Assalammualaikum.
12 September. Ia tarikh yang masih kuingat walaupon sebenarnya tak perlu lagi ingatan pada tarikh tersebut. Namun disaat aku buat2 lupa dan ignore tarikh tu dalam aktiviti seharian aku, Dia memunculkan diri seolah2 ingin mengingatkan aku mengenai tarikh itu. Ya aku tahu ia adalah tarikh hari lahir kau yang aku tak pernah lupa untuk wish. Tapi tidak lagi kini. Ia hanya satu tarikh yang tiada maknanya dalam hidupku.
Bukan aku tak mampu menerima kenyataan dan menjadikan kau sebagai kawan. Tapi rasanya lebih baik aku menjauh. Aku tak mahu dihantui kenangan bersama kau. Dan kemunculan kau pada hari lahirmu, sedikit sebanyak menjejaskan perasaan ku.
Aku sudah memilih untuk terus kehadapan. Jadi engkau telah kutinggalkan di belakang, dimana aku takkan sekali pun berpaling memandang kepadamu.
Selamat Hari Lahir aku ucapkan. Mengapa disini? Kerana aku tahu kau takkan menemui ucapan ku disini..
No comments :
Post a Comment