May 10, 2012

~:: Mabuk Cinta Ke? ::~

Assalammualaikum..

Aku mabuk cinta ke? Kenapa aku rasa macam tak je? Adakah dengan menyukai lagu2 berkaitan cinta consider mabuk cinta? Hahaha entahlah. Mungkin persepsi setiap orang berlainan.

Ada orang yang menganggap bila bercinta, perlu melayani lagu2 berunsur cinta. Apabila mendengar lagu sebegini, dianggap mabuk cinta pula.

Jujurnya, aku memang bukan sedang mabuk cinta. Aku akui memang aku telah punya seseorang yang mengisi hati saat ni. Tapi ianya masih baru dan aku sendiri tak mahu berharap dan terbang terlalu tinggi bersama angan2. So adakah salah kalau aku menyorokkan dia kerana aku masih belum bersedia untuk menghebahkan pada umum. Atau lebih tepat aku mengatakan bahawa aku tak mahu menghebahkan siapa dia selagi belum ada apa2 ikatan antara kami.

Pengalaman lalu mengajar aku untuk lebih berhati2 dengan hubungan yang baru ini. Jadi tak perlu rasanya untuk memberitahu dunia untuk sesuatu yang masih belum pasti. Pape pun aku tetap chill. Insyaallah andai ada jodoh antara kami, orang yang patut tahu akan tahu juga nanti.. Insyaallah.. Doakan yang terbaik untuk kami.. Semua ni aku lakukan kerana memikirkan kekecewaan itu adalah amat sakit. Aku tak mahu melaluinya untuk kali kedua.. Before aku bla, jom layan lagu ni..

Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

2 comments :

Ainur said...

kitorg as fren tumpang gembira atas berita baik nie... w/pun belum sahih 100% tp kitorg doakan yg terbaik dlm perhubungan cik lulu dan juga si dia... amin...

rase mcm dah dkt bunyi kepak2 kebooom2 je hihi

lulu said...

Mekasih Za.. Insyaallah klo btl jodoh aku ngan die, akn go jgak nnti. Hehehe... Insyaallah x lama lg la. Klo btl la kn.. Takot gak nk over excited. Nnti xjd sakit. Hehehe..