Assalammualaikum frens..
Semalam sekali lagi berbuka di luar. Kali ni lokasi berbuka yang kami pilih adalah Restoran Wong Solo yang pemes dengan ayam penyet nye. Aku dah few time pergi sini. Ok jugak la food dia. Tp before this memang target aku ayam penyet sahaja. Tapi sejak beberapa bulan yang lepas, selepas Hanis suruh aku try die punya ayam bakar, aku jadi mengigau nak makan ayam bakar pula. So semalam memang aku order ayam bakar la nampak gayanya..
Semalam aku pergi berbuka bertiga je. Ain, Aku dan Paan. Asalnya Ain ajak aku berbuka dekat luar. Then kebetulan Paan nak datang jumpa aku, so sekali jalan, aku ajak Ain dan Paan berbuka sekali. Mulanya si Ain suggest nak pergi Putrajaya. Masa tu jam pun dah pukul 6.00 petang. Buat kata Paan nanti dengan jem segala, maunya lepas berbuka baru sampai. So untuk langkah berjaga2 kami pon tukar lokasi ke Kajang sahaja. Mulanya aku ingat nak pergi Hailam Kopitiam tu sajork. Tapi tetibe Ain cakap nak pergi Wong Solo. So ok jugak la kan. Layan Wong Solo dalam bulan posa ni.
So sampai je dekat Wong Solo tu, kami tengok banyak meja da reserve. So kami pon dengan kondipen tanya kot la masih ade kosong. And memang rezeki la kan, masih ade lagi kosong. So kami book siap order sekali, sementara menunggu waktu berbuka tu, kami berjalan2 di Metro Point Complex. Kot la aku boleh jumpa Kak Ila ke kan? Rindu gak ngan akak sorang tu. Agak lama juga tak jumpa dia. So jalan3 xde ape yang kami beli kat situ.
Dah dekat waktu berbuka, kami balik semula ke Wong Solo. Lepas dah azan, makan, pok pek pok pek cit cat cit cat, kami pun bergerak pulang. Sebelum aku tutup cerita ni, jom tengok gambar kami meroyan semalam..
Hope ni bukan kali terakhir la makan dengan Paan. Sebab dia pun dah decide nak pindah terus balik ke Melaka. Bekerja disana dan hidup dengan family dia kat sana. Huhuhuhu sedeh.. Da jauh da adik aku sorang ni. Tapi dia janji tak lupa aku and akan naik gak KL kalau free. Kalau tak naik, siap kau dek. Akak tak nak kawan. Hahahaha mengom..
No comments :
Post a Comment