Monday, October 1, 2012

~:: Hantu Kapcai Kekonon Review La Kan..::~

Assalammualaikum kawan2.

Dah lama juga dalam blog repekkan kau ni tak ada review pasal wayang kan? Ahahah memangla sebab aku memang dah lama sangat tak tengok wayang. Disebabkan dah lama tak tengok wayang, nasib baik macam mana ambiance dalam panggung wayang aku tak lupa. Ok merepek.

Hari Sabtu malam yang lepas, aku telah dengan tak sengaja tertengok filem Hantu Kapcai.


Ha nilah banner Filem Hantu Kapcai. Aku tengok cerita ni Mid Nite punya show. Mungkin tak berapa nak ramai orang la kan. Sebab tengah malam siapa je yang nak datang tengok.

Ok mari kita start review filem ni. Filem ni diklasifikasikan sebagai 18 tahun keatas. Kenapa 18 tahun keatas? Sebab sebenarnya filem ni terkandung lawak2 yang agak ekstrem. Maksud ekstrem disini ialah ianya mengandungi lawak yang agak lucah dan agak segan ketika menonton.

Tapi disebabkan nak sangat tengok buat ajelah muka tebal. Tapi memang bagi aku, sepanjang dalam panggung tu, tak kering gusi ketawa sebab walaupun ada situasi2 yang tak logik ditonjolkan, ia tetap mengandungi elemen kelakar.

So memang tak menyesal la tengok cerita ni.. Best3.. Boleh la aku bagi 4 dari 5 Bintang. Siapa rasa nak tengok sila2 la ye. Tapi memang tak sesuai ditonton oleh kanak2..

No comments :