Tuesday, June 26, 2012

~:: M.E.L.A.K.A (16 & 17 - 6 - 2012) ::~

Assalammualaikum.

Akhirnya dapat gak aku cilok sikit masa nak update pasal percutian kami sekali lagi ke Melaka baru2 ni. Yeeee kami pergi Melaka sekali lagi.. Tapi kali ni kami pergi dengan lebih selesa sebab kami stay kat sana satu malam.

Ok mari kita mulakan cerita our journey to Melaka. Pagi 16 haribulan sebelum bertolak ke Melaka, aku Ati dan Kak Salina singgah ke Nasi Lemak Tong Gas terlebih dulu. Aku rasa reader blog aku ni memang dah tau kat mana kedai yang dimaksudkan. So tak perlu la aku nak explain kan? Lagipun korang2 je yang baca blog aku ni. Dengan keadaan muka Kak Salina yang tak berapa nak senyum sebab kami datang lambat untuk ambil dia dari rumah, kami buat dang dan pergi makan.

Dalam waktu makan tu, masing2 sibuk col Harith & Fikri. Risau Harith tak bangun sebab dia tengok bola pada malam sebelum tu, Fikri pula dari KL takut dia lambat. Tapi seperti kata Paan, "Fik tu menepati janji oi. Kalau kata pukul 9.00, pukul 9.00 la dia sampai". Memang betul seperti jangkaan Paan. Fik sudah sampai dan menunggu di Mahkota Cheras. Malangnya kami yang melantak ni, tak setel lagi. So makan laju2 dan terus bergerak ke Mahkota Cheras. Harith pula suruh kami jalan dulu dan tunggu di Mahkota Cheras juga. So sampai di Mahkota Cheras, ambil Fik, hantar motor dia kerumah Amin, pergi isi minyak dan tunggu Harith. Tiba2 Fik keluar statement yang amat menggembirakan aku. Apakah?? "Ila bagi aku bawak kete ko la, ko pergi naik dengan Harith." Erkk motip halau aku? Walaupon hepi sebenarnya sebab tak payah ler aku nak drive ke Melaka kan? Hahahaha.. Bila Harith sampai masing2 dah berebut pulak nak naik kereta Harith. So the final decision is, Aku bersama Fik dan Kak Salina dan Ati bersama Harith.


Kereta Harith

Mereka didalam itu..
Gambar kontroversi yg wat Kak Salina mengamuk. Hehehe..

So kami pun memulakan perjalanan pada jam 11.11 pagi. Masa dalam perjalanan dok sibuk membebel apetah, kami terlepas simpang untuk masuk Highway ke Melaka. Kami akhirnya berpusing dan berpusing dan berpusing hingga menjumpai jalan yang benar.

Sampai sudah..

Setelah tak ingat berapa jam perjalanan tapi tak la lama mana pun. Rasanya dalam 12.30 tengahri kami sudah sampai di Petronas Ayer Keroh kalau tak silap aku lah. Menunggu Ahmad Farhan datang menjemput kami. Namun buat kata Fik janji melayu, hampir sejam jugak kami menunggu si Paan ni. Sebab dia hantar keretanya ke bengkel pagi itu. Sambil tunggu tu sempat la jugak berposing mempromot Petronas. Agak2 boleh dapat royalti tak?

Harith senyum lepas kuar duit. Ahaha

Fik pose ala korean.. Eaaa eaaahh..

Kak Salina pose ala2 red carpet..

Ati pose kebengangan menunggu Paan.


Erkkk apakah????
 Setelah Paan sampai, satu lagi drama terjadi. Haha sebab tulah aku bagitau, gambar aku dengan Fik kat atas tu gambar kontroversi. Disebabkan gambar tu, Kak Salina terus meluru naik kereta Paan tak bagi aku naik. Sebab aku merampas bf kekunun dia (Fik) so now dia nak rampas bf kekunun aku (Paan) plak. Hahaha ye kami memang macam kanak2..

Kami kemudiannya memulakan perjalanan meng"explore" Melaka. Mula-mula kami dibawa oleh Paan untuk merasa "cool blog istimewa punya", coconut shake ekceli tapi demi untuk menganjing Paan yang tersalah sebut aritu, aku tulis "cool blog istimewa punya" . Ahahahaha Paan jangan marah aku. Bagi aku, coconut shake ni sedap sikit dari coconut shake yang kami makan di Klebang sebelum ni. Tapi dua2 tetap memuskan hati. Di hari yang super duper panas, dapat coconut shake memang sangat layan. Fik yang tak pernah rasa pon suka dengan coconut shake tu.

Inilah coconut shake yang shedap itu..

Sedeh saya adalah jurukameranya..

Nikmat sungguh..

Kak Salina & Paan time menunggu coconut shake kami..

Erkk bile masa hadek ikang aku ni ade kat belakang?

Ati ngan Fik selepas puas menikmati coconut shake..

Selepas kami menikmati coconut shake, kami semua decide untuk mencari homestay yang telah kami tempah untuk berehat dan solat zohor. Kami yang perempuan sume ni stay di sini yang diuruskan oleh Encik Rody. Encik Rody ni sangat percayakan kami, sampaikan muka dia pon kami tak tengok. Kenapa? Sebab sewaktu kami sampai, kunci rumah sudah diletakkan di dalam peti surat. Dan sewaktu kami balik, duit hanya perlu ditinggalkan di atas televisyen. Terima kasih pada Encik Rody kerana mempercayai kami.

Manakala lelaki pula, hanya Fik yang akan stay bersama kerana Harith akan balik selepas sahaja makan ikan bakar. So Fik akan mengikut Paan kerumah beliyau. Sebaik sampai di homestay ini, kami berehat2 sambil membuat apa yang patut la kan.

Gambar homestaynya tak ada, gambar aku dalam homestay yang ada.
Lepas berehat2 masing sudah bertenaga semula, selepas Fik & Paan bangun dari tido, kami meneruskan aktiviti. Dan seperti yang telah dirancang didalam tentative percutian ini, kami akan berkaraoke petang ini.

Paan feeling, perhatikan muka Fik..

Terbukti ada saka dalam badan Harith..

Gambar rare ni.. korg mampoo tgk Harith muka camtu?
 Part paling best adalah bila Kak Salina menujukan lagu Siapalah Aku dari Amy Mastura untuk Fik. Perghh memang layan wa cakap lu. Kalau tak caya cuba tengok gambar dekat bawah ni. Ahahahaha unexpected reaction dari Fik.. Terharu lettew.. Saje menukar fakta sebenarnya aku ni..


Siapalah aku?? Wat daaa...


2 Jejaka's
Kemudian sekali lagi sejarah tercipta apabila Paan, Fik & Harith dengan yakin boleh menyanyikan lagu Sumaiyah. Hahaha lagu yang amat menyentuh kalbu gitu.. 

Paan feeling lebey lagu Sumaiyah..


Guru Vokal Nasyid yang bertanggungjawab..

Fik nyanyi sambil tido.. korang mampoo???
Setelah puas berkaraoke selama 3 jam. Seperti biasa la kan. Kalau dah namanya Harith, tak 3 jam mana sah.. Kami pun bergerak menuju ke Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Masing2 perut pun dah lapar ditambah pula aku yang memang tak makan lunch on dat day, masing2 sangat excited untuk makan.

Air asam untuk ikan bakar..


Kangkung belacan..


Sotong goreng tepung yang super duper terbaek..

Ok aku failed dgn nama benda ni. Kupang ke kepah? Aku sebut KUPAH.. :)

Udang butter garlic yang memebuat aku kecur liur..


Ikan Siakap Bakar..
Dan satu hidangan Siakap 3 rasa.. (xde gambar)

Ati setelah kekenyangan..

Harith juga pose kekenyangan khas buat Incek Bos..
Yeeeee kami makan dengan sangat kenyang sehinggakan masing2 tak mampu untuk duduk lama. Almaklumlah seluar otomatik jadi ketat.. Hehehe.. So setelah rasa mampoo untuk berjalan, kami bersama2 bergerak ke kaunter. Dan total untuk hidangan malam itu termasuk Air Tembikai 3 jug beserta 2 pinggan tahu bakar adalah RM 250 dibahagi kepada 8 orang makan. Oh terlupa nak mention tadi, Farhana dan adiknya turut datang menyertai kami pada malam itu..

Cerita tidak habis disini ye kawan2. Lepas da setel makan dan hantar Harith ke tepi highway, kami menuju ke dataran pahlawan pula.Seperti pergi sebelum ini, tiada apa yang boleh dibeli disana. So juz jalan2. Setelah selesai, kami pada asalnya berangan untuk melepak di tepi pantai pada malam tersebut. Tp disebabkan oleh perkara yang tak dapat dielakkan, kami decide untuk balik sahaja ke homestay dan merehatkan diri.. Aku dengan Ati memang dah tak mampoo nak handle mata. Bayangkan saja time tu jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. So aku dengan Ati tidur dengan lenanya. Kak Salina pada asalnya nak menghadap bola akhirnya tewas dan masok kebilik untuk tidur.

Pagi itu seperti yang dirancang, kami menuju ke Muar Johor. Asalnya kami ingin bersarapan, tapi akhirnya ia menjadi "brunch" kerana kelambatan.. Pape pon tetap enjoy. Korang mampoo nak bercuti Melaka tapi sampai ke Muar Johor bagai?? Ini semua adalah plan Paan dan kami enjoy follow plan dia.


The Real Mee Bandung Muar..

Asam Pedas Muar...

IamLuLu eh salah. I am da camera women..


Gigih nak gambar bersama. Terpaksa set timer..

Sekali lagi set timer..
Lepas makan di Muar kami kembali ke Melaka. Kami ingin bermandi manda di Pengkalan Balak. Tapi sampai disana, facility agak tak best. Tapi bak kata orang dah alang2 sampai biarlah merasa. Aku, Kak Salina dan Fik bermandi manda dilaut itu. Tapi sekejap cuma sekadar feeling2 laut. Selesai kami mandi, bertukar baju, kami pun mengambil keputusan untuk bergerak pulang semula ke Cheras.

Overall percutian ini amat memuaskan. Walaupon ada yang kurag sedikit disana sini, ia tetap menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Apa2 pun a biggest thanks to Ahmad Farhan sebagai tuan rumah yang membawa kami kesana kemari, Fikri yang menjadi drebar sepenuh masa aku, Kak Salina, Atiqah, Harith yang sudi merealisasikan percutian ini. Kuang3 aku enjoy giler dan seronok giler.. Nanti kita semua akan plan untuk next holidays ye kawan2. Yang penting holidays yang bajet je... Tak mampoo nak berholidays mahal2..




p/s : Merajuk tak nak tumpang kereta Paan lagi sebab masa aku tumpang, kereta dia seret.. T_________T'

Thursday, June 21, 2012

~::Perhentian Oh Perhentian::~

Assalammualaikum kawan2.

Ape plak cerita pasal Perhentian bagai ni? 7 Perhentian kah? Sudah pastilah tidak. Ini cerita mengenai dilema aku dan kawan2 kolej ku. Ceritanya bermula begini, pada suatu hari, ada seorang gadis ops stop stop stop. Aku tipu. Ini bukan cerita Fairy Tales nak pada suatu hari bagai.

Ok Siyes ceritanya macam ni, masa aku pergi Sungai Gabai hari tu, ekceli tujuan utamanya adalah berjumap dengan kawan2 kolej aku iaitu Yna & Nica. Masa jumpa tu, masing2 dok planning nak pergi ke Pulau Perhentian di Terengganu. Eh betol ke Tengganu? Alamak geografi failed slalu tido dalam kelas. Lepas tu budak berdua ni pun bercerita la bertapa excitednya percutia tersebut. Tapi jujurnya aku tak rasa aku dapat pergi. Kenapa? Ini adalah antara sebab yang patut aku fikirkan.

First and the most important reason is, DUIT.. Yes duit. Seperti yang sume orang tau gaji aku keje dekat M ni ops da tukar jadi A, tak banyak mana. So untuk spend up to RM400 juz for vacation, I don't think i can afford it. Dari habis untuk vacation and holidays baik aku bayar duit kereta. Betul tak?

Second reason is My Roadtax insurance gonna dead soon. Very soon. (I know diz is da worse english ever) So paham2 jelah, mesti nak kene spend duit untuk diz thing jugak. Duit lagi la maksudnya.

Third reason is my moms condition. Nanti masa 02-07-12 tu my mom ade checkup kt HKL. Mana lah tau mende nak jadi, tetibe kene admit ke ape ke, tak ke naya. Katakan aku dah bayar wit booking segala, then diz thing happen, for sure aku takkan pegi dan for sure la duit aku burn kan? Ya saya sangat berkira kerana gaji saya tak besar sebesar badan saya ye kawan2.

Fourth reason is, Library aku bekerja dalam proses perpindahan. So agak kesian pada kawan2 aku dan bos aku kerana kekurangan stap. Ye saya tak adelah mementingkan diri sangat. Hehehe..

Daaaaannn last reason is, saya adalah seorang yang tak boleh merancang sesuatu dalam jangka masa yang awal. Kerana saya adalah gadis last minit. Mana plak datang gelaran gadis last minit ni? Ok saya sebelum2 ni da banyak kali sangat rancang sesuatu dengan awal dan teliti, tapi always tak jadi. So at last saya yang hampa. Disebabkan kawan2 saya ni merancang dengan sangat awal, dan overexcited nak pergi, saya tak rasa ianya akan menjadi untuk saya. Kerana saya dapat rasakan last minit cancellation untuk diri saya. Saya sendiri tak tau ye kenapa saya ada perasaan begini ye kawan2. (Kenapa ada gaya way2 disini ya?) Mungkin sebab selalu sangat ianya terjadi pada aku, jadi aku cuba sedaya upaya untuk elakkan. (Ekceli baru2 ni pon happen jgak masa pegi Melaka, tapi yang tinggal boleh pergi ni, teruskan gak perjalanan walaupon b4 pergi kete Paan scratches langgar Harrier malam sebelum tu, bos yang excited nak g tak jadi g ade personal matter. Dan dugaan2 kecil yang lain.) So untuk elakkan benda ni terjadi aku lebih suka kalau, minggu ni nak pergi, minggu ni jugak lah rancang everything. Terok kan??

So final decisionnya ialah, saya tak dapat polow mereka ke Perhentian. Takpelah, mungkin bukan rezeki saya kali ni. Insyaallah lain kali saya pergi pulak ye.. Maaf kawan2 yang mengharapkan saya pergi. Tapi saya tak mampoo. Huhuhuhuhu...





P/S : Pasni nak simpan duit siap2 supaya next time orang ajak g holiday, duit da sedia ada. ~peace~

~Mereka Sudah Pergi~

Assalammualaikum..

Siapa yang dah pergi?
Huhuhuhuhu sedeh..
Adik2 training yang ada dekat sini dulu sudah menamatkan latihan praktikal diorang dekat sini.
Kenapa rasa sedih sangat?
Biasalah nama pun budak training.
Secara jujurnya mereka lain.
Ya lain.
Kerana ape?
Kerana mereka ada sesuatu yang tak ada pada trainee yang lain.
Ape yang mereka ada?
Sebuah ikatan persahabatan dengan kami disini.

Rasanya setakat ini belum pernah kami begitu rapat bersahabat denga trainee.
Ini adalah kali pertama.
Dengan Zul adik Piee dulu pon aku tak rapat macam ni.
Diorang mampu buat kami bergelak ketawa,
Seolah macam kami telah bersahabat lama.

Kadang2 sakit hati jugak dengan gurauan kasar diorang.
Tapi sume tu hanya akan jadi bahan ketawa balik.
So disebabkan sudah 6 bulan diorang berada disini,
Sudah sampai masanya mereka pergi.
Jujurnya aku sedih.

Kalau dah hari2 jumpa, bergaduh, bertekak, bergelak ketawa, makan sama, bekpes sama,
tak sedih tak tau lah.
Mungkin hati kering kot.
Rasa kosong bila diorang dah tak ada.
Dan hari ni buat pertama kalinya mereka tak ada, tapi tapi tapi..
Kami tetap lunch bersama.
Thaks Fik & Paan sebab stil datang untuk lunch sama2 walaupon jauh.

Waaaaaaaaaaaa :'( siyes saya sangat sedeh tanpa mereka disini..


excited makan doyan sesama


Paan si Camera Shy mmg jarang r tgk kamera..


Selera sungguh muke memasing..


Again Paan xnk tgk kamera.. McD moment...




x gune punye hadek2 ikang..

shomel x kami??

kene lagi..

Hadiah utk mereka..

Abg besar.. huhuhuhu

Kene paksa posing

Dah tau kan sapa punye??

Teros pasang tuuuu..

Action nk lebey. Yela kepala kene skru kn? Mesti ler muke gitu..

Ni serba sedikit collection gambar kami bersama2. Actually banyak lagi, tapi akan diuplod pada entri Melaka 16&17-6-12.. So.. Juz wait for it..





Nota kaki pendek: Nanti ada banyak gambar Paan yang pandang kamera. Ahaks..