Tuesday, June 12, 2012

~:: Hang Out Together 09-06-12 ::~

Assalammualaikum gegurls.

Arini nk update pasal Gegurls Hang Out Together Day. Boley siap ada tema gitu kan? Poyo la sangat update kau ni Lulu oi...

Ok meh la masok sesi bercerita. Hari Sabtu yang lepas, aku, Ain & Hanis meroyan nak main boling. Disebabkan da moyan tahap gaban, kami pon redah la ketempat yg Mak Lily selalu pergi. Nama tempat itu adalah Plaza 63 dekat area Sungai Besi. Aku pun tak familiar tempat tu. So kami pun main redah je la. Hanis yang biasa ikut mak ni pun, tak perasan jalan. So tau tak tau, kete bergerak la jugak. Lepas tu denga konfiden Hanis cakap bangunan tu warna putih. Kami pun melilau mata cari bangunan warna putih tu. Tetibe Hanis menjerit kata dia dah nampak bangunan tu. Tapi sebenarnya salah. Bangunan warna putih tu adalah NIRVANA Memorial punya building. Kami pun teruskan perjalanan mencari bangunan putih yang dimaksudkan. Tiba2 sekali lagi dia menjerit dengan yakin dia dah nampak bangunan tu. Kami pun memandang bangunan yang dimaksudkan. Memang itulah bangunan yang kami cari. Tapiiiiiiiiiiii...

dicilok dari sini

Kat mana yang bahagian bangunan tu korang nampak warna putih? Aku konpius ni. Ke aku yang buta warna sampai tak perasan bangunan tu sebenarnya warna putih? Kami bertiga bantai gelak, sekali jalan nak masuk pula terlepas. Memang alamatnya berpusing lah balik. Kalau da dasar minah sesat & minah Uturn, ni la keje nya..

So sesudah sampai tempatnya, ia adalah satu tempat boling yang agak old skool. Tapi tapi tapi.. yang amat memuaskan hati kami adalah harga yang ditawarkan. Aku rasa ini buat pertama kalinya aku jumpa boling yang menawarkan harga RM4.80 satu game pada hari SABTU.. Ye kawan2 ianya hanya RM4.80 dan sewaan kasut pula hanya RM1.00.. Ko hader???

Setelah Hanis membuat bayaran bagi game yang kami akan main iaitu 2 game setiap seorang, Hanis ingatkan kami bayar duit ko balik ye kami pon dengan excited nak mula bermain bajet2 pro walaupon sebenarnya tak. Sambil memakai kasut kami menjeling dua pasang couple disebelah lane kami. X perlu la cite apa yang kami nampak ye buang masa la plak..



Siap je pakai kasut terus nak bergambar.. Lepas tu Ain lapar la puleks. So aku dan dia pergi ke tempat jualan berdekatan. Buat pengetahuan korang, tempat ni umpama pub je dan tiada kemudahan disekelilingnya. Yang menjadi tarikan hanyalah pusat boling yang super duper murah ini.


Mek Ain yg lapar..

Asal boleh je nak bergambar..

Mek Hanis yang super duper happy..
Lepas da ready kami semua memulakan permainan. Hanis ditempat pertama, Ain second dan aku sudah pasti yang last sekali membaling bola itu. Dan seperti biasa aku memang bukanlah seorang yang pro. So main asal boleh je sambil nak happy2..

Scorr utk first game..

Da macam terkepit aku dekat belakang Hanis..

Boal pon boley...


Ntah ape2 pose..


Motiiiippp gambar ni???


Pose sebelum balik...

Scorr last game..

Lepas dah habis main, masing2 perut pon dah mula lapar. As usual tradisi masih diterapkan dalam memilih tempat makan. Tradisi apakah?? Hahaha seperti biasa kami akan main lat tali lat tali tam plom dulu untuk decide siapa ynag perlu menentukan tempat untuk makan. Macam kanak2 sangat kami ni kan? Kami kan sentiasa muda sebb tu macam ni. Oke perasan.. Hahahaha... Setelah lat tali lat, Ain adalah insan terpilih untuk memilih tempat makan pada hari itu. Sooooooo she 1st decide to go to Sup Meletop Penara. Ya orang area Cheras pastinya tau dimana tempat ni. Dan sup nya memang super duper meletop.. But later then, she decided to eat western food. Adeh susah banget mau milih.. Akhirnya kami bersama2 decide untuk makan Dominos Pizza...

Konpius punya budaks..

Air pon beli sendiri..



Alas perot sementara menanti Pizza..

Posing lapar..

Tak paham ape motip muka Ain..

Yummyyy tengok gambar cukup buat aku lapar..

Bread Stix yang sedap..


Orang lapar disorongkan Pizza. Ngap la apelagi???


Makan dengan seleranya..
Setelah makan dengan kenyang, walaupon Ain kata dia tak kenyang, kami melangkah pulang. Kekonon nak hantar Hanis balik dulu la ni. Tapi disebabkan kami punya gosip blom habis, maklumla kami ni kan gossip girl. Muahahaha.. So dalam perjalanan balik, kami pon mnyambung. Lepas da masok dalam maktab kekonon nak pergi ke Downtown Cheras. Da jalan kaki sampai Downtown, rupanya belum bukak lagi sebab jam baru menunjukkan jam 9.00 malam. So kami pun menamatkan riwayat gosip kami, sambil melangkah pulang dengan gumbiranya. And opkos akan ada lagi hangout2 yang seterusnya.. Girls i'm veri2 hepi spend time dengan korang berdua..


p/s: Wink3 pasni apa plak plan for next HangOut ea???

No comments :