Thursday, October 13, 2011

~:: Mari Tonton Al-Hijab ::~

Assalammualaikum ols.

Okeh hari ni aku nak cerita pasal filem Al-Hijab.
Sebelum tu baik aku cakap dulu,
Actually aku tak suka tengok cerita hantu kat wayang.
Bukan sebab aku takut ok.
BUT... I segan. 
Buat kata Fathia.
Hehehe...

Tak lah. Sebenarnya aku berhenti tengok cerita hantu kat wayang selepas aku tengok cerita Potret Mistik.
Korang ingat tak cerita ni? Yang Erra Fazira berlakon dengan Cico ke siapa entah.



Sangat mengecewakan hokkay.
Rasa macam da bazir duit bayar tiket wayang untuk tengok cerita yang bosan macam ni.
Walaupun aku tengok cerita ni sebab ada Erra Fazira je. Itu jaman aku memang minat Erra.

Sebelum tu pulak aku dah terkecewa dengan filem Mistik.
Korang ingat filem ni?


Alah ni pulak cerita pasal beberapa orang budak kolej kalau tak salah.
Nak buat research pasal hantu ke apa ke.
Entah la aku pun tak ingat jalan cerita dia sangat.
But dalam cerita ni terlalu banyak scene menjerit.
Jerit sana, jerit sini, jerit sana sini.
Eh dah macam lagu Senyum la pulak.
Ok balik pada point asal.
At last semua yang mereka lalui tu hanyalah mimpi sala seorang dari mereka kot.
Rasanya la.
Serius aku memang susah nak ingat jalan-jalan cerita yang agak merepek ni.

So disebabkan dua cerita diatas aku terus berhenti dari menonton cerita hantu di wayang.
Dolu-dolu aku beli je CD RM5 kat pasar malam tu.
Hope korang paham CD RM5 tp sila jangan mention disini.
Tapi zaman sekarang aku tunggu je siapa-siapa yang merajinkan diri tahap gaban download cerita-cerita ni,
Aku sedut jela dari mereka. Sedut meaning copy hokkay.

Ok macam mana pula aku tiba-tiba je tergerak hati nak tengok Al-Hijab ni?



Awalnya Cik Zura yang beria-ia nak tengok cerita ni.
Lepas tu aku pula yang excited.
Sebelum tengok, aku memang tak baca apa-apa review pasal filem ni.
Sebab aku tak nak rosakkan mood aku untuk tengok cerita ni.
So aku cakap dengan Zura pergi malam.
Yela aku kan tak takut. Cuma segan je.
Hehehe

So masa kami sampai cerita baru nak start.
Starting dah thrill ok.
Lepas tu siap lama pula tu.
Bila jantung dah nak pecah berdebar, barulah cerita sebenar start.
Aku tak nak la cerita pasal jalan cerita ni.
Sebab pada yang belum tengok sure jadi tak best nanti.
Tapi apa yang aku nak cakap, cerita ni memang best.
Walaupun ada certain time hantu dia tak nampak real pun.
Tapi kemunculan dia tu memang mengejutkan.
Dan seperti kata Pierre Andre anda takkan sangka ia muncul.
Ye ke Pierre ade cakap macam tu?
Tapi apa yang aku ingat sampai sekarang adalah scene Fathia muncul dengan muka yang xleh aku describe.
Terkejut siot. Tak sangka betul aku. Psiko gila. Eee serem tauk..

So filem ni dah buat aku puas hati tengok cerita hantu melayu dekat wayang.
Khurafat pun aku tak tengok kat wayang hokay.
Tengok kat Astro je.

So sila lah beramai-ramai pergi tengok ye kawan-kawan.
Erk siap promot? Hahaha
Benda seronok apa salahnya kongsi sama-sama.


Iols bagi 2 thumbs up hokay..


3 comments :

ZuRa said...

meh aku cite dari sisi aku lak...

mule2 cite jek dah wat aku rasa nk kuar dari wyg k... sbb aku segan wei tgk cite ni... hehehe biasanya intro pada cite antu ni mesti pendek jek kan.. tp ni len wei.. siap dah macam cite dah stat lak kn.. siap seram n neves seves siot.. lg2 time pmpn tu gegeh nk buka pintu.. klu aku la, konfom aku dah koma dlm kete weiii..
pape pon thanks kami ucapkan kn mamat sebelah ktorg yg asik dok wat lawak.. ilang segan ktorg jap. hehehe.. motip join dorg gelak.. hampeh tau.. ending die xbest sgt tp ok la.. sbb aku mmg tggu pon cite tu abis.. lega weiii... so bile dah lega, lantak la ending die camne pon.hahahaha kepada sesiapa yg takut dinasihatkn bw la bantal busuk or teddy bear anda skali eh utk tutup mata anda.. ktorg pon bw gak.. tp xleh bgtau bw pe.. pada sesape yg nk bw pakwe tnpa bantal, sile mintak maaf siap2 mana tau korg bakal gigit mereka or at least bakal membuat mereka membuat pemeriksaan telinga di klinik berhampiran. hahahahaha xnk komen banyak walaupon dah bnyak.. hehehe.. yg pasti cite ni pasti ada sambungannya.. kita nantikan je k... pape pon cite ni wat ktorg mengerti ayat "baru kau tau erti penyesalan" T__T

lulu said...

hahahahaha tak sangka kan Mak Black tu pndai pkai Hana Tajima wlaupon dduk dalam ladang klapa sawit..

ZuRa said...

wakakakakaka... oooohh bro rambut kinting... seb xduduk dpn aku.. xpasal xnmpk skrin. hahahaha... yg kite pny segan sampai dah tutup pakai selimut.. seb x tido terus.. erkkkkk... terbagitau bw selimut lak. hahahah