Ari sabtu lepas, aku Hanis dengan sorang kawan Hanis yang namanya juga Hanis,
Masa U-Turn tu, terperasan ada signboard Kenanga Wholesale City. Aku selama ni tertanya-tanya mana tempat ni, akhirnya harini dapat jugak ketempat ni.
Kenanga Wholesale City Mall Pinjam Gambar Disini. |
Tapiiiii ada banyak pengalaman yang tak berapa best. Masuk ke bangunan ni, parkingnya memang la percuma sangat best disitu. Apa yang tak bestnya, parking bermula di tingkat 8. Ya tingkat 8 ye kawan2.. Lepas tu, ditambah pula lagi dengan sesuatu yang tak best, naik sampai ke tingkat 13 baru ada parking kosong. Ko mampoo nak cari parking je bawa kereta naik 13 tingkat? Lenguh pinggang aku yang bawak kete manual ni tau. Da penat membebel dalam keta bila tak jumpa2 parking, kat tingkat 13 parking banyak kosong. So boleh la pilih parking yang paling dekat sekali dengan lift. Ok habis cerita pasal parking.
Masuk dalam kawasan lift, ada 3 lift disitu, tapi yang berfungsi hanya 1.. Ya hanya satu ye
Lepas dah setel solat barulah melihat directory, kemana kami nak pergi. Segala berkenaan shopping bermula ditingkat 6 kalau tak salah aku. Kami pun turun ditingkat 6 setelah menyesakkan dada di dalam lift yang super duper penuh.
Kemudian kami mula berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Setiap kedai itu mampoo membuat kami gila melihat barangan yang dijual. Tapiiiiiii telah kukatakan ini wholesale city. Jadi kau mesti beli borong. Minimum 6 barang utnuk mendapatkan harga yang murah. Kalau nak beli 1, adalah lebih baik korang pergi je kat Jalan TAR sebab kat sana lebih murah dari tempat ni. Contohnya, handbag cikai2 yang selalu jual dekat Jalan TAR tu kan, kat sini satu handbag mencecah RM30++ sedangkan dekat Jalan TAR RM20 kebawah kau dah boleh dapat 1 handbag cikai tu.
Daaaannn apa yang tak best lagi adalah, kebanyakkan kedai menawarkan barangan yang sama. Dan cara penjualan juga sama. Sooooo kalau la korang ada perasaan nak beli untuk diri sendiri, sila kumpul kawan2 yang juga mahukan barangan tersebut. So barulah korang boleh dapat harga yang sangat murah.
Lepas dah penat berjalan sampai masa untuk kami mengisi perot yang dah nyanyi Keroncong Untuk Ana.. Kami masuk ke sebuah restoran bernama Sajian Enak di tingkat 3. Aku order ayam penyet
Ini Gmbar Restoran Itu.. Pinjam Gambar Dari Sini. |
Sooooooooo ni adalah pengalaman aku ke tempat ni. Apa pun aku harap pihak management boleh memperbaiki servis yang ditawarkan seperti lift ni. Buka la semua yang ada sebab yang datang kesini bukan sikit2 orang. Ramai giler. Kalau dah 1 je lift yang dibuka, bertahun menunggu lift jela maknanya..
5 comments :
rugi2 makan tak sedap...hohoho
tula pasal. rase rugi sangat fiza oi.. da la mkn x sedap, air suam pon harga singgit.. memang 1st n last r..
air suam singgiT? kalau aku rasa nak simbah ke kat muke dia..lepas tu baru baya singgit..haiisshhh..
air suam singgiT? kalau aku rasa nak simbah ke kat muke dia..lepas tu baru baya singgit..haiisshhh..
Tu r psl. Msalahnye da byr n dpt resit bru psan. "plain water RM1.00 mmg xkn pg lg r kdai tu...
Post a Comment