Assalammualaikum diri sendiri dan sesapa saja yang baca belog neh.
Sudah sampailah masanya aku mengupdate belog ini dengan cerita boling yang da basi itu. Kenapa da basi baru nak update? Suka hati aku la. Belog aku kan? Wakakaka.. Haish ayat yang sangat tak baik ye kawan-kawan. Please dont try at home. At office ok... Stoooopppp.. Hentikan repekkan seterusnya yang sedang dirangka dalam minda kamu ye eiyla..
Ok mari cerita pasal boling. Sebab itu adalah cerita utama saya pada hari ini. Pada 17 Disember 2011 satu tournament boling telah diadakan antara staff MUCH dan student-student yang dianjurkan oleh Student Affair Department.
Pada pagi tersebut dengan semangat waja kami telah bertolak ke Bukit Jalil Golf and Country Resort.
Pagi yang tak berapa pagi sangat la pon. Sampai je kat sana, setelah menunggu hampir sejam, barulah kami dikehendaki mendaftar dan kami akan bermain untuk sesi pertama.
|
Waktu baru sampai. |
|
Bajet cool angkat dumbell tak sampai seploh kilo tu? |
|
Aku pun tak tau ape motip gambar ni. |
|
Self shot dari Zura & Ati.. |
|
Dah macam sesi luahan perasaan. Padehal takde pape pon. |
|
Siap ada pendengar setia dan pengutuk. |
|
Gambar yang dicapture Harith secara terpaksa. |
sebelum permainan bermula, kami sempat la masuk ke gym dan kemudiannya dihalau keluar. Lepas tu menyambung minum pula dekat kedai mamak kels diluar tu. Kami tak minum pun. Sebab kebetulan memang ada air sendiri. So masa sesi minum bersama-sama sesapa ntah Sebab orang-orang department lain pon join table tu, ade la sedikit sesi buli mebuli aliff dan sesi bergambar.
Setelah agak lama menunggu, barulah nama kumpulan kami dipanggil untuk bersedia di lane masing-masing.
Inilah perangai terejal memasing. Orang suruh get ready, kami sibuk berposing.
Setelah selesai berposing, permainan pun dimulakan. Malas nak cerita pasal game pada hari tersebut. Aku main dengan sangat hampeh dan tak enjoy langsung. So such a bored game for me. Tapi tak bermakna aku harus rosakkan mood orang lain. So aku menang sorak dan bergambar jela pada hari tu. Main memang aku tak nak cakap. Overall ok. Kami menang "Most Creative Group".. Dari segi apa kekreatifan tersebut, mungkin dari segi alatan yang kami bawa untuk memeriahkan suasana. Selain dari tu mungkin baju yang kami pakai pada hari tu seragam dan sama. Lain-lain aku tak tau. Ni aku sambung letak sikit lagi gambar pada hari tersebut. Enjooooyyyyy....
|
Gambar yang cantik ni dicapture oleh Ati. |
|
Ni namanya takde keje cari keje.. |
|
Bos yang kununnye keciwa dengan pencapaian aku. |
|
Muka kuciwa yang amat sangat. |
|
Da datang meroyan mokcik ni. |
|
Aku pong nak join sekali.. ahaks.. |
|
Gambar team cam best jew! |
|
Gambar dengan incek Amin. Suke je nk tolak aku. |
No comments :
Post a Comment