Wednesday, July 11, 2012

~::Kegilaan Terhadap Chicken Chop Kembali Lagi::~

Assalammualaikum.

Yeaaa makan chicken cjop setelah sekian lama tak makan. Rasanya last aku pergi makan chicken chop, dekat Bukit Indah Ampang berasama Ain dan hadek2 angkat yang lain. Lepas tu rasanya dah berbulan2 juga aku tak makan chicken chop.

Sebelum gaji haritu, entah kenapa tetibe tekak terasa nak makan chicken chop. Almaklumlah timing tak ade duit sememangnya tekak akan gatal nak makan macam2. So tetibe mulut pulak tergatal cakap dengan Paan nak ajak makan chicken chop lepas aku gaji.

So pada 1 July 2012 gaji dimasukkan kedalam akaun setelah lambat beberapa hari. (Tapi memang lepas ni gaji akan masuk 1 haribulan. sttreessssss).. Aku terus mesej Paan petang tu jugak untuk ajak pergi makan chicken chop.

Mulanya kami nak pergi beramai2. Tapi disebabkan Si Ain dan adiknya belum bergaji, diorang tak jadi pergi. So akhirnya pergilah aku berdua dengan Paan. Detim dengan hadek ikan kaedahnya. Sambil makan adalah sikit sesi luahan perasaan dan sesi bercerita. Macam2 yang diceritakan, smpailah satu detik tragedi terjadi dimana aku telah menuangkan dengan tak sengaja (baca: tertumpahkan) orange juice betul2 kedalam pinggan chicken chop aku. Dengan menggelabah ayam, aku lap meja. Paan dah bangun dan lap meja. Nasib baik x lencun seluar budak tu aku kerjakan. Dan hasilnya, malam itu aku menikmati chicken chop perasa orange juice. So aku makan sikit je, part2 yang tak kena air tu jelah.


Sila lihat dengan teliti keadaan chicken chop aku.


Buat muka jahat dan menganjing..


ops sesaja je..
Dan disebabkan kekabutan yang terjadi, hilang la selera untuk makan. Dan malam tadi, sekali lagi kami pergi ke kedai ini. Kali ni kami pergi bertiga, Aku, Ain & Paan. Makan chicken chop sekali lagi (air tukar epal, & letak jauh sket sbb takot tumpah lagi) So bayangkan dalam masa seminggu ni je, aku dah makan chicken chop sebanyak 2 kali. Ko hadooo?? Memang tak la kan?? Ahahahahah....

Ain dan lamb chop beliyau..

Paan makan ciken chop lg.. 

Aku pon ciken cop tanpa air tertumpah.. 







p/s: Ni posting yg sepatutnya aku post minggu lepas. Huhuhuhu..

No comments :