Wednesday, April 24, 2013

~:: My Lalink Vivalicious (episod ekjos) ::~

Assalammualaikum kawan2.

Hahaha takde keje sebenarnye. Dok la baca kat forum V.O.C pasal ekjos. Haha sukati ko je nak eja camtu la kan? Ha apa2 jela.

Ni suma berpunca dari cerita2 incek2 lelaki yang berborak pasal ekjos semalam. Aku mampu dengar je. So hari ni terasa macam nak plak tahu serba sikit pasal ekjos ni.

Tapi ini semua hanya untuk pengetahuan am aku. Sebab nak modi my vivalicious memang belom lagi kot. Bila entahlah kan. Verangan sajork mampoo.

Bila aku tengok2 tadi sekarang pon still membaca dan tengok topik ekjos kat forum macam2 gak la yang diorang cerita. but 1st come 1st, kalo da usik itu ekjos sedikit sebanyak memang akan effect penggunaan minyak jugak. Haaa itu la yang aku tak nak. Aku kan kudukut sket bab minyak2 ni. Hahaha..

Tapi kalo hati sudah mau memang tak ada masalah la. Ni ada 1 of the forum member yang dah buat. Katanya total cost lebih kurang RM800. Tu adalah cost untuk Open pod (Apexi), Extractor 3-1, Paip 2" sampai tengah, Twister bullet, Paip 1.8" sampai belakang, dan muffler (HKS). Sumpah aku tak paham. Mufler tu ape pon, aku baru je google tadi. Hahaha..

Ada juga kata kalo nak buat berperingkat mula2 boleh la tukar extractor dan mufler saja dulu. Then kalo dah puas hati baru start buat piping plak. Boley mey camtu? Hurmm entahla tak paham aku keje orang2 jantan ni. Hahaha abes yang sibuk nak tulis jugak nape nye?

Hahaha ni saja untuk pengetahuan am aku ok. Diulangi pengetahuan am. Manalah tau 1 day aku da kaya tak menahan ayat, nak kaya je. Aku nak modi my vivalicious tu, at least da ade la sket knowledge kan?

Tapi sebenarnya kalo aku nak buat btol2 my vivalicious tu, banyak yang aku nak kena buat. Mari kita masukkan planning verangan aku.

AMARAN!!! Adalah diingatkan ini adalah planning verangan. Hahahaha....

1st - Sport Rim + Tayar besar sket (14 da cukup kot. Tp kalo masok 15 cun, ok gak)
2nd - Adjustable absober
3rd - Door visor yang cun sket (yg ni coming kot, pasal yang lama da dicurik orang seketol)
4th - Last sekali nak cat balik whole body. (Warna pink boley? Verangan nak pakai pink jazz tu)

Aku kalo dapat laksanakan yang aku list ni je pun da syukur sangat dah. Lepas tu barulah nak fikir ekjos ke, enjin ke, nak naikkan cut off ke, bapak ar siap nak naikkan cut off, ko nak terbang ke hape?

Hurmmm mampoo berdoa je supaya dapat rezeki lebih untuk tunaikan semua ni. Hihihihihi setakat ni mampu verangan sajorkkk..

Oklah kawan2 sesi share knowledge dan verangan suda abes. Saya minta diri dulu la ye.. Adiosssss amigosss...

Tuesday, April 23, 2013

~:: Bila Berdiam Itu Tidak Difahami ::~


Diam mungkin tak difahami, tapi ia bakal memberi impak yang besar untuk sesuatu.

Diam bukan bererti kalah, tapi lebih kepada menjaga maruah diri.

Diam akan dibenci, tapi itulah yang terbaik bagi melindungi hati dari disakiti.

Diam itu mujarab, ia adalah senjata bagi segala kebisingan dunia.

Diam dipandang lemah, tapi sebenarnya diam adalah kekuatan yang paling besar dalam diri.

Diam disangka rebah, tapi ia sebenarnya amat menggetarkan musuh.

Diam itulah yang terbaik buat saat ini. 


Monday, April 22, 2013

~:: Thinking Before Saying ::~

Assalammualaikum kawan-kawan ku..

Tajuk omputih tu memang poyo. Ini semua poyo. Hahahaha..
Entahla tetibe rase hari ni nak wat sesi luahan perasaan untuk diri sendiri plak an. Lately ni banyak sangat benda yang terjadi. Kadang2 terfikir kenapa semua ni jadi. Dimana salah aku sampai semua ni terjadi?

Aku tengah cerita pasal ape ni? Hurm sudah pastilah pasal serangan tuuuuuttttt tu. Hurm mungkin aku tak patot bangkitkan lagi hal tu. Watpe nak pening2 kepala fikir kan? Anggap je die budak kecil yang kurang pengalaman hidup.

Tapi bila ianya menerjah pemikiran akal aku yang waras ni, aku terpaksa berfikir juga. So aku rasa aku nak tujukan ayat ni buat dia. Tak kira la dia akan baca atau tak. Yang penting aku nak juga tujukan.

So lain kali apabila nak bercakap fikir lah dulu. Jangan sampai kamu memalukan diri sendiri dan orang lain. Setiap perbuatan kita yang tersiar di internet ni akan menjadi perhatian. Jadi bagi sesetengah orang yang gemar menjadi hakim sebelum mengenali ::baca judge book by its cover:: mereka akan terlebih dahulu melihat segala kata2 kesat yang dilemparkan itu adalah hakikat diri kita.

So pesanan ni untuk diri sendiri juga.



p/s: Some people said silent is the best weapon. Dan ia betul2 berkesan..

Wednesday, April 17, 2013

~:: Projek Baik Punyeeee ::~

Assalammualaikun friends..

Projek baik? Apakah. Hehehe dah lama planning for this project. Baru hari ni terlaksana nampaknya. Itu pun sampai tak bergerak-gerak dan tak tolong ayah wat kerja rumah hari ni. Teruk punya anak dara. Ye saya tahu saya teruk.

Ok proceed to the project mentioned above. Sebab kau ni dah terlalu banyak membebel. Ingat semakin banyak membebel semakin ramai orang sakit hati dengan kita. That's the fact. Tengok, bebel lagi tu.

Projek kali ni adalah projek PHOTO PROPS. Actually this idea come from Ati long time ago. Long ke? Macam belum long sangat la. Before Ati leaving M je pon. Disebabkan Ati sangat rajin mencari segala sample of this photo props, aku terpengaruh sekali untuk buat this photo props. But by that time rasa macam nak buat for what. For your own wedding? In Shaa Allah tak lama lagi kalau jumpa jodohnya. Belom lagi rasanya. So benda ni pending sampailah Ain said she gonna married soon. Sooooooo inilah masanya.

Kak Sha a.k.a Kak Ngah Ain planning nak buat photo booth business. So dia minta aku buat photo props ni. She'll buy it from me then masa Ain's Wedding we gonna use all this je. Don't need to make a new one.

So pagi tadi memang aku datang mood untuk buat semua ni. Sebab barang semua dah ada dekat rumah. Design pon dah ada. Cuma nak potong dan lekat je. So pagi tadi aku dah buat.

Ni lah dia contoh photo props yang dah siap. So pada kawan-kawan yang rasa nak tempah bolehla contact aku. Hahaha poyo sangat kau nak ambil tempahan bagai.



Jongos

Hat

Save The Date

I'm Next???? 
Smile

Crown

Lips

Moutache

Ray Ban..  Hehehe









 Till then daaaaaaaa.... 

p/s: Tak leh upload picca la pulop. Nanti da boleh aku upload. (Picture uploaded 22-04-2013)


Tuesday, April 16, 2013

~:: Perang lagi ke? ::~

Assalammualaikum kawan-kawan..

First of all nak cakap, ni blog aku, aku nak cakap apa suka hati aku la kan? Kalau ada stalker yang tak puas hati tu, aku tak nak ambil tahu. Sekian.

Kenapa tiba-tiba pembuka kata kau macam tu eiyla? Ha tula cerita untuk manusia yang stalk FB orang then bila sendiri sakit hati, menyerang orang tanpa usul periksa. Tak mustahil dia stalk blog ni juga sebab aku memang tak privatekan blog ni. Sebab tu pembukan kata aku macam tu. Cuba korang tengok gambar ni, dan kemudia korang boleh nilai sendiri la kot kan.


Tu dia bagi extra large satu. kalo tak nampak gak tak tahu la aku nak kata apa. Kes ni dah lama berlaku. Dan aku memang ta pernah nak cerita kat blog sebab bagi aku ni cuma perkara kecik dan aku tak nak sakitkan kepala aku untuk hal-hal macam ni.

Tapi ada manusia ni, kerjanya stalk FB aku. Dan bila dia sakit hati tiba-tiba serang aku. Hurmmm ntahla la.
Apa-apa pun aku memang takkan layan. If you are now stalking my blog, aku just nak bagitahu kau, silent is the best weapon. So lebih baik kau diam dari menyalak macam tutttttt... Ops censored.. hihihih..

Anyway aku ada lots of friend yang support aku for this matter. Tapi mungkin lebih baik kami semua diam daripada terus menjadi kanak-kanak kerana berlawan kata dengan kanak-kanak.
Hurrrmmmmm ADIOS!!!

Monday, April 15, 2013

~:: My New Baby ::~

Assalammualaikum kawan-kawan...

Seperti yang sedia maklum aku dah cerita yang aku kena beli external hard disk kan? Soooo Sabtu lepas menggegehkan diri la aku dan kak salina ke Low Yat Plaza untuk membeli external tersebut. Jadi inilah my new baby... I'm prensentingggggg.. taddaaaaaa.. hihihihi.





p/s: kopak bulan ni.. Tinted ntah kemana last2 benda ni yang aku kena beli...

Friday, April 12, 2013

~:: Tak Tahu Nak Classified Perasaan Sekarang ::~

Assalammualaikum...

Ye kawan-kawan. Saya dah sampai tahap tak tahu nak classified perasaan sekarang ni. Tensen ke stress ke, redha ke??

Rasanya lebih kepada redha kot. External Hardisk sudah arwah. Memang tak dapat diselamatkan lagi. Kini hanya mampu menjadi perhiasan atau ade sesapa yang nak untuk kitar semula? Hahahaha.. Ape aku merepek.

Hurmm looks like I dont have any other choice. Just buy a new one and smile. Damn.. Do you think that I still can smile at this moment? Hurmmm takpelah. Acik da redha je ni. Dalam terpaksa aku redha gitu..

So akan ke low yat lah aku bagi membeli external sekali lagi. Huarrrrrrrggggghhhhhhhh nanges lebat sambil hentak kaki..