Thursday, June 7, 2012

~:: Sesuatu Untuk Seseorang Yang Bergelar Sahabat ::~




Assalammualaikum..

Waaa tetibe terfeeling pulak nak cerita pasal kawan ni. Hehe ekceli feeling ni bermula masa tengok memberku Hawa Ahad lepas. Habis tengok tetibe terasa nak men"doodle" then da siap doodle terasa nak cerita pasal kawan. Sambil cerita pasal kawan tetibe terasa nak nyanyi lagu "Padi - Sahabat Selamanya" ala tema Upin Ipin tu.. Takkan tak tau kot?? Hehehehe semua datang secara tetibe la senang cite.

Dalam kehidupan seharian kita, kita akan memerlukan seseorang atau lebih yang dipanggil sahabat atau kawan. Am I right? Ada tak manusia yang hidupnya betul2 Forever Alone sampai seorang sahabat atau kawan pun dia tak ada?

Aku tak pastilah kalau ada. Tapi rasanya tak ada. Walaupun kau baru sekali bertegur dengan orang tu, dia dah diklasifikasikan ish complicated betol ayat aku ni sebagai sahabat. Contohnya aku bagi kat sini, aku tengah bersoping sakan dekat Jalan TAR, tetibe ada sorang minah dari tempat kerja aku, tegur aku and senyum. Then kawan aku Hanis yang memang for sure tak kenal minah tadi tu, tanya pulak kat aku, "Sapa tu?" Secara automatik aku akan jawab "kawan tempat keja aku".. Nampak tak disitu, secara automatik walaupun orang tu kau tak pernah tegur atau tegur sekali je dalam hidup kau, dia dah jadi kawan kau. Sangat jarang kita cakap, "orang tu keja kat tempat aku keja".. Ada tak kita cakap macam tu? Rasanya tak kot kan? So bercakap pasal kawan ni, sesiapa pun boleh jadi kawan. Macam mana nak ada kawan? Kita yang kena cari kawan.

Aku senang tak dapat kawan? Tak jugak kot. Aku jenis yang suka observe someone's behaviour sebelum berkawan dan menjadi rapat. Sebab tu biasanya sesiapa yang tak kenal aku, first impression ialah sama ada sombong atau pendiam. Tapi yang paling selalu aku dengar adalah sombong muka aku yang comel ni sombong ke? pendiam pulak ada jugak la aku dengar. Ada juga aku dengar selepas sebulan atau lebihorang kenal aku, orang keluar statement cmni, "Eiyla ni dulu masa mula masuk, ingatkan sombong. Muka pun sombong pendiam je, bila dah kenal, suara dia je satu department boleh dengar." Ye aku akui, aku adalah seorang yang bermulut bising dan kuat membebel sebenarnya. Tapi sebelum aku kenal orang dan tengok orang tu boleh masuk kepala, aku akan diam dan menyombongkan diri. Wakakakakak pengakuan jujur gitu..

Dan aku juga ada jumpa orang yang jenis macam ni. Paling latest ialah seorang training student dekat M ni. Dia pun macam aku. Masa mula2 dia masuk dia memang pendiam. Bila orang tegur, dia senyum je. Tadi masa bercerita balik, dia pun buat pengakuan yang dia jenis observe orang dulu sebelum berkawan. Hahaha rupanya ada gak orang yang sama macam aku. Sebab sekarang ni, perangai dia da totally lain. Hari2 mengacau orang, menyakat tak habis. And now dia pon siap da jadi macam kawan rapat kiteorang dekat sini. 

Itu cerita pasal macam mana aku mula berkawan ngan orang. Bila aku tengok dak Paan tu, otomatik aku terfikir, macam ni la aku dengan orang baru kenal kan? Hahaha..

Lagi cerita pasal kawan, ni pasal kawan baik aku Hanis. Kami berdua ni dah umpama adik beradik sebenarnya. Mak dia mak aku jugak Mak aku mak dia jugak. Memang kami dah rapat sejak kecik. Apa yang dia beli aku mesti beli, apa yang aku ada, dia tak ada kami mesti kongsi bermain. Sampailah da semakin besar, sapa kawan dia adalah kawan aku. Sapa kawan aku adalah kawan dia. Tapi lama kelamaan sejak dia berpindah hubungan makin renggang sikit demi sikit. Penah dulu satu ketika aku terlupa kewujudan dia sebagai kawan aku, atas faktor seseorang. Tapi bila seseorang tu pergi, aku sedar tak ada ape yang boleh gantikan kawan dalam hidup kita. So now I've get back my dearest friend.

Selain Hanis, Ain juga adalah seorang yang rapat dengan aku. Tapi Ain ni selalunya jadi kawan bertekak. Ada je benda nak digaduhkan. Tapi bukanlah bergaduh sampai bertumbuk. Hanya bergaduh mulut dan bertelagah pendapat.

Aku jugak beruntung sebab dapat opismate yg super duper tongong macam aku gak. Dalam stress keje kadang2 boleh jugak buat lawak giler2. Tu belom campur planning giler2 yang macam2. Baik bos baik anak buah, sume sama perangai. Tapi bile bab keje, sume siyes wa cakap lu. Kekadang sampai ter'over tension dbuatnya.

Kawan2 aku juga memainkan peranan penting disaat aku dilamun chenta. Ni cerita zaman dolu2 la kan. Disaat aku jadi tongong kuasa dua sewaktu bercinta dengan ex aku. Selalunya tak kira cerita gembira dan sedih, aku banyak share dengan orang sekeliling aku. Dan pada zaman aku berchenta ni pun, ada 3 fasa. Hahaha ntah apa2 kan? Fasa pertama di zaman aku hepi ngok ngek bercinta, ni Zaman Za dan Pyan jadi pendengar cerita aku. Kemudian aku masuk ke fasa perhubungan mula menimbulkan stress dan ada bermacam2 masalah yang timbul. Masa ni Ati & Pyan juga yang jadi mangsa. Kadang2 Za. Sebab masa ni tak rapat lagi dengan Zura rasanya. Masuk fasa ketiga, Ati & Zura yang banyak menjadi mangsa mendengar luahan perasaan disaat hubungan hampir ke penghujung dan sampai di penghujung. Ati selalunya akan mendengar luahan perasaan aku dekat opis, manakala Zura pula selalu menjadi mangsa aku untuk layan pale giler yang stress sebab clash pada bila2 masa. kenapa ayat aku pada bila2 masa? Kerana tak kira siang atau malam die memang akan jadi peneman setia la..

So entry hari ni disaat aku membuang masa ni adalah ditujukan khas buat kawan2 aku tak kira kawan yang lama, kawan yang baru, kawan zaman tadika, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah, zaman kolej kalau korang ingat aku lagi la.. Dan opkos kawan2 kerja tak kira kerja sekarang atau kerja yang lama2, bagi menghargai semua kawan2 yang pernah hadir dalam hidup aku. All of my friend are the bestest friend I've ever had. Cewaaahhhhh.. So sekarang, amik lah lagu Padi ni, aku nak bagi kat korang sume.

Sahabat Selamanya

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..
Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…
Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…




p/s : Dah macam entri hari sahabat sedonia fana la plak. Ntah pape aje aku ni kan?



4 comments :

ZuRa said...

lama sgt x komen.. entry yg sgt best.. ermmm.. xtau nk komen pe sgt.. pe yg leh ckp, kawan tu ada fasa aka pasang surutnye.. xcube nk nafikan.. tp reality kot kn.. kdg2 xmampoo nk luahkn.. tp dlm ati, die mmg terbaikk.. ok aku pon join ko merepek. hahahah

lulu said...

Btol tu beb. Kdg2 kite blh jd rapat dgn seseorg tp kekadang skelip mata blh pts kwn. So pndai2 la kite nk jge 1 psahabtn tu spaya kekal slamanya..

Pu3 Bibah Cun Melecun said...

i loikeee!

lulu said...

:)