Friday, July 6, 2012

~:: Yazid Burger Shah Alam ::~

Assalammualaikum ols..

Haaaa dik non dik non, meh hakak nak bercerita ni, hari rabu yang lepas haka dengan geng antoo seekers, eh tipu je, sebenarnye hakak dengan geng2 opismate, telah pergi menikmati Yazid Burger di Shah Alam. Nak taw tempat, sila klik link itu ye..

Disebabkan ini kali pertama kami nak makan disini, kami mengambil langkah keselamatan dengan mengorder terlebih dahulu melalui online sebelum kesana. Katanya kalau dah order online tak payah ler nak menunggu.

Jadi kami confirm order dan buat la payment segala2 nya online. Prosedurnya adalah,
i - call org yang bertanggungjawab mengambil order (Nama dia Incek Abu dan dia sangat garang)
ii - bagitau apa yang nak diorder mengikut prosedur yang diorang dah tulis didalam blog atau FB diorg.
iii - buat online payment.
iv - terus kesana dan anda akan dilayan nanti.

Tapi apa yang kurang memuaskan hati kami ialah, kami dah bagitau yang kami akan sampai dalam jam 9.30 malam. Tapi sewaktu kami sampai, kami terpaksa menunggu dengan agak lama kerana order masih belum disiapkan. Dan staff yang ada disana pon macam quite blurr bila kami bagitau kami dah buat online order. Pastu baru pulak datang nak tengok untuk confirmkan no fon segala. Memang everything is blurr la.

So dengan kesabaran yang tinggi kami menunggu. Selepas 2 kali bertamya, kami pun dapat burger yang kami tunggu2. Nasib baik ler serius nasib baik, burger itu memang super duper sedap. Terubat la perasaan sedeh kerana terpaksa menunggu sebentar tadi.



Komen kami, burger memang sangat sedap, roti garlic memang terasa keenakkan garlicnya, daging yang padat tapi cukup masak membuat kami terliur, serta sos dan cheese yang dtambah membuatkan burger itu sangat sedap lah pendek kata.

excited da ni nak makan..

kekonon teruja dengan burger yang besar..

kemudiaaannn seraaaaannnggggg....

kekonon je sabar ni..

Jadi kami semua memang sangat puas hati. Tak apalah menunggu sedikit asalkan apa yang ditunggu tu, berbaloi2..

Kepada kamu, kamu, kamu, dan kamu yang nak merasa YB Burger ni, bolehla merujuk blog diorang atau FB diorg..


Ini pulak aksi2 sewaktu menunggu. Muka lapo setiap org..


Adik beradik lain mak, lain ayah, lain negeri... hehehe

Bos yang lapo & Kak Peah yg semakin comel..

Control muka lapo, jadi model juice..

Umi Ati yang turut serta. Thaks Umi join kiteorg..


p/s: tetibe lapo burger lagi..


No comments :