Friday, September 21, 2012

~:: 3 Hari Terakhir Berhari Raya (Hari Kedua) ::~

Assalammualaikum..

Hai tawan2.. Seperti yang dijanjikan, ini adalah update utk Hari Kedua dalam posting 3 Hari Terakhir Berhari Raya ye.. So pada hari kedua ni, kami akan memulakan perjalanan ke rumah Ati. Siapa yang join Hari Kedua ni? Opkos la mereka yang sangat gegeh turun dari JB iaitu Zura & Akmal. Thanks a lot sebab sanggup turun KL. Mereka yang dipaksa iaitu Ahmad Farhan & Fikri Adli, mereka yang dijemput, Aku, Harith, Za & family serta Amin & wife.

Kami bergerak ke rumah Ati dari Cheras pada jam 3 petang. As usual la kalau dah berjalan ramai2 ni, macam kerenah kena tunggu. So bila semua dah berkumpul, barulah kami memulakan perjalanan. Kekonon nak berpandu pada peta akhirnya tak jadi sebab peta tertinggal dengan tak sengaja dirumah akak aku. Kalo dah namanya tertinggal memanglah tak sengaja kan?  So nasib baik hakak Akmal sangat membantu. Hakak Akmal? Dari mana datangnya? Tak tersebut pun di permulaan cerita? Hakak yang dimaksudkan disini ialah GPS jenama Wayway kepunyaan Akmal.Ya GPS ni sangat membantu.

Tapiiiiiiiiiiiiiii ada tapinya. Bila da masuk kawasan rumah Ati, aku boleh pulak terikut jalan belakang. Sooooooooo sesat la jawapannya. Sampailah kami termasuk kawasan Paris a.k.a Pencawang elektrik TNB. Dah masuk dan pusing2 kat dalam tu, terjadi part kelakar dimana, aku mencari mereka yang mengikut, melalui cermin pandang belakang sekali muncul kereta Paan dari depan kereta aku. Maknanye bertembung. Sudah. Tak pasal2 iols kena marah kerana memesongkan jalan yang benar.

So Akmal mengambil tindakan bijak dengan menelepon Ati. Ati bagi direction akhirnya kami sampai kerumah beliyau. Rupanya jalan yang kami ambil tu dah betul aku ingat sebab Ati penah bawak aku lalu situ tapi itu jalan dalam dan ia agak complicated bagi orang luar seperti kami.

Selepas sampai dan memarkingkan kereta [sila jangan guna ayat ni depan cekgu BM] kami berjalan menuju kerumah Ati. Sekali lagi insiden kelakar terjadi apabila Akmal dengan konfidennye memberi salam dirumah Pak Long Ati yang juga sedang mengadakan kenduri. Selepas termalu sekejap, kami berjalan terus kerumah Ati.

Masok je rumah dalam keadaan muka kelaparan kami menerjah makanan yang terhidang. Ya nasi ayam menu pada hari itu. Dan the best thing ever dekat rumah ati ni, kami non stop mngunyah sambil menunggu hari malam untuk bergerak ke rumah Razman pula...


Again as usual =)

Merasmikan kereta Zura.. 

Muka blurr lepas makan kepek..




x mnyempat nak bagi salam punya budak.. Hi3.. 


Dek mak mana dek??? 


Kepenatan makan sempat berbaringan.. 

Pasangan sehati berdansa.. 















Yang mana satu, idaman kalbu?



Selepas da merehatkan diri tahap rehat giler la kan kat rumah Ati ni, lepas maghrib kami menuju kerumah Razman..

Kat rumah Razman, Kak Peah hidang spagetti giler lazat punye. Ditambah pula dengan Pizza Dominos bos belanja. Memang makan jelah keje kami. Aku pun makan ler dengan excited. Tetibe terdengar suara yang tak berapa nak merdu berkata2, "Kena start main badminton balik la lepas ni".. Adeh *dang* langgar dinding jap dengar statement itu. Mulut siapa lagi kalau bukan Ahmad Farhan. Hurrmmm baiklah adikku, akak mu yang gumuks ini akan mula main badminton semula setelah makan dengan tak hengat donia..
Putus selera lepas kena sound. Tapi pizza abes jugak. Wakakakaa..


muke Fik kelaparan.. 

Akmal melepaskan bom2.. 

muke bos setelah melihat gambar Way2.. 


spagetti Kak Peah yg sedap.. 

Harith memulakan majlis.. 

Tuan Rumah.. =)





Bos belanja Pizza.. 



Disaat aku terdengar suara x berapa merdu menyuruh main badminton.. 

Muka tawa dalam tangisan.. 


sekali lagi.. 





Bukit Raja Genster tgh kumpul org.. Hahaha

Kak Long ngah bagi briefing.. wakaakaka

Chief memantau keadaan.. hahaha.. 
Overall hari kedua ni sangat hepi. Dapat berkumpul bergelak ketawa sama2.. Entah bila moment macam ni akan berulang. Aku harap silaturrahim antara kami akan kekal selamanya..

3 comments :

Cik Puan Peah said...

suke suke suke...thanks dtg umah kami...::))...

lulu said...

Thanks jgak kt akk n bosh sbb sudi entertain kami.. nk dtg lg bule?? hihihhi

Cik Puan Peah said...

Buleh saje...nnti kite potluck pule yer....