Tuesday, May 29, 2012

~:: Hepi Besday Mohammad Izham Ibrahim ::~

Assalammualaikum. Ini adalah satu entri khas untuk adikku Mohammad Izham Ibrahim kerana hari ini adalah hari lahir dia yang ke 17 tahun. Waaaaaa adik aku da besar..


Kepada adikku yang ngok ngek, Semoga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Belajar rajin2. Tak ada sapa yang boleh ubah hidup kita melainkan diri kita sendiri. Jangan ingat nak main, nak mancing je. Nothing else to say melainkan, aku tak caya ko da besar.. Uhuukkuhhuukkkkk...

~:: Bz Bz Day ::~

Assalammualaikum sahabat handai.. Hehehe..

Malas sebenarnya nak update blog masa ni. Kih3.. Tapi takpe. Aku jugak yang baca balik ape yang aku tulis kan? Ok stop memebebel. Hidup membebel ni memang tak boleh dipisahkan dengan aku. Aik membebel lagi? Sebenarnya sedang bosan..

Ok bz day punye cerita sudah masok. Lately ni sejak2 Chow Yun Fat a.k.a our ex H.O.D nak bla macam2 terjadi.. Dia kena pressure dengan orang atasan, pastu dia pressure bos kecik, bos kecik pressure kiteorang. Hurmm sabo jela.. Da nama pon keje.. Kesian jugak kat bos kecik ni asik kena pressure.. Cepat2 la setel sume benda yang memeningkan kepala ni..

So semalam membizikan diri wat packing untuk semua buku2 yang akan dihantar ke Puchong Campus. Ye M akan buka satu Campus di Puchong untuk Business & Law Studies. So semua buku2 yang berkaitan Business & Law akan ditransfer ke sana termasuklah Cik Librarian nya sekali. So after balik dati bercuti, Ati akan terus bekerja di Puchong Campus selama 2 minggu bagi mensetel kan segala yang tak setel di sana.

Aku tau akan ada macam2 perkara yang memeningkan kepala bakal muncul selepas ini. So tunggu dan bersedia jela kalau masih mahu bekerja disini.. Huhuhuhuhu sedeh...


kotak2 yang bakal dipindahkan

sibuk seal kotak sila abaikan badan sy yg gumuks ittew.

membebel dgn abg yg tukar pewangi library. Mntk perfume yg blh ilangkan stresss..
Ade ke masalahnye???

Ni few picca semasa dalam proses. Harapnya semua akan berjalan lancar dan berakhirlah stress ni dengan jayanya.. Hehehe...





p/s: Malas dah nak cari keje lain sebab malas nak memulakan segala yang baru..

Wednesday, May 23, 2012

~:: Makan2 @ Cozy Corner ::~

Assalammualaikum..

Update hari ni adalah cerita makan2 di Cozy Corner Restaurant kat Ampang Park KL.
Apa yang best disini? Aku pun tak tahu. Cerita bermula bila seorang makcik my bestie ni kata makan kat situ sangat sedap. Dan kebetulan rezeki aku la kan, Hanis da janji nak keluar dengan aku on that day, so Mak Hanis a.k.a Mak Lily a.k.a mak angkat aku, suruh Hanis ajak aku sekali.

Disebabkan hari Sabtu tu aku kerja dan terpaksa buka library HQ, kami janji nak jumpa lepas keje. Dan keetulan juga Hanis memang keje half day setiap Sabtu. Makanya lepas pukul 3, aku terus menuju ke TBS untuk menjemput Hanis. My bestie ni, Store Manager 7E TBS. So lepas dah amik dia, kami yang tak tau kemana arah tujuan sebenar ni, merayau2 dulu singgah di Jusco Maluri. Sempat la gak si Hanis sambar sehelai baju. Terus tukar baju. Hahaha macam2 perangai.

Da setel dekat Jusco, kami terus shoot Ampang Park. Main redah je sebab aku pun tak sure jalan sangat. Tambah lak hari hujan, memang masyak la nak cari jalan. Redah punya redah, nampak dah Ampang Park. Tapi malangnya kami berada di jalan seberang. So terpaksa pula mencari U-Turn. Nasib memang baik sebab tak jauh dari situ ada U-Turn. Kami pun go je lah kan. Jalan sikit, sampai sudeh ke Ampang Park. Masuk parking, cari keta Ayah Anis a.k.a Ayah Sudin. Da nampak keta, kami pun parking berdekatan dan terus naik ke atas cari mereka.

Ok dah habis repekkan perjalanan kami, now sampai masa untuk aku repekkan mengenai Cozy Corner.
Restaurant ni adalah restaurant berkonsepkan Fine Dining. Apa itu Fine Dining?? Ia adalah dimana bila korang masuk restaurant ni, korang akan dilayan 100% oleh waiters & waitresses yang ada. Daripa order makanan hinggalah letak napkin kat paha korang. Erkk tapi dia mintak izin dulu la. Kalau korang tak nak, korang boleh je ambil napkin tu dan letak sendiri macam aku wat. Hahahaha..


The Menu Book

Kiri sekali Mak Lily a.k.a Tukang Belanja of The Day

Hanis & Atin Her younger sista..


Hasil capture'an Atin..

Ni aku yang Amik..

Makanan Makcik Hanis yang dok depan aku. Meehoon Kungfu.

Diz iz mine. Chicken Combo.. Sedap r..

Diz also mine.. Hanis punye sebenarnya, tapi disebabkan Fruit Punch aku ada nenas,
aku tukar ngan Hanis.

Now aku nak listkan makanan yang diorder pada hari tersebut. Meehoon Kungfu 2, Mee Kungfu 2,
Kueytiaw Kungfu 1( all of diz iz makcik's pakcik's Food) Spring Chicken 1 (Hanis Food. Bila aku cakap tu anak ayam, die terus berhenti makan. Ops I lupa my fren ni sensitip sket ngan makanan yang pelik2 ni.) Blackpepper Chicken, (Ija's Food), Chicken Maryland (Atin's Food) & Combo Chicken (My Food). All of diz include drinks (yang aku tak boleh nak ingat satu per satu) Harganya adalah RM230... Agak serba salah aku rasa bila mendengar jumlahnya, tapi disebabkan ini semua adalah rancangan makcik Hanis, kami hanya mampu berdiam diri. T_T"

Makanan dan servis kat restaurant ni Ok la. Nak kata sangat sedap pon, biasa je, nak kata tak sedap pon tak juga. For me it just OK..

Aku tak ambil banyak gambar. Almaklumlah aku pergi dengan angkatan pakcik makcik dan aku adalah orang luar, so agak tak sopan bagi mereka bila aku mengambil gambar disana sini. So yag berdekatan aku ni jelah aku mampu ambik. Tapi bagi korang2 yang teringin nak makan Fine Dining style, ini adalah tempatnya. Overall berpuas hati la.

Saturday, May 19, 2012

~:: MemOrIeS of Me & My ALanG ::~

Assalammualaikum.
Mulanya nak upload gambo laen, tetibe ternampak gambo ni. Teringat masa pergi umah alang last month. Sedang sibuk menyelak album yang ada dirumahnya, tiba2 ternampak gambar ni. Sungguh nostalgik.

Nampak macam aku ngan alang sangat rapat kan? Hakikatnya pada umur ini, kami langsung tak rapat. Sentiasa bercekau wat kata mak aku. Pantang nampak muka ada saja nak digaduhkan. Honestly aku memang seorang yang sangat degil. Terutama bila orang marah aku. Bila da start kena marah, mulanya aku akan diam buat tak tau je dengan orang yang marah aku tu. Tu sebabnya, wat kata Kak Ngah, aku ni mintak kena penampar sebab wat muka sardin bila kena marah. Itu kalau kena marah. Aku memang jenis yang keras hati. So bila kena marah aku takkan menangis. Sebab tu semua adik beradik akan berangin bila marah aku.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku akan mengeluarkan siren ambulans aku (gelaran yang diberi oleh adik beradik untuk tangisan aku yang panjang macam siren ambulans) bila orang nak berjalan tinggalkan aku. Konfem aku akan nangis sekuat hati.

Tapi benar kata orang, ikatan adik beradik ni, walau macam mana bergaduh pon, takkan terputus ikatan tu. Setiap dari kita akan sebolehnya protect adik beradik kita.

Bila masing2 dah besar, barulah nampak yang kita ni sebenarnya sayang satu sama lain. Tapi masa kecik, cara tunjuk kasih sayang tu tak sama. Sebab apa? Masa kecik kita tau bergaduh je sesama sendiri. Tapi dalam hati kita sangat sayangkan adik beradik kita.


Tengah tunggu bas nak pergi sekolah agama.

Masa ni kecik sangat lagi. 3 taun kot. Tak paham apa2 lagi.

Aku memang tak banyak gambar masa kecik. Kalau ada pon entah dimana2 dan di kamera siapa aku tak tahu. Kadangkala pergi ke rumah saudara mara bila tengok album, ada saja terselit gambar aku dengan gelagat yang menggelikan hati.





p/s: rasanya gambar ni alang cilok dai album keluarga kot. Hahaha sayang gak die kat adik debab die ni ye.. Siap simpan gambar kami bersama masa kecik. 

Thursday, May 10, 2012

~:: Mabuk Cinta Ke? ::~

Assalammualaikum..

Aku mabuk cinta ke? Kenapa aku rasa macam tak je? Adakah dengan menyukai lagu2 berkaitan cinta consider mabuk cinta? Hahaha entahlah. Mungkin persepsi setiap orang berlainan.

Ada orang yang menganggap bila bercinta, perlu melayani lagu2 berunsur cinta. Apabila mendengar lagu sebegini, dianggap mabuk cinta pula.

Jujurnya, aku memang bukan sedang mabuk cinta. Aku akui memang aku telah punya seseorang yang mengisi hati saat ni. Tapi ianya masih baru dan aku sendiri tak mahu berharap dan terbang terlalu tinggi bersama angan2. So adakah salah kalau aku menyorokkan dia kerana aku masih belum bersedia untuk menghebahkan pada umum. Atau lebih tepat aku mengatakan bahawa aku tak mahu menghebahkan siapa dia selagi belum ada apa2 ikatan antara kami.

Pengalaman lalu mengajar aku untuk lebih berhati2 dengan hubungan yang baru ini. Jadi tak perlu rasanya untuk memberitahu dunia untuk sesuatu yang masih belum pasti. Pape pun aku tetap chill. Insyaallah andai ada jodoh antara kami, orang yang patut tahu akan tahu juga nanti.. Insyaallah.. Doakan yang terbaik untuk kami.. Semua ni aku lakukan kerana memikirkan kekecewaan itu adalah amat sakit. Aku tak mahu melaluinya untuk kali kedua.. Before aku bla, jom layan lagu ni..

Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Wednesday, May 9, 2012

~:: Doaku Untukmu Sayang ::~


Huhuhuhu arini aku memang meroyan lagu jiwang ye kawan2.. So jom enjoy lagu2 ni dengan aku.. Hahahahahah

~:: Tuhan Jagakan Dia ::~

Assalammualaikum

Waktu dengar lagu ni at the first rasa tiada yang istimewa. Tapi setelah diulang-ulang arini je dah dengar dekat 100 times kot  tros jadi suka pada liriknya yang sangat puitis. Jika ada seseorang yang ingin menyanyikan lagu ni untuk aku, ia akan jadi hadiah yang cukup bermakna. Kat bawah ni ada doodle yang aku buat untuk lagu ni.Heheheehhehe.. Loike so much.. Kepada awak yang saya cinta, sila nyanyi untuk saya ye.. Hahahaha Fazilah Ibrahim Sila berhenti berharap..



Tuesday, May 8, 2012

~:: Ipoh Trip Part 2 (LWoT Petting Zoo) ::~

Assalammualaikum.

Now aku nak update part 2 plak. Okeh dalam part 2 ni, adalah gmbr2 binatang masa kami melawat Petting Zoo yang ada dalam Lost World of Tambun ni. Ape yang best nya, kalau korang sume rasa nak mandi manda dulu, korang boleh mandi manda dulu, then tros ke petting zoo dengan baju yang korang pakai mandi tu. Sebab apa? Sebab sambil jalan2 boleh keringkan badan dulu sebelum bilas dan tukar baju bersih. Hahaha.. And most of people yang datang ke sini buat macam tu. Kebanyakkannya berjalan di petting Zoo dalam keadaan baju basah. So xde la orang yang akan tengok pelik kalau korang jalan2 pakai baju yang sama. Tapiiiiiiiiii kalau la korang pakai bikini masa mandi, Pleeeeaaaassseeeee DON'T berjalan2 sesuka hati. Bukan sahaja orang yang bakal sakit mata, binatang pon boleh mati terkejut dengan keseksian korang tu. Huhuhuhuhu... Ok da abis bebelan panjang aku, now enjoy da pic..

anak2 buah yg riang gembira..

ingat kan boley jln.. verangan nk naik..

Swaaannn?? Saya takot angsa..

Bot angsa x pe..

ikan2 yg dberi mkn..

Ni plak mase tgk ghimau..

tu dia ghimau tgh verdating..

Now da msok area Petting Zoo..


Merak yang xnk mengembang..

Merak putih hokai..
Menatang hape aku pon xtau.. Burung gak la kot..

Air terjun buatan..
signage2 yg comel..

Oh mai3.. mula aku cool.. Tp bile parrot ni kiss aku,
arrrrgghhh sy takooottt..

Ni plak parrot putih..

Ni plak spesis itik klo x slh..

Add caption

Burung ni ade Mohawk okai.. Hahaha
Kucing Benggala..

Tortoise.. Besar giler menatang ni.. Seram i tgk..


Lagi signage yang shomel..

Landak2 yg berkumpul.. Ade yg tgh menyusu..

Nampak tak ape ade dalam tu?? Yup sugar glider a.k.a Neko..

Ni plak Hedgehog yg comel..

Apakah ini?? Guinea pig ler.. Hahaha shomel..

yg ni anak2 yg baru lahir..

Hanjeng???

Prairie Dog.. Namanya hanjeng, tp aku tgk rupa mcm ala2 spesis tikos.
So lepas da berjalan2 dan mengeringkan badan, kami pon bergerak ke bilik persalinan. Tempat die selesa tp agak terbuka.. So agak risau ler kot la ade org nengok walaupon memang xde. Hahaha.. Sume da penat, dan happy. Balik umah makan timee...

Monday, May 7, 2012

~:: Ipoh Trip Part 1 (Lost World of Tambun) ::~


Assalammualaikum kawan2 sekalian. Update harini all about Ipoh.
29-04-2012 yang lepas, aku, Am & Kak Ngah's family bercuti ke Ipoh. Kenapa Ipoh? Sebab Alang ade dekat sana. So kat mana nak stay dah xyah nak fikir. Bab makan2 pulak boleh masak je kat rumah.. Tapi sebelum tu ade tragedi berlaku. Kete Avanza yang kami naiki pada awalnya terpaksa di Tow ke bengkel di Ijok kerana kerosakkan yang x dapat dibantu.
Hahaha dont ask me why Ijok.. Hehehe.. So update kali ni, aku hanya akan tulis segala cerita pada caption gambar2 yang telah aku ambil..



Here we come..

Mr Driver a.k.a Bos of da day..

Dinner berdekatan dengan umah alang saya.. 
2 budak noti ni seems happy meeting each other..
sbb si Athiya "camera shy" blh posing dlm gmbr ni..

Chicken chop yummyy..

Alang's Family.. From left K.Julie, Phia & my Alang..

Angah's Family. From Left Angah, Alana, Abg Valent & Athiya..

2 beradik yg sadis sbb xde sape nk amik gmbar kami..

Yaaa dats it.. Lost World of Tambun.. Only about 5 Minutes from Alang's house..

Me n K.Julie.. Yang penting, sila lihat tucen montoxs itu ye.. ahaks..

Operation Hour dia.. Kami pergi pada hari Isnin..

Harga Tiket.. Me & Am sponsored by Angah's Family...

Ni kod pakaian ye kawan2. Do's & Dont's..
Ni adelah tmpat utk beli souvenier.
Or else blh kate tmpt utk mereka bg bebudak kecik merengek beli mcm2 bnde
dgn harga yg super duper mahal..

Ni dalam bazaar itu..
Hj & Hajah Romantik.. Ahaks..

Yg ni couple Rock plaks.. ahaks.. Jgn tnye aku napa anak deme pose gitu..

Haha kanak2 yg dtangkap oleh daddy mereka..

My brother Izham wth Abg Ngah..
Alana yg keletihan berlari plus mengantuk..

Sisters.. Alana Imtiaz Az-Zahra & Alexandra Imtiaz Athiyatullah..

Cousins.. Alana, Athiya & Sophia Hana.. Perbincangan ape ni? Cikla pon xtau..

Masing2 nk pose tp xmo pndang kamera.. Sila lihat tgn Alana yg berusaha nk wat "peace"..

My notti niece.. Diorg berdua ni yg paling rapat ngan aku..
The wristband.. Menariknya menatang ni adalah,
ianya blh di topup mengikut nilai yg kita nak, utk kegunaan didalam nnti.
So u dont need cash.
Dan Segala balance yg ada didlmnya mse kite keluar, akan dpulangkan..  
Muka masing2 happy masa baru sampai..

Like diz shot.. By me opcoz.. muahah syok sndrik..

Am yg main permainan kanak2...
Ayanhnya pon ambil kesempatan guna gelongsor kanak2..

Yang ni pon nak jugak..

Tau tak ape yang menarik dengan mende yg bermuka buruk ni??

Ya itu dia.. Bila dah penuh, ia akan menumpahkan air2 nya..
Apa yang aku suka tengok ialah, org2 ramai sanggup tggu utk dibasahi air tu..
Funny je tgk..

Tgk tu.. Lepas da abes air dia, sume org bersurai.. Hahahaha..
One Happy Family..  :)

Daddy and Daughter..

Mummy & Daughter.. Eh bukan la itu aku tu.. Bukan akak aku..
 So Cikla & Niece.. Hahahahaha...

Athiya yg super duper Happy...

Phia yg also super duper Happy..

Ni baru betul Mummy & Daughter..

Cute je bile tgk Alana try wat peace.. Tp still tak menjadi..

So overall trip ke Ipoh kali ni memang best. Even kami ditimpa dugaan berat bila kete rosak, tetap ada rezeki untuk sampai kerumah alang.. Next time sapa nak ikot saya pergi Lost World angkat tangan..




p/s: Teringat pada Alana yang snagat suka angkat tangan.. Sampai akhirnya kuar ayat, "Sapa berak bucuk angkat tangan".. Pon dia angkat gak.. Hahahaha...