Friday, December 30, 2011

~:: Doodle lagi?? ::~

Assalammualaikum ols.

Doodle lagi? Hurmm inilah aku, kalau dah mula suka satu benda, aku akan cari dan cube sampai aku puas hati.

Semalam aku dah tunjuk doodle pertama yang aku buat kan? Memang aku tau, buruk beno ghopenye. Nasib baik la ade juga rupa muka orang. So arini, i'm presenting, doodle yang lebih sempurna dari semalam. Setelah menuntut ilmu di blog nurdani, peminat excel nombor satu negara katanya. Memang best. Dia ajar step by step yang senang untuk difahami. Thanks a lot. Sekarang dah mula nak explore doodle plak...

Amacam??
Sila jangan bezakan dengan yang pertama ya. Sebab yang pertama tu dibuat tanpa tok guru. Hehehehehe..











Nota kaki cantik: Excited nk try untuk wat blog header plk satu hari nanti...

Thursday, December 29, 2011

~:: Doodle?? ::~

Assalammualaikum..

Tora datang lagi. Eh salah la.. Eiyla datang lagi. Ape doodle aku merepek ni? Masa aku BW aku terjumpa satu blog yang melukis doodle menggunakan Excel saja. So aku pon menggedik la nak cube gak. Hurm pusing sana, pusing sini, ini je yang berjaya aku buat untuk pertama kalinya... Jadi la. Ade gak la ghope. Dari tak ada langsung kan? Nak sedapkan hati sendiri je ayat ni..

hahaha klako beno ghopenye...

~:: Cinta Jodoh Dan Perkahwinan? ::~

Assalammualaikum ols.

Ada apa dengan cinta jodoh dan perkahwinan ni? Oh ekceli aku baru lepas menyelak kembali buku yang dibeli beberapa tahun lepas ni. Before aku cerita pasal buku ni, meh aku cerita dulu macam mana aku boleh terbeli buku ni. Aku tertarik nak beli buku ni sebab aku terbaca salah satu artikel penulis ni Eddie Rosyadie Mohd Samsury dalam majalah mingguan wanita. Cara olahan dia sangat menarik. So aku decide untuk cari buku ni.


Gambar adalah curian dari pokcik gugel..
Setelah membelek isi kandungan ni, ada beberapa topik yang aku amat suka didalamnya. Dan, salah satu darinya adalah "jangkaan tahun kahwin".. Sebelum dapat menjangka tahun perkahwinan ni, kita kena kira dulu tarikh lahir kita seperti contoh di bawah.


Selepas dah dapat jadual seperti diatas, untuk mendapatkan tahunnya perlu mengikuti step di bawah.


Jika kiraan dibuat adalah untuk lelaki, rujuk nombor yang bertanda "B" sahaja.

Jika kiraan dibuat adalah untuk wanita, ada 3 pilihan tahun. Cara kiraannya adalah,

1. A+B = ?
2. B+C = ?
3. A+C = ?

Bagi contoh diatas dimana kiraan adalah untuk diri aku sendiri, adalah seperti ini:
1. 7+7 = 14 - 1+4 = 5 (2012)
2. 7+4 = 11 - 1+1 = 2 (2009)
3. 7+4 = 11 - 1+1 = 2 (2009)

Ini bermakna jangkaan kahwin pada tahun 2009 telah berlalu, jadi aku perlu menantikan untuk tahun 2012. Macam mana nak tau digit dan tahun tu? Nanti jap aku salin dari buku ni ye.

Tahun  Digit
2008 = 1
2009 = 2
2010 = 3
2011 = 4
2012 = 5
2013 = 6
2014 = 7
2015 = 8
2016 = 9
2017 = 1 (setelah habis sehingga 9, tahun seterusnya hendaklah dimulakan dengan 1-9 semula)

Amacam?? Ade paham tak macam mana nak main kira-kira ni? Hopefully paham la ye. Kalau tak paham gak, sila la beli buku "Cinta Jodoh Dan Perkahwinan" ini. Sangat menarik..


Nota kaki : untuk kawan-kawan terdekat, ada yang aku dah tolong kira kan..
Nota Bulu Kaki : Sesapa yang dah kahwin tu, jangan pulak korang buat pengiraan untuk kahwin kali kedua. Naya nanti..

Tuesday, December 27, 2011

~:: Broken Hearted? Nop its broken friendship actually::~

Assalammualaikum.

Amaran! Ini hanyalah luahan hati penulis. Jika ada yang terasa hati, lantak anda la. Siapa suruh baca?


Tajuk je cakap omputih. Dalam malas la nak cakap omputih sebenarnya tak master lagi cakap omputih ngaku jelah..   Kenapa aku nak cerita pasa broken friendship ni?


Sebenarnya aku semakin kecewa dengan hubungan persahabatan kami sekarang ni. Kenapa baru sekarang nak kecewa? Jujurnya aku sangat sayangkan persahabatan kami selama ni. Tapi semakin lama ianyan semakin hambar. Kalau dulu, kami selalu keluar minum sama-sama, karaoke, beraktiviti hujung minggu sama-sama, tapi sekarang semuanya dah lain.

Apa yang menjadikan hubungan tu lain? Bagi aku segalanya jadi lain bila semua dah mula berkira dengan setiap apa yang dilakukan. Kalau dulu, pergi minum, pergi karaoke, pergi mana je bersama-sama. Dan seperti biasa aku selaku driver sebab masa tu aku sorang je yang ada kereta pun. Tapi diorang pun membantu juga sebab masing-masing hulur duit minyak. Tapi bukan itu yang aku nak sampaikan. Apa yang aku nak sampaikan ialah, kenapa sekarang bila aku dah tak willing untuk jadi driver pada semua orang, tiada pun yang bergilir-gilir mahu gantikan aku? Kenapa? Sedangkan konsepnya masih sama, masih bagi duit minyak cuma bertukar kereta sebab masing-masing dah ada kereta sendiri.

Ok ni adalah masalah pertama. Masalah kedua yang aku rasa telah merosakkan hubungan persahabatan kami adalah perangai. Dulu mungkin masing-masing belum menunjukkan true colors. Tapi rasanya puncanya bukan datang dari semua orang. Tapi tak perlu lah aku mention disini. Cukuplah sekadar mendoakan agar tuan punya badan tu akan sedar satu hari nanti. Apa perangainya yang aku rasa teruk sangat sampai aku boleh cakap ianya merosakkan hubungan persahabatan kami? Mula-mula dulu kami anggap segala apa yang dilakukan atau diperkatakan dengan berlagak hanyalah gurauan atau sekadar cakap kosong. Tapi lama kelamaan masih berperangai sama. Dengan lagak yang tak boleh lagi diterima, aku mula merasakan aku bosan. Dan semakin lama persahabatan itu semakin renggang dan tidak lagi ada gelak ketawa yang dulunya sangat menceriakan department kami.

Hurrmmmm.. Entahlah. Aku dapat rasakan semakin lama kami semakin jauh. Dan aku yakin akhirnya nanti tiada lagi kemeriahan, gelak tawa dan kegembiraan dalam hubungan persahabatan ini. Tapi jika aku juga adalah salah satu sebab hubungan itu semakin hambar, aku minta maaf. Tapi aku sedia menerima teguran dan mengubah diri aku jika itu yang terbaik untuk semua.

~:: MUCH Bowling Tournament (with student) ::~

Assalammualaikum diri sendiri dan sesapa saja yang baca belog neh.

Sudah sampailah masanya aku mengupdate belog ini dengan cerita boling yang da basi itu. Kenapa da basi baru nak update? Suka hati aku la. Belog aku kan? Wakakaka.. Haish ayat yang sangat tak baik ye kawan-kawan. Please dont try at home. At office ok... Stoooopppp.. Hentikan repekkan seterusnya yang sedang dirangka dalam minda kamu ye eiyla..

Ok mari cerita pasal boling. Sebab itu adalah cerita utama saya pada hari ini. Pada 17 Disember 2011 satu tournament boling telah diadakan antara staff MUCH dan student-student yang dianjurkan oleh Student Affair Department.


Pada pagi tersebut dengan semangat waja kami telah bertolak ke Bukit Jalil Golf and Country Resort.
Pagi yang tak berapa pagi sangat la pon. Sampai je kat sana, setelah menunggu hampir sejam, barulah kami dikehendaki mendaftar dan kami akan bermain untuk sesi pertama.


Waktu baru sampai.

Bajet cool angkat dumbell tak sampai seploh kilo tu?

Aku pun tak tau ape motip gambar ni.

Self shot dari Zura & Ati..

Dah macam sesi luahan perasaan. Padehal takde pape pon.

Siap ada pendengar setia dan pengutuk.

Gambar yang dicapture Harith secara terpaksa.

sebelum permainan bermula, kami sempat la masuk ke gym dan kemudiannya dihalau keluar. Lepas tu menyambung minum pula dekat kedai mamak kels diluar tu. Kami tak minum pun. Sebab kebetulan memang ada air sendiri. So masa sesi minum bersama-sama sesapa ntah Sebab orang-orang department lain pon join table tu, ade la sedikit sesi buli mebuli aliff dan sesi bergambar.

Setelah agak lama menunggu, barulah nama kumpulan kami dipanggil untuk bersedia di lane masing-masing.



Inilah perangai terejal memasing. Orang suruh get ready, kami sibuk berposing.


Setelah selesai berposing, permainan pun dimulakan. Malas nak cerita pasal game pada hari tersebut. Aku main dengan sangat hampeh dan tak enjoy langsung. So such a bored game for me. Tapi tak bermakna aku harus rosakkan mood orang lain. So aku menang sorak dan bergambar jela pada hari tu. Main memang aku tak nak cakap. Overall ok. Kami menang "Most Creative Group".. Dari segi apa kekreatifan tersebut, mungkin dari segi alatan yang kami bawa untuk memeriahkan suasana. Selain dari tu mungkin baju yang kami pakai pada hari tu seragam dan sama. Lain-lain aku tak tau. Ni aku sambung letak sikit lagi gambar pada hari tersebut. Enjooooyyyyy....

Gambar yang cantik ni dicapture oleh Ati.

Ni namanya takde keje cari keje..

Bos yang kununnye keciwa dengan pencapaian aku.

Muka kuciwa yang amat sangat.

Da datang meroyan mokcik ni.

Aku pong nak join sekali.. ahaks..

Gambar team cam best jew!

Gambar dengan incek Amin. Suke je nk tolak aku.

Thursday, December 22, 2011

~:: Bermandi manda sambil membakar berbakar di Sungai Congkak ::~

Assalammualaikum..

Sekali lagi aku muncul untuk hari ni. Biasalah hari yang busan. Walaupon melambak-lambak lagi kerja nak disiapkan, bila datang mood malas ini, kerja2 tersebut perlu bersabar. Erk motip kerja yang perlu sabar? Hurrmmm.. Apa-apa jelah. Yang penting aku da stop wat kerja untuk hari ni.

Ok habis cerita pasal aku yang tak habis-habis ni.
Sebenarnya ini adalah entri sebelum entri Putrajaya ni.. Tapi disebabkan oleh kesengalan terlampau dan aku pun tak perasan waktu sebnar event-event ni, so aku bo jela posting hokai.

Hari Sabtu 10-12-11 kami telah meredah untuk mandi manda di Sungai Congkak. Kebetulan pula air paip tengah tak ade kat rumah. So kami ni dengan tak rancang ape, main redah je pergi. Tak sangka pula kakak Ain nak follow sekali. Plan yang pada mulanya main redah tanpa ada apa-apa makanan bertukar menjadi BBQ di Sungai Congkak.

Memang terbaik kan? Ha sebenarnya kami ni kalau nak buat sesuatu memang tak boleh merancang dari awal. Entah kenapa aku memang sejak dari dulu, segala yang dirancang dari awal pasti takkan jadi pada akhirnya. So disebabkan oleh benda ni memang dah selalu sangat jadi, kami jarang sekali planning untuk apa saja kegiatan kami. Termasuklah mandi sungai ni.

So moral of the story tak payah nak merancang beria-ia kalau akhirnya belum tentu jadi. Bidan terjun je. Insyaallah kalau ada rezeki kita nak buat benda tu, akan jadilah ia.

Sekarang enjoy few of random pic I've taken there. ade yang bukan aku amik pon.

Nasi lemak yang dimasak oleh Cik Ani. Memang terbaek..

Ain & Qistina (like auntie like niece)

Sedikit pemandangan sungai dari atas.

Qistina again. Pose macam Mak Lang die dah.

Dari kiri: Maz, Qistina, Wafi & Syasya..

Abang Qistina (Haikal)

Yummy sungguh ayam yang diperap oleh Kak Aishah ni..

2 Chef terhebat Kak Aishah & Cik Ani (Ain Mom's)

Syasya (Anak Cik Jiah jiran Ain)

Gigih aku dengan Maz pula masak ayam..

Ni boleh qualified sebagai Junior Masterchef Malaysia ni.

Nak jugak! Lalalala~~

Ni pong nak jugak~~

Aku dengan Maz...

Sila jangan teka ni kaki siapa k.

~:: Bajet cun di Putrajaya :~

Assalammualaikum kengkawan, sahabat handai, dan segala umat manusia yg sudi menengok belog ini..
Harini punye cerita, tengok tajuk pong da buleh bajet apakah ceritanya bukan? Hahahaah haruslah cerita bajet cun aku dan rakan-rakan.

Kali ni adalah kisah bajet cun aku, ain, adik ain (maz) dan boifie dia (zam) ape da nama main terbalik-terbalik je?

Kisah bajet cun yang sebelum ni yang mana satu? La takkan tak ingat? Ha aku memang selalu bajet cun? Hampeh pada sesapa yang cakap camtu. Tapiiii setelah diselak-selak, bukan selak kain hokai.. Meme agak banyak la posting bajet cun. Antaranya adalah ini dan ini.

So yang harini punye posting tak ada beza pon dengan posting bajet cun yang lain. Cuma orang je yang lain kecuali aku la kan. Aku meme always on camera.. Wakakakaka jangan cakap apa-apa hokai..

Pada hari tu berbekalkan SLR Canon D1000 dan Sony Digicam W530 kami berposing. Agak penat la tour Taman Botani Putrajaya selama 2 jam. Dan subjek pada hari tersebut adalah couple Maz & Zam. Memang gambar mereka sangat banyak. Dengan perangai Zam yang sporting, mmg best. Tapi Maz pulak malu-malu so bila gambar diorang berdua, jadi tak berapa happening. Tapi bila Zam bergambar ngan kami, dia jadi sporting dan buat aku gelak je. Memang lawak la budak ni.

Tapi aku malas nak upload gambar diorang banyak-banyak dalam ni. So aku just pick randomly la ye. Sila la mencoci mata dengan gambar-gambar bajet cun ini..


Tumpang boipreng orang jela nampaknye..

Tak berapa nak jadi pose ni. Tapi boley la.

Sesi umpat mengumpat dan hentam menghentam

Couple yang menjadi mangsa kami..

Erk apakah?? Tak perlu kata apa-apa..

Like diz picca very much..


Erkk no comment..

Bajet macam ober the sea la kunun...

Da macam gambar nak wat cover album..

Ni plak posternya ok?

Ntahape-ape. Randomly pose..

Sooooooo that's all.. Banyak lagi gambar tapi aku malas nak post. Daaaaa~~~~