Assalammualaikum w.b.t.
Erm xde ape yang nak ditulis sebenarnye. Tapi sejak kebelakangan ni, ntah kenapa aku asik mendengar cerita putus disana sini. Ade yang bercerai berai ade yang putus tunang. Kadang2 aku terfikir adekah mereka2 ini x berfikir sebelum membuat keputusan? Tapi bila berfikir semula, kadang2 sewaktu menyintai, kita tanpa sedar akan membuat keputusan yang drastik. Ini sendiri terjadi pada aku. Pernah satu masa aku dan dia mengambil keputusan untuk berkahwin. Sedikit pun x memikirkan mana nak cari duit, boleh or x keluarga setuju. Ni sume penangan cinta. Tapi aku dan dia x smpai kemana. Jodoh kami setakat bercinta.
Perlu ke setelah berpisah, kembali mencari? Apa gunanya? Rasanye kawan2 aku sedia tahu apa yang aku maksudkan. Ya die yang pernah aku tinggalkan, kemudian ku pujuk kembali namun die menolak kini kembali mencari. Aku sendiri bingung. Apa perlunya die mencari aku? Meminta2 no telifon aku pd kawan2. Tidak malukah die? Sedangkan aku amat mengenalinya sebagai seorang yang mempunyai ego setinggi langit. Kini mana pergi egonya? Meminta2 seolah2 sudah tiada ego dalam dirinye.
Sedarlah. Kau sudah membuat satu ikatan dengan seseorang yang kau pilih. Aku sudah redha, menerima dan menjalani hidup ini tanpa ada lagi rasa cinta yang hampa disimpan untuk kau. Aku meneruskan hidupku tanpa perlu mngambil tahu tentang kau. Kenapa? Adakah kau sakit melihat aku bahagia tanpamu? Atau kau sendiri derita atas kesalahan pilihan kau? Apa gunanya kau mahu hubungi aku semula? Aku bukan sesiapa. Hanya bekas. Hanya seseorang yang layak diletakkan dalam diari masa silam. Dan aku tak mahu ade ape2 lagi hubungan dgn kau. Kau ade hidup kau dan tunangan kau. Aku ade hidup aku dan kawan2 aku. Jadi bawa haluan kita sendiri. Berhenti meminta disana sini. Berhenti meminta untuk mngetahui tentang aku lagi. Pergilah seperti mana kau pergi pada saat aku masih perlukan kau. Sekarang aku x perlu lagi jadi kau patut pergi.
1 comment :
T__T
Post a Comment