Assalammualaikum uols.
Akhirnya berjaya meneruskan repekkan untuk hari ketiga. Hari ketiga ni semua berkunjung kerumah saya. Malu pulak. Dengan hidangan makan tengahari yang tak seberapa, korang sudi jugak datang kan?
Thank u sangat2 sebab sudi datang. Kepada bosh Razman, Kak Peah, Amin & wife yang tak dapat datang, Insyaallah lain tahun kita buat lagi ye..
Bila masuk bab cerita rumah aku ni, kenalah panjang sikit kot. Maklumlah kena berdrama lebih sikit. Cewah.
Pagi 17 September tu aku dengan mamai + blur bangun pagi yang tak berapa nak pagi la kan. Kaedahnya excited sebab semua orang nak datang rumah aku hari ni. So bangun2 bersiap then balik rumah. [Sebab aku tido kat umah akak aku dengan Zura].. Sampai je rumah, terus ajak Ayah pergi pasar. Korang mampoo nak ajak Incek Ayah pergi pasar? Ye aku mampoo sebab buat pengetahuan korang Ayah aku adalah exec chef dalam rumah kami. So bila masuk bab masak memasak Ayah adalah orang pertama yang akan invovle. So kalau anak dara dia ni punya cara memasak tak kena, memang siap la tadah telinga [aku selalu kena complain sebab masak masin hokai]..
So lepas pergi pasar, sampai je rumah aku memulakan misi memasak. Maklumlah orang tak berapa nak pro. Tindakan pantas adalah amat diperlukan. Menu pada hari tersebut adalah menu makan tengahari yang simple. Masak lemak ayam cili api [tak pedas pon tapinya], ikan bilis, kentang goreng berlada, telur masin, kangkung belacan, rendang [frozen ayah iols] dan tauhu sumbat. Ye ianya bukanlah makanan raya pon. Sebab blank giler tak tau nak masak apa so inilah jadinya.
Orang pertama yang sampai kerumah aku adalah Ain. Ya jiran yang paling jauh rumahnya tula. Da datang tengok aku ngok ngek ngok ngek, dia pun balik. Aku suruh dia datang balik untuk makan sebab masa aku suruh dia makan dulu segan katanya tak ade siapa yang sampai lagi.
Tak lama lepas tu, Zura sampai. Bawak anak bujang orang katanya. Aku blur.. Anak bujang sapa pulak budak Zura ni bawak? Tapi tak apa tetamu tetap kena sambut. Rupa2nya Zura sampai dengan Pyan. Bertuah punya budak. Dia sanggup diam tak bersuara semata nak kenakan aku.
Lepas Zura dan Pyan, Za and family sampai diikuti Harith dan Akmal [yang baru lepas melalui pengalaman ngeri tengok orang eksiden mati kena langgar treler gas Petronas]..
Tak lama lepas tu pulak, Fik sampai diikut oleh Ati. Paan adalah orang yang terakhir sampai. Masa Paan sampai Pyan dah nak bergerak balik, Harith, Akmal, Zura & Ati dah nak bergerak ke Music Box di Kajang. Aku tunggu Paan makan sambil makan bersama2 sebab aku pun tak sempat makan, dan Fik tunggu kami. Tiba2 Fik kata dia ada hal lain, so dia balik dan tak jadi join berkaraoke.
Paan katanya boleh join, rupanya at last dia teman aku jelah sebab dia tak nak nyanyi pon. Tak lama lepas tu dia kena balik sebab nak hantar adik dia ke TBS untuk balik ke Melaka.
|
muka suci tanpa mekap. Wakaka |
|
1st Guest.. |
|
Jemput makan.. |
|
Da macam Zombie da aku n Zura.. |
|
Kemal apakah itu??? |
Diatas ni adalah gambar merepek yang kami ambil didepan rumah aku. Almaklumlah jalan raya yang orang tak berapa nak lalu, kami pun bermaharajalela la kat jalan tu. Itu yang macam2 pose sengal terkeluar. After diz, semua shoot ke Music Box Kajang. Jom kita tengok plak gelagat dekat Music Box.
|
Aku belom datang time ni.. |
|
Posing gojes uols.. |
|
sempat kaaannn.. |
|
nak jugakk.. [sila abaikan budk blakang tu] |
|
Kemal nak jugak.. |
|
Pilih lagu macam tgh wat decision utk masalah negara.. |
|
Nyanyi ke lalok?? |
|
Ko nyanyi kena pandang lurus ati. Kata Kemal.. |
|
Ye budak ni datang semata utk hantar saya.. |
|
Bajet gojes la kan?? |
|
Gegeh nak pose jgak ko eiyla ye.. |
|
Motip sanggup benti nyanyi?
|
|
Harith tak sempat pose.. |
|
Masih lagi Harith yang x sempat pose. |
|
Yaaaaa tarik tinggi2 Kemal.. |
|
Napa aku rasa pitching dia larik sikit ni? |
|
Steady la bro.. |
|
Ape aje la lagu yang aku nyanyi tu.. |
Ok Tamat sudah cerita
3 Hari Terakhir Berhari Raya.. Alhamdulillah semua yang dirancangkan berjalan lancar. Terima kasih aku ucapkan pada semua yang terlibat. Kepada Fiza yang dapat dapat menjoinkan diri pada tahun ni, Insyaallah kita akan berkumpul juga nanti. Kalau tak dapat time Hari Raya, kita arrange 1 date. Macam aku cakap kat g+ manalah tau kami pula turun ke JB Insyaallah.
Apa2 pun 3 hari ni sangatlah menyeronokkan. Dikesempatan ni aku nak minta maaf andai ada yang terkurang sepanjang 3 hari ni.. Kepada Akmal & Zura aku minta maaf banyak2 pasal kes marhaban tu. Tak pasal korang kena tunggu aku. At last tak dapat juga gerak bersama. Kepada yang lain2 pon aku minta maaf atas segala yang kurang, atas ketelanjuran kata2 dan perlakuan juga.
Tak tau nak cakap apa dah. Tapi ini akan menjadi antara kenangan yang terindah wat kita semua. Semoga akan ada satu masa lagi seperti ini. Terima kasih kawan2..
No comments :
Post a Comment