Tuesday, June 26, 2012

~:: M.E.L.A.K.A (16 & 17 - 6 - 2012) ::~

Assalammualaikum.

Akhirnya dapat gak aku cilok sikit masa nak update pasal percutian kami sekali lagi ke Melaka baru2 ni. Yeeee kami pergi Melaka sekali lagi.. Tapi kali ni kami pergi dengan lebih selesa sebab kami stay kat sana satu malam.

Ok mari kita mulakan cerita our journey to Melaka. Pagi 16 haribulan sebelum bertolak ke Melaka, aku Ati dan Kak Salina singgah ke Nasi Lemak Tong Gas terlebih dulu. Aku rasa reader blog aku ni memang dah tau kat mana kedai yang dimaksudkan. So tak perlu la aku nak explain kan? Lagipun korang2 je yang baca blog aku ni. Dengan keadaan muka Kak Salina yang tak berapa nak senyum sebab kami datang lambat untuk ambil dia dari rumah, kami buat dang dan pergi makan.

Dalam waktu makan tu, masing2 sibuk col Harith & Fikri. Risau Harith tak bangun sebab dia tengok bola pada malam sebelum tu, Fikri pula dari KL takut dia lambat. Tapi seperti kata Paan, "Fik tu menepati janji oi. Kalau kata pukul 9.00, pukul 9.00 la dia sampai". Memang betul seperti jangkaan Paan. Fik sudah sampai dan menunggu di Mahkota Cheras. Malangnya kami yang melantak ni, tak setel lagi. So makan laju2 dan terus bergerak ke Mahkota Cheras. Harith pula suruh kami jalan dulu dan tunggu di Mahkota Cheras juga. So sampai di Mahkota Cheras, ambil Fik, hantar motor dia kerumah Amin, pergi isi minyak dan tunggu Harith. Tiba2 Fik keluar statement yang amat menggembirakan aku. Apakah?? "Ila bagi aku bawak kete ko la, ko pergi naik dengan Harith." Erkk motip halau aku? Walaupon hepi sebenarnya sebab tak payah ler aku nak drive ke Melaka kan? Hahahaha.. Bila Harith sampai masing2 dah berebut pulak nak naik kereta Harith. So the final decision is, Aku bersama Fik dan Kak Salina dan Ati bersama Harith.


Kereta Harith

Mereka didalam itu..
Gambar kontroversi yg wat Kak Salina mengamuk. Hehehe..

So kami pun memulakan perjalanan pada jam 11.11 pagi. Masa dalam perjalanan dok sibuk membebel apetah, kami terlepas simpang untuk masuk Highway ke Melaka. Kami akhirnya berpusing dan berpusing dan berpusing hingga menjumpai jalan yang benar.

Sampai sudah..

Setelah tak ingat berapa jam perjalanan tapi tak la lama mana pun. Rasanya dalam 12.30 tengahri kami sudah sampai di Petronas Ayer Keroh kalau tak silap aku lah. Menunggu Ahmad Farhan datang menjemput kami. Namun buat kata Fik janji melayu, hampir sejam jugak kami menunggu si Paan ni. Sebab dia hantar keretanya ke bengkel pagi itu. Sambil tunggu tu sempat la jugak berposing mempromot Petronas. Agak2 boleh dapat royalti tak?

Harith senyum lepas kuar duit. Ahaha

Fik pose ala korean.. Eaaa eaaahh..

Kak Salina pose ala2 red carpet..

Ati pose kebengangan menunggu Paan.


Erkkk apakah????
 Setelah Paan sampai, satu lagi drama terjadi. Haha sebab tulah aku bagitau, gambar aku dengan Fik kat atas tu gambar kontroversi. Disebabkan gambar tu, Kak Salina terus meluru naik kereta Paan tak bagi aku naik. Sebab aku merampas bf kekunun dia (Fik) so now dia nak rampas bf kekunun aku (Paan) plak. Hahaha ye kami memang macam kanak2..

Kami kemudiannya memulakan perjalanan meng"explore" Melaka. Mula-mula kami dibawa oleh Paan untuk merasa "cool blog istimewa punya", coconut shake ekceli tapi demi untuk menganjing Paan yang tersalah sebut aritu, aku tulis "cool blog istimewa punya" . Ahahahaha Paan jangan marah aku. Bagi aku, coconut shake ni sedap sikit dari coconut shake yang kami makan di Klebang sebelum ni. Tapi dua2 tetap memuskan hati. Di hari yang super duper panas, dapat coconut shake memang sangat layan. Fik yang tak pernah rasa pon suka dengan coconut shake tu.

Inilah coconut shake yang shedap itu..

Sedeh saya adalah jurukameranya..

Nikmat sungguh..

Kak Salina & Paan time menunggu coconut shake kami..

Erkk bile masa hadek ikang aku ni ade kat belakang?

Ati ngan Fik selepas puas menikmati coconut shake..

Selepas kami menikmati coconut shake, kami semua decide untuk mencari homestay yang telah kami tempah untuk berehat dan solat zohor. Kami yang perempuan sume ni stay di sini yang diuruskan oleh Encik Rody. Encik Rody ni sangat percayakan kami, sampaikan muka dia pon kami tak tengok. Kenapa? Sebab sewaktu kami sampai, kunci rumah sudah diletakkan di dalam peti surat. Dan sewaktu kami balik, duit hanya perlu ditinggalkan di atas televisyen. Terima kasih pada Encik Rody kerana mempercayai kami.

Manakala lelaki pula, hanya Fik yang akan stay bersama kerana Harith akan balik selepas sahaja makan ikan bakar. So Fik akan mengikut Paan kerumah beliyau. Sebaik sampai di homestay ini, kami berehat2 sambil membuat apa yang patut la kan.

Gambar homestaynya tak ada, gambar aku dalam homestay yang ada.
Lepas berehat2 masing sudah bertenaga semula, selepas Fik & Paan bangun dari tido, kami meneruskan aktiviti. Dan seperti yang telah dirancang didalam tentative percutian ini, kami akan berkaraoke petang ini.

Paan feeling, perhatikan muka Fik..

Terbukti ada saka dalam badan Harith..

Gambar rare ni.. korg mampoo tgk Harith muka camtu?
 Part paling best adalah bila Kak Salina menujukan lagu Siapalah Aku dari Amy Mastura untuk Fik. Perghh memang layan wa cakap lu. Kalau tak caya cuba tengok gambar dekat bawah ni. Ahahahaha unexpected reaction dari Fik.. Terharu lettew.. Saje menukar fakta sebenarnya aku ni..


Siapalah aku?? Wat daaa...


2 Jejaka's
Kemudian sekali lagi sejarah tercipta apabila Paan, Fik & Harith dengan yakin boleh menyanyikan lagu Sumaiyah. Hahaha lagu yang amat menyentuh kalbu gitu.. 

Paan feeling lebey lagu Sumaiyah..


Guru Vokal Nasyid yang bertanggungjawab..

Fik nyanyi sambil tido.. korang mampoo???
Setelah puas berkaraoke selama 3 jam. Seperti biasa la kan. Kalau dah namanya Harith, tak 3 jam mana sah.. Kami pun bergerak menuju ke Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Masing2 perut pun dah lapar ditambah pula aku yang memang tak makan lunch on dat day, masing2 sangat excited untuk makan.

Air asam untuk ikan bakar..


Kangkung belacan..


Sotong goreng tepung yang super duper terbaek..

Ok aku failed dgn nama benda ni. Kupang ke kepah? Aku sebut KUPAH.. :)

Udang butter garlic yang memebuat aku kecur liur..


Ikan Siakap Bakar..
Dan satu hidangan Siakap 3 rasa.. (xde gambar)

Ati setelah kekenyangan..

Harith juga pose kekenyangan khas buat Incek Bos..
Yeeeee kami makan dengan sangat kenyang sehinggakan masing2 tak mampu untuk duduk lama. Almaklumlah seluar otomatik jadi ketat.. Hehehe.. So setelah rasa mampoo untuk berjalan, kami bersama2 bergerak ke kaunter. Dan total untuk hidangan malam itu termasuk Air Tembikai 3 jug beserta 2 pinggan tahu bakar adalah RM 250 dibahagi kepada 8 orang makan. Oh terlupa nak mention tadi, Farhana dan adiknya turut datang menyertai kami pada malam itu..

Cerita tidak habis disini ye kawan2. Lepas da setel makan dan hantar Harith ke tepi highway, kami menuju ke dataran pahlawan pula.Seperti pergi sebelum ini, tiada apa yang boleh dibeli disana. So juz jalan2. Setelah selesai, kami pada asalnya berangan untuk melepak di tepi pantai pada malam tersebut. Tp disebabkan oleh perkara yang tak dapat dielakkan, kami decide untuk balik sahaja ke homestay dan merehatkan diri.. Aku dengan Ati memang dah tak mampoo nak handle mata. Bayangkan saja time tu jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. So aku dengan Ati tidur dengan lenanya. Kak Salina pada asalnya nak menghadap bola akhirnya tewas dan masok kebilik untuk tidur.

Pagi itu seperti yang dirancang, kami menuju ke Muar Johor. Asalnya kami ingin bersarapan, tapi akhirnya ia menjadi "brunch" kerana kelambatan.. Pape pon tetap enjoy. Korang mampoo nak bercuti Melaka tapi sampai ke Muar Johor bagai?? Ini semua adalah plan Paan dan kami enjoy follow plan dia.


The Real Mee Bandung Muar..

Asam Pedas Muar...

IamLuLu eh salah. I am da camera women..


Gigih nak gambar bersama. Terpaksa set timer..

Sekali lagi set timer..
Lepas makan di Muar kami kembali ke Melaka. Kami ingin bermandi manda di Pengkalan Balak. Tapi sampai disana, facility agak tak best. Tapi bak kata orang dah alang2 sampai biarlah merasa. Aku, Kak Salina dan Fik bermandi manda dilaut itu. Tapi sekejap cuma sekadar feeling2 laut. Selesai kami mandi, bertukar baju, kami pun mengambil keputusan untuk bergerak pulang semula ke Cheras.

Overall percutian ini amat memuaskan. Walaupon ada yang kurag sedikit disana sini, ia tetap menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Apa2 pun a biggest thanks to Ahmad Farhan sebagai tuan rumah yang membawa kami kesana kemari, Fikri yang menjadi drebar sepenuh masa aku, Kak Salina, Atiqah, Harith yang sudi merealisasikan percutian ini. Kuang3 aku enjoy giler dan seronok giler.. Nanti kita semua akan plan untuk next holidays ye kawan2. Yang penting holidays yang bajet je... Tak mampoo nak berholidays mahal2..




p/s : Merajuk tak nak tumpang kereta Paan lagi sebab masa aku tumpang, kereta dia seret.. T_________T'

No comments :