AMARAN!! ENTRI INI ADA POSSIBILITY BUAT ANDA MUNTAH. SILA JANGAN MUNTAH DISINI YE!! ~peace~
Baca amaran dekat atas tu pon dah rasa nak muntah kan? Sila jangan ye wahai kawan2 saya yang budiman. Kalo nak jugak pergi toilet jangan muntah kat sini ea. Hehehe... Ape benda merepek muntah2 ni? Kalau dah masuk ke wilayah repekkan cik lulu boolat ni memang merepek jela kejenye. Jom kita tengok apakah entri yang bisa membuat kamu muntah ini.. Jeng3...
Ini adalah gambar dimana zaman itu belum ada gadis2 shawlista. Yang ada hanyalah gadis bertudung dan tidak bertudung. So aku adalah dalam golongan gadis bertudung. Dan tudung pada zaman itu hanyalah tudung bawal dan tudung seperti dibawah ini. Jika ada pun selendang, ianya tidaklah sesuai pada mereka yang benar2 bertudung. Sebab by that time orang pakai selendang style selimpang je. Takde contoh gambar sebab aku tak penah pakai macam tu rasanya..
Kemudian bila zaman dah semakin maju, muncul pelbagai jenis tudung yang memudahkan dan menyelesakan wanita apabila menggunakannya. Ianya adalah tudung sarung seperti dibawah ini. Ia dipanggil tudung syria.
Kemudian wanita mempelbagaikan pemakaian dengan memakai inner syria tadi, bersama selendang.
Kemudia inner itu pula di reka untuk menjadikan ianya lebih cantik.
Tapi sebenarnye sebelum tudung Syria tadi digayakan, tudung awning ini terlebih dahulu digayakan oleh para wanita. Tudung ini amat digemari kerana ianya boleh dipakai dengan mudah, dan cepat.
Tidak lama selepas itu muncullah revolusi Hana Tajima. Siapa Hana Tajima? Sila google sendiri. Huahuahua.. Fesyen tudung yang digayakan menarik ramai wanita mengubah penampilan. Walaupun pemakaian selendang ala Hana Tajima ini dikatakan messy style atau merimaskan, ia tetap diminati ramai.
Daaaaaaannnnnn yang paling baru ialah tudung bawal digayakan semula namun dengan gaya yang lebih baru dan nampak lebih bergaya.
At opis counter (Bawal Tone New Style) |
Tapi tapi tapi sebenarnya kawan2 tujuan aku menulis entri ini bukanlah nak menceritakan mengenai jenis2 tudung walaupun aku dah cerita dah pun. Tujuan sebenar entri ini adalah, untuk meluahkan perasaan. Hahahahaha.. Suka pulak.. Aku memang seorang yang suka mencuba gaya2 baru. Tengok saja gambar2 diatas itu, bermacam gaya dan rupa. Tak kiralah gaya tersebut sesuai dengan muka aku yang debab ni atau tak.
Kenapa aku suka? Sebab aku suka untuk cuba nampak cantik walaupun aku tau aku tak cantik.At least aku usaha untuk nampak cantik kan?? Wakakakakak..
Yang menjadi tanda tanya, adakah ianya salah jika seseorang itu cuba bergaya dan berusaha untuk nampak cantik? Kenapa apabila seseorang seperti aku mencuba sesuatu yang baru, akan ada pandangan pelik pada mata orang sekeliling. Jika mereka tak suka dengan gaya aku, simpan sajalah dalam hati. Tak perlu memandang aku seolah2 aku bukan manusia.
Emo ea aku? Memang aku EMO Bookstore bab hal ni. Kadang2 ada juga yang terkeluar perkataan seperti, "Kau Tak Rimas Ke?" Kenapa perlu tanya macam tu ye? Secara jujurnya, kalau rimas, aku takkan buat gaya tu kan? Untuk apa menyeksa diri semata2 untuk nampak cantik? So maknanya aku tak rimas la.
So kepada sesiapa yang diluar sana, tak salah kalau kamu tak mahu bergaya dan kekal dengan gaya yang kamu selesa untuk diri sendiri. Tapi rasanya tak perlu untuk memandang sinis pada orang yang cuba untuk bergaya. Mungkin orang yang cuba bergaya ni confident level dia tinggi sikit. Macam aku ler. Kekadanag over confident .. Sebab tu dia berani menggayakan sesuatu tanpa memikirkan sama ada ianya sesuai untuk dirinya atau tidak. Macam aku jugak. Main pakai asal boleh... Jika kamu merasakan sakit mata melihat, janganlah dilihat. Lari sejauh mungkin jika bertemu dengan orang seperti ini.. Yela kata sakit mata tengok kan? Lari la.. Tak perlu la nak perli atau tanya soalan2 tak munasabah atau munasarawak. So let them with their style. ~peace~
Nota kaki pendek : Aku da banyak kali sangat menerima pandangan sinis. Aku benci mereka..
No comments :
Post a Comment