Wednesday, July 11, 2012

~ A New Family Member ~

Assalammualaikum ols.

Hari ni nak cerita pasal my new family member. Sape? Suami aku? Memang tak la kan. Sebab aku belom dihantar seru unuk berkahwin..

New family member yang aku maksudkan adalah Emir Ahmad Fahd Bin Mohd Fazli. Siapakah gerangannya ini? Ini adalah anak buah terbaru aku, anak kepada along aku. Ya hero pertama dalam kalangan cucu2 Ibrahim Bin Hj. Ahmat.

Pada 29 Julai 2012 kakak iparku telah melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Emir Ahmad Fahd. Dan dia juga merupakan cucu lelaki pertama dalam keluarga kami. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun kakak iparku terpaksa dioperate kerana sebab2 tertentu, kedua mereka sihat dan selamat.



Inilah Emir Ahmad Fahd Bin Mohd Fazli. Setiap kali Cikla datang tengok dia, mata mesti tutup. Kalau die bukak pon sekejap sangat. Dan Cikla sangat failed pegang baby kecik2 ni. Die pon dapat rasa tak sedap bila Cikla pegang dia. Terus gelisah dan menangis. Haha nanti Cikla belajar ye Fahd, macam mana nak pegang kamu..

After tengok Fahd, kami paw ayahnya untuk breakfast pulak. Dan disebabkan di Prince Court Medical Centre ni tak ada kedai mamak or kedai melayu and etc. terpaksa lah ayah aku mengomputihkan tekaknya untuk bekpes di Coffee Bean. Ni adalah menu bekpes kami pagi itu. Memang sangat kenyang and sedap. Tapi bila melihatkan harganya, mungkin ini first and last aku bekpes kat sini. Hahaha aku memang sangat kudukut sekian tima kasey..

Club Sandwich..(Ayah's Menu)

Egg Ben (diz one is mine.)
Izham makan scrambled egg dan along berkongsi dengan Rani Pancake. Theres no picca sebab theyols da lapa and ngap dengan lajunya..

Ada lagi cerita before sampai ke ini Prince Court. Aku membayangkan Prince Court ini adalah Hospital Pusrawi disebelah Hotel Putra di belakang Hospital Besar Kuala Lumpur. Ok aku sengal salah tempat. Dah sampai didepan Pusrawi tu, barulah aku perasan nama dia Pusrawi bukan Prince Court. Terus col Along. Then Along cakap Prince Court dekat dengan Jalan Conlay area Kraftangan. So aku yang ala2 kondifen tau ni, redah la dengan bantuan GPS kununnye. Sekali GPS pon kesengalan terlampau, dibawanya kami sampai ke Kampung Dato' Keramat. Tetibe waktu aku berhenti di traffic light, keluar suara dari hengpong ku "You have arrive your destination".. Bahangoooonnggggg.. kata aku dan Izham serentak. Memang geram sebab kami ntah dimana, dia boleh cakap kami dah sampai. Terus col Along sekali lagi dan lagi dan lagi. akhirnya sampai la juga kami dengan direction yang diberi oleh Along. Kalau dari awal suruh Along bagi direction through phone kan senang, tak adelah kami sesat dalam keadaan lapar. Padan muka kau Eiyla. Nak tunjuk pandai sangat kan? Hambeekkkk.. Nasib baik sampai dan dapat makan after that. Hahahahaha..
So sekian saja sesi bercerita untuk hari ini. Akan disambung dihari yang lain pula. Bubbyyeee...  

No comments :