Thursday, April 26, 2012

~:: Kereta Oh Kereta ::~

Assalammualikum kawan2.

Hari yang bermula dengan dugaan. Pagi tadi dengan semangat waja nak pergi keje, tetibe kereta tak boleh start pulok. Hurmm cuba jugak2 dua tiga kali. Tapi tetap tak boleh. Tapi memang dah standby dan tau yang bateri kereta tu dah sampai masa untuk dirukar. Cuma bila, aku pun tak pasti. Akhirnya hari ni tamat sudah riwayatnya. Nasib aku baik sebab die tak boleh di start masa aku masih di rumah. Bayangkan kalau dia buat hal masa tengah jalan. Macam mana la agaknya keadaan aku. Huhuhu..

Disebabkan aku memang dah lambat nak pergi keje, aku biarkan dulu dia dirumah. Walaupon hati penuh kerisauan. Gaji tak masuk lagi, phone da kene bar. Padan muka aku, Sapa suruh bergayut bagai nak gila? Sampai je dekat opis aku rileks lagi. Sekali Ain pulak telefon. Memang pucuk dicita ulam mendatang la kate orang tua. Jadah aku berperibahasa pulak tetibe ni?? Dia tanya aku tak keje ke? Then aku cite la masalah aku kat dia. Then dia pon willing nak col inchek boipren beliyau. So mereka berdua telah menolong saya untuk arini. Mekasih bebanyak. Nanti iols velanja ciken chop ye kawan2.

Lepas tu, masa nak pergi bekpes dengan Ati & Bos, nampak ade sorang staff kaur duit. "Macam banyak je beb, da gaji ke?" Aku cakap dekat Ati. Pastu tangan pon laju je nak cek. Alhamdulillah. Gaji dah masok.

So now hati da gumbira. Gaji da masok. Bateri kete pon da tukar. Syukur Alhamdulillah.



Tuesday, April 24, 2012

~:: Asik2 Tukar Header ::~

Assalammualaikum semua. Muahaha hari ni aku dah tukar lagi header baru. Kuang3.. Hurm Ntah ape aje la keje aku ni dok tak habes tukar header kan? Saje ler nak meletakkan hasil kerja mengong aku yang ntah hape2 tu. Meh kite tepek sket gmbr header aku tu..


Ha ni ler header nye ye kawan2. Ekceli kalo korang perasan la kan, link blog aku ni adalah tucen montoxs. Kenapa tucen montoxs? Mana datangnye tucen montoxs? Nama ni satu masa dulu penah jadi nickname my bff dalam chatroom. Nama ni juga diambil bersempena nama Cik Widy da cat women dari band Gerhana Ska Cinta.



Disebabkan kami memang super duper minat dengan GSC ni, maka die menggunakan kucing montoks sebagai nickname die bagi menggantikan cat women. Dan oleh kerana sekarang dia tak lagi menggunakan nama tersebut, sebab zaman2 chatting ni da lama ditinggalkan, maka aku mengambil nama tersebut sebagai link blog aku ni.

Dan semestinya la korang boleh nampak kan? Header blog aku yang baru ni ade Cik Tucen. Tapi x berapa nak montoxs ler.. Muahahaha...

Ok daaaa tu jela repekkan kali ni..


Wednesday, April 18, 2012

~:: DoodLe NooDLe PArt KebEraPa EntAh ::~


Di bawah ni adalah hasil doodle yang aku dah buat. Aku belum sampai tahap sifu2 doodle lg la kan. Tp saje suka nak wat doodle ni.
Selain mengenjoykan diri buat doodle, aku post kat sini untuk share. Kepada sesapa yang nak amik tu,boleh ler. Tapi sila jangan mengaku anda yang buat ye. Hargailah hasil usaha saya dengan memberi tidak memadam copyright pada gambar2 ni. Perasan ade orang nak amik. Hahahaha


Hug is a great gift.

Starbee request by cute mummy Zarifah..

Saja je buat time tunggu nak balik semalam.

Saje2 buat juga..

Incek Bos saya. Walaupon die kate x sama..

Request by Cik Mun.

Request By Deeyana..

Who gonna take care of Me?? huaaaarrggghhhhh...

Request by Halimah..

Him?? Totally Not same..

Me also not same.. I'm bigger than diz..

My Kuma2 Family..

~:: Gifts ::~

Peneman tidur disaat ini.. I love u both..


Thank u SooOOOoOo much to my dearie bestie and also "him" who r giving me these gifts. Hahaha almaklumlah bukan selalu orang bagi aku hadiah. Ayat mintak simpati yang sangat tak boleh bla..  Lalalalalalala...


Tuesday, April 10, 2012

~:: LovE tHe OnE tHat LovE U ::~

Assalammualaikum.

Si pemalas tetibe je nk update blog arini. Seperti quotes kat tajuk tu, kadang-kadang aku terfikir, mungkin betul orang kata, cintailah orang yang mencintai kita bukan org yang kita cintai. Kenapa aku cakap mungkin betul? Secara logik akal, kalau seseorang itu mencintai kita, dia akan betul-betul ikhlas sayang dan cintakan kita. Dia juga akan jaga hati kita sebaik mungkin. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah belajar untuk membalas cintanya.

Berlainan pula dengan orang yang kita cinta. Bila kita mencintai seseorang, kita sendiri akan memberi sepenuh hati pada dia. Jaga hati dia dan seboleh-bolehnya nak jadi yang terbaik buat diri dia. Tapi oleh kerana kita terlalu mencintai orang tu, tak mustahil dia langsung tidak menghargai kita. Kenapa? Kerana dia tahu kita amat mencintai dia dan tiada orang lain dalam hati kita. So dia akan sesuka hati mempermainkan perasaan kita sebab dia tahu kita akan terus setia.

So mulai dari sekarang, belajarlah untuk mencintai dan menyayangi org yang betul-betul mencintai kita.