Amaran! Ini hanyalah luahan hati penulis. Jika ada yang terasa hati, lantak anda la. Siapa suruh baca?
Tajuk je cakap omputih. Dalam malas la nak cakap omputih
Sebenarnya aku semakin kecewa dengan hubungan persahabatan kami sekarang ni. Kenapa baru sekarang nak kecewa? Jujurnya aku sangat sayangkan persahabatan kami selama ni. Tapi semakin lama ianyan semakin hambar. Kalau dulu, kami selalu keluar minum sama-sama, karaoke, beraktiviti hujung minggu sama-sama, tapi sekarang semuanya dah lain.
Apa yang menjadikan hubungan tu lain? Bagi aku segalanya jadi lain bila semua dah mula berkira dengan setiap apa yang dilakukan. Kalau dulu, pergi minum, pergi karaoke, pergi mana je bersama-sama. Dan seperti biasa aku selaku driver sebab masa tu aku sorang je yang ada kereta pun. Tapi diorang pun membantu juga sebab masing-masing hulur duit minyak. Tapi bukan itu yang aku nak sampaikan. Apa yang aku nak sampaikan ialah, kenapa sekarang bila aku dah tak willing untuk jadi driver pada semua orang, tiada pun yang bergilir-gilir mahu gantikan aku? Kenapa? Sedangkan konsepnya masih sama, masih bagi duit minyak cuma bertukar kereta sebab masing-masing dah ada kereta sendiri.
Ok ni adalah masalah pertama. Masalah kedua yang aku rasa telah merosakkan hubungan persahabatan kami adalah perangai. Dulu mungkin masing-masing belum menunjukkan true colors. Tapi rasanya puncanya bukan datang dari semua orang. Tapi tak perlu lah aku mention disini. Cukuplah sekadar mendoakan agar tuan punya badan tu akan sedar satu hari nanti. Apa perangainya yang aku rasa teruk sangat sampai aku boleh cakap ianya merosakkan hubungan persahabatan kami? Mula-mula dulu kami anggap segala apa yang dilakukan atau diperkatakan dengan berlagak hanyalah gurauan atau sekadar cakap kosong. Tapi lama kelamaan masih berperangai sama. Dengan lagak yang tak boleh lagi diterima, aku mula merasakan aku bosan. Dan semakin lama persahabatan itu semakin renggang dan tidak lagi ada gelak ketawa yang dulunya sangat menceriakan department kami.
Hurrmmmm.. Entahlah. Aku dapat rasakan semakin lama kami semakin jauh. Dan aku yakin akhirnya nanti tiada lagi kemeriahan, gelak tawa dan kegembiraan dalam hubungan persahabatan ini. Tapi jika aku juga adalah salah satu sebab hubungan itu semakin hambar, aku minta maaf. Tapi aku sedia menerima teguran dan mengubah diri aku jika itu yang terbaik untuk semua.
3 comments :
hmmm tol tu...kalau kawan2...kne give n take, tolong menolong x leh harapkan org same je tolong kite kn...lame2 give up jugak org yg menolong tu...masing2 dh besar, dh ade income sndiri, dh ade transport sndiri...so..sharing is caring, but everyone has to be willing to share::))
Tula kak. Kdg2 buknla nk berkira kn. Tp mcm akk ckp la msg2 da bsr dn blh pk. Pstu klo reti appreciate ape yg org buat, lmbut la sket ht. Ni appreciate mmg x la. Siap menambah dgn kutukan lg tu. Tu yg wat ht btambah bengkak dn sakit.
tol kata kak peah... sume dah besar.. patut dah tau pikir sendiri.. x kn setiap kali nk kene ckp kot.. sy pon sama cam kamoo ila oi.. mintk maaf klu sy pon ada wat silap dlm persahabatan kite selama ni.. uhukkkk.. uhukkk
Post a Comment