Assalammualaikum ols.
Hari Sabtu yang lepas kami department library pergi ke Perak.
Tujuannya ialah menghadiri perkahwinan Cik Zarifah kita.
Seperti yang dirancangkan, tiga kereta berkumpul di HQ sebelum berkonvoi ke sana.
Aku dan Cik Viva ku, Aliff dan WVJ beliau serta bos dengan Myvi nya.
Kami seramai lapan orang bergerak sekali dan akan berjumpa dengan Ati kat sana je.
Seperti biasalah kata orang janji Melayu, tapi ni da kira janji berbilang bangsa,
1 Malaysia la katakan. Janji asalanya pukul 8, tapi disebabkan jejans2 kami yang perasan hensem ni terhegeh-hegeh bersiap maka pukul 9 baru bergerak.
Itu pun baru bergerak untuk sarapan.
Selesai sarapan, kami pun bergerak ke Perak.
Aliff mengetuai rombongan Cik Kiah ke sukan komanwell eh salah rombongan ke rumah Za la.
Tapi mamat ni memang boleh tahan sengal nya.
Dah la kami ni tak tau jalan, boleh pula dia main-main lagi kat Highway.
Tapi nasib dia la kan. hilang-hilang pun akhirnya kena tunggu kami juga.
Erm sorry la aku takkan tunjuk terror kalau jalan yang aku tak tau.
Sampai di rumah Za dalam pukul 1 lebih.
Za dah selesai makan beradab.
Kami makan-makan dulu, lepas tu baru la jumpa pengatin.
Tinggal nak ambil gambar je.
So kami-kami ni gegeh la berposing bagai dalam rumah Za.
Selesai bergambar dengan pengantin, kami tunggu Ati sampai.
Menuggu dalam setengah jam lebih kurang, kami pun jumpa Ati.
Selesai semuanya kami pun berangkat pulang.
Tapi time balik ni, semua berpecah.
Bos balik KL,
Aliff pergi kampung dia dulu,
Aku, Fiza & Zura pulak menuju ke Ipoh Perak.
Apa pula cerita di Ipoh?
Nantikan posting seterusnya.
Ceeewwwaaahhh..
Kat bawah ni aku attach sikit gambar masa wedding Za.
Tak banyak mana la.
Gambar kami bertiga. Ni masa tunggu jejans bersiap.
Singgah di Nasi Lemak Ayam Berempah untuk breakfast.
Inilah pengantinnya.
Gambar barangan hantaran.
Kami semua dengan pengantin.
Lelaki sahaja dengan pengantin.
Perempuan sahaja dengan pengantin.
Kami nak kidnap Za tu, tapi Wal macam rela je.
Di bawah ni gambar-gambar yang dah aku edit serba sedikit.
So tak ada apa nak cakap lagi,
Tahniah pada pengantin.
Alhamdulillah selesai segalanya.
2 comments :
wah... like2 sgt2... tp cam ada lupe sesuatu jek.. peristiwa selepas sarapan... penting tu wei.. hehehehehe (mati la aku g menghasut si ila lak)
erkkk Peristiwa malang bagi WVJ... Kelongkang sudeh...
Post a Comment