Tuesday, July 31, 2012

~:: Roti John Transexual ke Roti Jenny ::~

Assalammualaikum..

Sekali lagi tajuk merepek2 aku bagi kat posting aku. Ape benda pulak la yang transexual bagai di bulan ramadhan yang mulia ni? Ni sume kesah Roti John yang aku buat la. Hari Jumaat tu, Ati share resipi roti john dan aku yang gatal tang hari Ahad tu, kekonon nak buat la roti john jugak. Heheheh..

Lepas dah beli semua ingredients sekali, the most important ingredient xde. Apakah? Ianya adalah ROTI.. Yes aku tak jumpa Roti HotDog yang orang selalu guna untuk buat roti john tu.. Kalau dah xde roti nama die jadi john jela kan? Adeh boleh pening ini macam. Dari Lagenda Suria ke Jusco Mahkota Cheras, aku masoh tak jumpa roti itu. Dan disebabkan dah terlalu kuciwa, akhirnya aku beli jela roti bun ala2 roti burger tu. Sebenarnya nak kata roti burger pon bukan gak. So blasah jela. Janji roti john aku boleh dimasak.

Inti yang sudah ditumis. 

Digaul bersama telur

Roti yang menyebabkan ia bertukar nama kepada Roti Jenny..

Diatas kuali. 

Setelah masak... 

Tu dah habis banyak la sayur tu bagi aku..  :)

Fold kan ia.. Hahaha roti kecik dan bulat kat tengah je. 


So sekarang korang dah paham kenapa Roti John aku jadi Roti Jenny kan?? Yaaaaaa itulah sebabnya. Disebakan nak juga mencuba, aku belasah je guna apa yang ada. Nasib baik rasa dia menjadi dan Ok.. Korang nak resepi? Aku ambik kat sini setelah Ati promot kat G+.. Selamat mencuba ye kawan2. (ayat giler poyo. Aku taw) huhuhuhuhu..

~:: Iftar di Wong Solo Kajang ::~

Assalammualaikum frens..

Semalam sekali lagi berbuka di luar. Kali ni lokasi berbuka yang kami pilih adalah Restoran Wong Solo yang pemes dengan ayam penyet nye. Aku dah few time pergi sini. Ok jugak la food dia. Tp before this memang target aku ayam penyet sahaja. Tapi sejak beberapa bulan yang lepas, selepas Hanis suruh aku try die punya ayam bakar, aku jadi mengigau nak makan ayam bakar pula. So semalam memang aku order ayam bakar la nampak gayanya..

Semalam aku pergi berbuka bertiga je. Ain, Aku dan Paan. Asalnya Ain ajak aku berbuka dekat luar. Then kebetulan Paan nak datang jumpa aku, so sekali jalan, aku ajak Ain dan Paan berbuka sekali. Mulanya si Ain suggest nak pergi Putrajaya. Masa tu jam pun dah pukul 6.00 petang. Buat kata Paan nanti dengan jem segala, maunya lepas berbuka baru sampai. So untuk langkah berjaga2 kami pon tukar lokasi ke Kajang sahaja. Mulanya aku ingat nak pergi Hailam Kopitiam tu sajork. Tapi tetibe Ain cakap nak pergi Wong Solo. So ok jugak la kan. Layan Wong Solo dalam bulan posa ni.

So sampai je dekat Wong Solo tu, kami tengok banyak meja da reserve. So kami pon dengan kondipen tanya kot la masih ade kosong. And memang rezeki la kan, masih ade lagi kosong. So kami book siap order sekali, sementara menunggu waktu berbuka tu, kami berjalan2 di Metro Point Complex. Kot la aku boleh jumpa Kak Ila ke kan? Rindu gak ngan akak sorang tu. Agak lama juga tak jumpa dia. So jalan3 xde ape yang kami beli kat situ.

Dah dekat waktu berbuka, kami balik semula ke Wong Solo. Lepas dah azan, makan, pok pek pok pek cit cat cit cat, kami pun bergerak pulang. Sebelum aku tutup cerita ni, jom tengok gambar kami meroyan semalam..

















Hope ni bukan kali terakhir la makan dengan Paan. Sebab dia pun dah decide nak pindah terus balik ke Melaka. Bekerja disana dan hidup dengan family dia kat sana. Huhuhuhu sedeh.. Da jauh da adik aku sorang ni. Tapi dia janji tak lupa aku and akan naik gak KL kalau free. Kalau tak naik, siap kau dek. Akak tak nak kawan. Hahahaha mengom..

Friday, July 27, 2012

~:: Bercinta vs Single ::~

Penat bercinta nak jadi single, penat single nak bercinta semula. Ni memang circle hidup selagi belum kawen ke?

Kenapa aku cakap selagi belum kawen? Sebab once kita kawen pastilah dia yg dicintai hingga mati dgn izin Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 25, 2012

~:: Pembukaan Iftar 2012 ::~

Assalammualaikum.

Seperti biasa setiap kali bulan Ramadhan, akan ada aktiviti iftar ataupun berbuka puasa diluar bersama kawan2. So untuk tahun ni for the opening cewaahh awal lagi ni da opening Iftar beramai2, kami berbuka bersama2 di Ramal Junction Food Court. ala tempat aku selalu makan Sate Willy tu. Aik tak pernah cite? Takde ye? Ops len kali la aku cite pulak.

Jom kita mulakan cerita dari mula sekali macam mana kami boleh berbuka bersama2. Seperti biasa aku ngan Ati dok sibuk la mengemas itu ini, nak pindah la katakan. Tiba2 tengahari tu dapat la pulak mesej dari Adikku Si Paan mengatakan dia dah sampai KL dari Melaka. So disebabkan diorang (Paan & Fikri) tak ada kelas, aku memaksa diorang untuk datang ke MC. Kekunun lepaking kali terakhir la kot. Yela kalau dah pindah ke HQ memang takkan dapat la nak melepak. Sooo diorang yang dipaksa pun datang. Lepak2 borak2 sampai la ke petang. Dah petang mula la cerita berbuka pun keluar. Pastu da tong tang tong tang bercerita akhirnya kami decide untuk berbuka bersama2. Ati yang nak balik pon kami tak bagi balik sebab nak ajak berbuka bersama.

Tapi kali ni punya berbuka kami takde la nak makan and pilih restoran bagai. Yela bulan pon da ala2 mengambang kan? So masing2 bajet pon tak berapa nak ade. Kami pon beramai2 ke Bazaar Ramadhan. Ayat je beramai2 padahal 4 orang je yang pergi Bazaar pon.  So setelah membeli tak seberapa di Bazaar, kekunun nak tunjuk tak membazir la padahal beli tak nak macam makan seploh orang plak kan?  kami pon menuju ke Ramal Junction setelah Amin decide tempat. Amin ni pon tetibe je jadi nak join, mula2 katanya taknak.  Berbekalkan ayam golek seekor, Kuih 3,4,5,6 Ringgit Malaysia, kami pon pergi ke Food Court itu. Setelah duduk, order air, tiba2 Paan bersuara, kita ni ada ayam, tapi takde nasi, nak makan dengan apa ayam tu? Tetibe plak la otak budak kecik ni berjalan. Betul jugak. Takde sapa pun antara kami, membeli makanan berat. Semuanya berunsurkan kuih-muih sahaja. At last kami buat decision untuk order je dari Food Court tu nasi goreng biasa yang memang tersangatlah biasa. Nasib baik ada ayam. Lepas da makan, masa tu memang perut da full gila sampai rasa tak mampu nak berjalan dah, kami pun berangkat pulang.

Apa2 pon, hepi sangat sebab dapat berbuka sama2. Memang happening la semua orang. So thaks to all yang bersama2 dalam Iftar ini. Now lets enjoy da pic..

Makanan berbuka..

Cik Ati yg kami tak bagi balik.. 

Adeh selalu sangat wat pose2 pelik.. 

Tak abes nak sorok mula dak camera shy ni.. 



Ati, Amin & wife Amin.. 

Aku: Ya saya sedang lapar..
Fik: Nak sikit. 

Aku : Ala tak boleh la..
Fik : alaaa nak laaa.... 

Nak sangat kan? Amik ni.... 

Saya punya yang kecik hokai.. Yg beso tu Paan punye.. 

Ayam Golek memang yummy.. 

Nasi Goreng Biasa yg memang biasa.. 

Manggis yang mengecewakan aku... 

Samosa.. 

Sardin roll...

Setelah kekenyangan.. 







p/s : 11-8-2012 ni kami nak wat Iftar lagi sekali. Kali ni nak wat besar2an kat rumah akak aku pulak. Kekononnye kami ajak budak JB turun. Hope sangat diorang dapat datang coz really miss'em oll... 

Sunday, July 22, 2012

~Salam Ramadhan~

Assalammualaikum kawan2..

Dah 2 hari ramadhan baru nak ucap salam ramadhan la kan?

Sebenarnya waktu sekarang ni adalah waktu super duper bizi.

Apalah yang bizi sangat tu? Sebenarnya kami dalam proses perpindahan ke main campus. Jadi memang aku tak ada masa nak update blog bagai.

Jadi sempena ramadhan yg mulia ni aku inging memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang pernah berkecil hati dengan aku. Supaya boleh aku menjalani ibadah ramadhan dengan tenang..




p/s: semalam pergi tarawikh setelah sekian lama tak pergi. Memang feel la dapat tarawikh dekat surau..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 11, 2012

~ A New Family Member ~

Assalammualaikum ols.

Hari ni nak cerita pasal my new family member. Sape? Suami aku? Memang tak la kan. Sebab aku belom dihantar seru unuk berkahwin..

New family member yang aku maksudkan adalah Emir Ahmad Fahd Bin Mohd Fazli. Siapakah gerangannya ini? Ini adalah anak buah terbaru aku, anak kepada along aku. Ya hero pertama dalam kalangan cucu2 Ibrahim Bin Hj. Ahmat.

Pada 29 Julai 2012 kakak iparku telah melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Emir Ahmad Fahd. Dan dia juga merupakan cucu lelaki pertama dalam keluarga kami. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun kakak iparku terpaksa dioperate kerana sebab2 tertentu, kedua mereka sihat dan selamat.



Inilah Emir Ahmad Fahd Bin Mohd Fazli. Setiap kali Cikla datang tengok dia, mata mesti tutup. Kalau die bukak pon sekejap sangat. Dan Cikla sangat failed pegang baby kecik2 ni. Die pon dapat rasa tak sedap bila Cikla pegang dia. Terus gelisah dan menangis. Haha nanti Cikla belajar ye Fahd, macam mana nak pegang kamu..

After tengok Fahd, kami paw ayahnya untuk breakfast pulak. Dan disebabkan di Prince Court Medical Centre ni tak ada kedai mamak or kedai melayu and etc. terpaksa lah ayah aku mengomputihkan tekaknya untuk bekpes di Coffee Bean. Ni adalah menu bekpes kami pagi itu. Memang sangat kenyang and sedap. Tapi bila melihatkan harganya, mungkin ini first and last aku bekpes kat sini. Hahaha aku memang sangat kudukut sekian tima kasey..

Club Sandwich..(Ayah's Menu)

Egg Ben (diz one is mine.)
Izham makan scrambled egg dan along berkongsi dengan Rani Pancake. Theres no picca sebab theyols da lapa and ngap dengan lajunya..

Ada lagi cerita before sampai ke ini Prince Court. Aku membayangkan Prince Court ini adalah Hospital Pusrawi disebelah Hotel Putra di belakang Hospital Besar Kuala Lumpur. Ok aku sengal salah tempat. Dah sampai didepan Pusrawi tu, barulah aku perasan nama dia Pusrawi bukan Prince Court. Terus col Along. Then Along cakap Prince Court dekat dengan Jalan Conlay area Kraftangan. So aku yang ala2 kondifen tau ni, redah la dengan bantuan GPS kununnye. Sekali GPS pon kesengalan terlampau, dibawanya kami sampai ke Kampung Dato' Keramat. Tetibe waktu aku berhenti di traffic light, keluar suara dari hengpong ku "You have arrive your destination".. Bahangoooonnggggg.. kata aku dan Izham serentak. Memang geram sebab kami ntah dimana, dia boleh cakap kami dah sampai. Terus col Along sekali lagi dan lagi dan lagi. akhirnya sampai la juga kami dengan direction yang diberi oleh Along. Kalau dari awal suruh Along bagi direction through phone kan senang, tak adelah kami sesat dalam keadaan lapar. Padan muka kau Eiyla. Nak tunjuk pandai sangat kan? Hambeekkkk.. Nasib baik sampai dan dapat makan after that. Hahahahaha..
So sekian saja sesi bercerita untuk hari ini. Akan disambung dihari yang lain pula. Bubbyyeee...  

~::Kegilaan Terhadap Chicken Chop Kembali Lagi::~

Assalammualaikum.

Yeaaa makan chicken cjop setelah sekian lama tak makan. Rasanya last aku pergi makan chicken chop, dekat Bukit Indah Ampang berasama Ain dan hadek2 angkat yang lain. Lepas tu rasanya dah berbulan2 juga aku tak makan chicken chop.

Sebelum gaji haritu, entah kenapa tetibe tekak terasa nak makan chicken chop. Almaklumlah timing tak ade duit sememangnya tekak akan gatal nak makan macam2. So tetibe mulut pulak tergatal cakap dengan Paan nak ajak makan chicken chop lepas aku gaji.

So pada 1 July 2012 gaji dimasukkan kedalam akaun setelah lambat beberapa hari. (Tapi memang lepas ni gaji akan masuk 1 haribulan. sttreessssss).. Aku terus mesej Paan petang tu jugak untuk ajak pergi makan chicken chop.

Mulanya kami nak pergi beramai2. Tapi disebabkan Si Ain dan adiknya belum bergaji, diorang tak jadi pergi. So akhirnya pergilah aku berdua dengan Paan. Detim dengan hadek ikan kaedahnya. Sambil makan adalah sikit sesi luahan perasaan dan sesi bercerita. Macam2 yang diceritakan, smpailah satu detik tragedi terjadi dimana aku telah menuangkan dengan tak sengaja (baca: tertumpahkan) orange juice betul2 kedalam pinggan chicken chop aku. Dengan menggelabah ayam, aku lap meja. Paan dah bangun dan lap meja. Nasib baik x lencun seluar budak tu aku kerjakan. Dan hasilnya, malam itu aku menikmati chicken chop perasa orange juice. So aku makan sikit je, part2 yang tak kena air tu jelah.


Sila lihat dengan teliti keadaan chicken chop aku.


Buat muka jahat dan menganjing..


ops sesaja je..
Dan disebabkan kekabutan yang terjadi, hilang la selera untuk makan. Dan malam tadi, sekali lagi kami pergi ke kedai ini. Kali ni kami pergi bertiga, Aku, Ain & Paan. Makan chicken chop sekali lagi (air tukar epal, & letak jauh sket sbb takot tumpah lagi) So bayangkan dalam masa seminggu ni je, aku dah makan chicken chop sebanyak 2 kali. Ko hadooo?? Memang tak la kan?? Ahahahahah....

Ain dan lamb chop beliyau..

Paan makan ciken chop lg.. 

Aku pon ciken cop tanpa air tertumpah.. 







p/s: Ni posting yg sepatutnya aku post minggu lepas. Huhuhuhu..