Wednesday, July 25, 2012

~:: Pembukaan Iftar 2012 ::~

Assalammualaikum.

Seperti biasa setiap kali bulan Ramadhan, akan ada aktiviti iftar ataupun berbuka puasa diluar bersama kawan2. So untuk tahun ni for the opening cewaahh awal lagi ni da opening Iftar beramai2, kami berbuka bersama2 di Ramal Junction Food Court. ala tempat aku selalu makan Sate Willy tu. Aik tak pernah cite? Takde ye? Ops len kali la aku cite pulak.

Jom kita mulakan cerita dari mula sekali macam mana kami boleh berbuka bersama2. Seperti biasa aku ngan Ati dok sibuk la mengemas itu ini, nak pindah la katakan. Tiba2 tengahari tu dapat la pulak mesej dari Adikku Si Paan mengatakan dia dah sampai KL dari Melaka. So disebabkan diorang (Paan & Fikri) tak ada kelas, aku memaksa diorang untuk datang ke MC. Kekunun lepaking kali terakhir la kot. Yela kalau dah pindah ke HQ memang takkan dapat la nak melepak. Sooo diorang yang dipaksa pun datang. Lepak2 borak2 sampai la ke petang. Dah petang mula la cerita berbuka pun keluar. Pastu da tong tang tong tang bercerita akhirnya kami decide untuk berbuka bersama2. Ati yang nak balik pon kami tak bagi balik sebab nak ajak berbuka bersama.

Tapi kali ni punya berbuka kami takde la nak makan and pilih restoran bagai. Yela bulan pon da ala2 mengambang kan? So masing2 bajet pon tak berapa nak ade. Kami pon beramai2 ke Bazaar Ramadhan. Ayat je beramai2 padahal 4 orang je yang pergi Bazaar pon.  So setelah membeli tak seberapa di Bazaar, kekunun nak tunjuk tak membazir la padahal beli tak nak macam makan seploh orang plak kan?  kami pon menuju ke Ramal Junction setelah Amin decide tempat. Amin ni pon tetibe je jadi nak join, mula2 katanya taknak.  Berbekalkan ayam golek seekor, Kuih 3,4,5,6 Ringgit Malaysia, kami pon pergi ke Food Court itu. Setelah duduk, order air, tiba2 Paan bersuara, kita ni ada ayam, tapi takde nasi, nak makan dengan apa ayam tu? Tetibe plak la otak budak kecik ni berjalan. Betul jugak. Takde sapa pun antara kami, membeli makanan berat. Semuanya berunsurkan kuih-muih sahaja. At last kami buat decision untuk order je dari Food Court tu nasi goreng biasa yang memang tersangatlah biasa. Nasib baik ada ayam. Lepas da makan, masa tu memang perut da full gila sampai rasa tak mampu nak berjalan dah, kami pun berangkat pulang.

Apa2 pon, hepi sangat sebab dapat berbuka sama2. Memang happening la semua orang. So thaks to all yang bersama2 dalam Iftar ini. Now lets enjoy da pic..

Makanan berbuka..

Cik Ati yg kami tak bagi balik.. 

Adeh selalu sangat wat pose2 pelik.. 

Tak abes nak sorok mula dak camera shy ni.. 



Ati, Amin & wife Amin.. 

Aku: Ya saya sedang lapar..
Fik: Nak sikit. 

Aku : Ala tak boleh la..
Fik : alaaa nak laaa.... 

Nak sangat kan? Amik ni.... 

Saya punya yang kecik hokai.. Yg beso tu Paan punye.. 

Ayam Golek memang yummy.. 

Nasi Goreng Biasa yg memang biasa.. 

Manggis yang mengecewakan aku... 

Samosa.. 

Sardin roll...

Setelah kekenyangan.. 







p/s : 11-8-2012 ni kami nak wat Iftar lagi sekali. Kali ni nak wat besar2an kat rumah akak aku pulak. Kekononnye kami ajak budak JB turun. Hope sangat diorang dapat datang coz really miss'em oll... 

No comments :