Hari ni baru aku berkesempatan nak cerita pasal my 26th bezday pada 25th September yang lepas. Aku diraikan pada tengah malam 25th September. Ye jam 12 tengah malam tu aku telah dicekodokkan.
Cerita bermula begini. Cewaahh ayat tak boleh bla. Lepas maghrib 24 September tu, Ahmad Farhan ajak aku keluar, katanya nak beli hadiah untuk gf dia. Dia nak minta tolong aku pilihkan hadiah. Katanya gf dia akan turun KL nak jumpa dengan dia. So aku yang giler inesen dan tak tau apa2 ni, follow dia. Dan disebabkan malam tu memang tak ade mood nak drive, aku suruh dia ambil aku dekat rumah. Lebih kurang pukul 8.30 dia sampai depan rumah aku. Then dia tanya kat mana nak beli hadiah. Aku suggest dia pergi MINES sebab rasanya dekat situ je ada banyak kedai hadiah yang terdekat dengan kami time tu. Ha padan muka. Da niat nak kenakan aku kan? Dia terkena dulu. Ambil aku kat rumah dan patah balik ke MINES pula.
Sampai dekat MINES dah parking semua, terus shoot kedai jual hadiah. Aku rasa kalau bagi teddy bear dekat awek dia pon sweet jugak. So sajalah nak usha2 kot ada teddy comel2. Aku macam dah terbekenan satu teddy tu, Tapi bila fikir balik, lebih baik dia beli sumting yang awek dia boleh pakai. So aku decide untuk suruh dia beli sling beg je.
Masa tengah pilih sling beg tu, dia kuar statement "Kak suka ke? Tak kisah yang mana satu. Kak suka ambil je. Dek ikut je yang mana kak suka. Kalau nak ambil dua pun tak apa." Yang aku stil blur ni terus cakap dekat dia, "nak buat apa sampai dua?" "Yelah manalah tau nak pakai kemana2 ke." Then aku terus cakap. Tak payah nak merepek. [Kenapa la masa ni aku langsung tak dapat tangkap hint dia].. Lepas dah beli beg tu, kami nak pergi makan. Aku macam tak nak makan kat dalam MINES tu sebab rasa tak ada apa yang best. So aku ajak dia makan dekat luar.
Nak makan pun sempat lagi bertekak. Masing2 tak nak decide nak makan dekat mana. Dan as usual aku memang akan kalah la. So aku decide ajak dia makan chicken chop dekat Bukit Cheras je. Tetibe je dia cakap, "A'ah la baru teringat kak ada cakap nak ajak makan chicken chop haritu." Yang aku ni pulak tergatal mulut tetibe cakap, "oh yang tu bukan dekat sini. Akak nak ajak pergi Bukit Indah Ampang. Chicken chop dia sedap giler, besar pulak tu." Dia, "jomlah kita pergi." Aku, Jauh giler kot. Dah tak payah nak merepek." Dia, "Tak jauh la. Jom je." Terus shoot Ampang. Memang kerja gila la malam tu. Lepas dah makan chicken chop, dia belanja, dah kekenyangan, tiba2 dia ajak pergi Bukit Ampang pulak or lebih dikenali sebagai Bukit Langat bagi orang Ampang. Ala takkan la korang tak tau kan.. Tempat lepak2 tengok lampu seluruh KL tu. Ahaha penerangan yang paling tak boleh bla. [Masa ni zura mesej aku dan cakap "ko tak terfikir ke, sebenarnya hadiah yang dia beli tu untuk kau?" Motiiiipppp Zura yang giler jauh dekat JB tu boleh terfikir, aku yang depan mata ni masih denied benda tu?]
Sebelum pergi sana dia tanya aku, "dekat situ ada kedai steamboat kan? Steamboat tu atas lori. Dia satu je gerai jual steamboat atas lori." Aku dah blur lagi sekali. aku rasa macam pernah sebut ayat tu. Tapi bukan dengan dia. Bila aku tanya mana dia tau, dia cakap aku pernah bagi tau dengan dia. Otak masih berjalan dan berfikir, bila pulak la masanya aku cakap? Tapi acik redhooo jela sebab malas nak cerita panjang lebar lagi.
Sampai je dekat Bukit Ampang tu, lalu dekat kedai steamboat, aku nampak Ain Maz dan Beni [BFF Maz].
Siap hepi giler nampak diorang. [padahal diorang memang dah plan nak jumpa dekat situ dengan Paan] Mula2 tu macam tak rasa apa. Tapi masa nak turun kereta, tetibe je terasa macam bau2 ikan. Kenapa la pulak masing2 nak berkumpul dekat sini? Lepas jumpa diorang, and lepak tanpa sebab, at last bergerak balik.
Sooo masa dah sampai dekat rumah aku, semuanya terbongkar. Soalan pertama waktu sampai rumah aku, "kak percaya ke gf dek nak datang sini?" Aku "Percayalah. Kenapa tak nak percaya?" Dia, "Dek tipu je, hadiah yang beli tadi sebenarnya untuk kak. Selamat Hari Jadi. Kak umur dah menigkat kan, dah besar kan, so lupakan semua kenangan yang lepas. Tak nak dah ingat2 benda dah lepas." Ala2 nak suruh aku move on la pulak adik aku sorang ni. Yang aku tak mampoo nak cakap apa2 terus ternanges disitu juge.. Damn ratu air mata sangat kan. Lepas da pok pek pok pek jap dalam kete, aku turun nak masuk rumah. Sebaik tutup pintu kereta, aku terdengar suara yang tak berapa nak merdu menyebut "Kak Ilaaaaaaaaaaaaaaa." Bush tepung menyelaputi muka. Aku berdiri tegak dan redhoo.. Baru nak lari ke the other side of Paan's car, Ain pulak menanti dengan telur. Ketepek melekat telur dibaju ku. Then Beni pulak datang menyerang. Lepas semua orang menyerang, barulah Paan turun dari kereta.
Nasib baik budak neh tak kena sekali. Kalau tak, balik rumah konfem kena soal siasat. Tapi bukan diri dia yang dirisaukan, apa yang keluar dari mulut dia? "Wei kete baru basoh." Lagi takot kereta dia kena tepung dari diri sendiri. Tak lama lepas tu, Paan balik. Lepas Paan balik, aku menyambung serangan. Mana tak nya, Maz still bersih lagi. Aku pon apa lagi, sanggup kejar dia, semata nak bagi balik tepung dan telur. Hameeekkkk its time to revenge.. So lepas semua orang dah kena, kami hantar Beni balik dan kemuadian balik kerumah masing2.
Siap bergembira lagi.. |
With da mastermind |
Hadiah dipeluk kejap. Macam la orang lain nak ambil. |
Bersedia menyerang lagi. |
Acik Redhooooooooo.... |
Oi kete baru basoh oi.. |
Posing bergumbira.. |
Sekali lagi posing gumbira sebelum serang Maz. |
Proses menyerang Maz bermula. |
Hadiah Bezday. Tq so much Dek. I'm Lovin' it. |
Overall bezday diz year memang best selepas Bezday tahun 2006 [juga dicekodokkan]. Tahun ni sekali lagi aku dicekodokkan. Korang semua memang boleh jadi pelakon terbaik la Ain, Maz, Beni dan pelakon yang boleh menang award Ahmad Farhan. Memang terror giler la sampai aku boleh tak perasan perancangan diorang. Ahmad Farhan ni pon rupanya memang dah get ready dari hari2 sebelum tu lagi nak mengenakan aku. Dan yang paling tak boleh bla, buat pertama kali dalam hidup, pilih hadiah hari jadi untuk diri sendiri. Tak penah aku buat. Thanks a lot adik2 ku..
Thaks a lot kepada semua. Kepada kawan2 yang memberi ucapan dan doa di FB mahupun g+ atau dimana saja, terima kasih, Semoga doa kalian untuk aku akan dimakbulkan Allah.
Kepada Zura yang gegeh telifon aku nak berstory mori, thanks a lot. Ko memang setia je nak dengar cerita aku kan, walaupon dah jauh.
Senang kata terima kasih kepada semua yang bersama2 aku sepanjang 26 tahun aku didunia ni. Korang semua memang the best person I've ever met. Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan orang macam kamu semua. Terima Kasih.
No comments :
Post a Comment